About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Saturday, November 12, 2011

MENYELUSURI ATAU MENGEJAR MASA

Masa itu sentiasa dan tetap berjalan dan masa itu emas kerana masa yang hilang tidak akan kembali lagi.Ketika ini sudah hampir hujung tahun 2011 dan alangkah cepatnya masa berlalu berlayar .Khususnya bagi orang dewasa dan tua masa itu meninggalkan kita sesegra mungkin saperti angin taufan dilautan. Kurt lewin berkata life space atau ruang hidup seseorang individu bertambah kompleks semakin berusia seseorang. Orang yang muda pasti merasa masa itu lambat berjalan beransur saperti kura kura . Orang dalam penantian sentiasa merasa masa lambat bergerak.Ini kerana mereka sentiasa menanti pencapaian sesuatu yang istimewa saperti menunggu kekasih dan pertunangan. Orang yang penuh iltizam merasa cukup puas dengan masa cukup bermotivasi.Aduuh sempurnakan masa dengan penuh hikmat supaya terisi dengan sepenuh kebaikan seribu kebijaksanaan. Maksimumkanlah masa supaya kita tidak menyesal ia berlalu tanfa perkara yang berfaedah. Kata ahli psikologi tiap tahap hidup manusia ada tanggungjawab tertentu yang perlu dipenuhi. Penuhinya dengan baik. Alangkah membazirnya masa zaman tua dipenuhi dengan dosa dan noda menunggu alam barzah. Tidak ingat mati namanya. Tidak mahu bersedia menemui Sang Pencipta. Biarlah beriman beramal dan bertakwa selalu. Teringat seorang pemuda yang menghabiskan masa tak tentu arah sehingga dewasa masih tercari cari ;kata pepatah Bahasa Inggeris "A rolling stone gathers no moss" Teringat orang tua disaat kematiannya menyesal seribu penyesalan kerana tidak pernah bertanggungjawab kepada keluarga nya.Aduuh sewajarnya masa itu dirancang pengiisiannnya kerana kata Steven Covey kalau tidak akhirnya seseoarang itu menderita kerana asyik mengejar deadline. Kita akur dengan nasehat bukanlah jumlah masa atau tahun yang penting dalam hidup tetapi bagaimana kita gunakan masa dengan baik.

Salam Mesra
Rohaty Mohd Majzub

Tuesday, December 8, 2009

Kanak Bergeliga dan berbakat , kanak bermasaalah pembelajaran dan kanak serdahana biasa

Saudara,

Banyak telah diperkatakan di seluruh dunia akan kategori kanak kanak sehingga kita terasa kepelbagaian yang mencabar kita berfikir apa tindakan terhadap mereka yang diklasifikasikan ini. Pertama perlu diterima kategori kanak kanak itu samada anak kita sendiri atau anak jiran atau anak saudara mara. Kedua kita berfikir apa ikhtiar untuk memaksimumkan potensi mereka samada kita berupaya dan berpengetahuan atau tidak; Ketiga kita perlu ubah mind set supaya jangan pandang rendah kpd mereka kerana bukan salah mereka jjika tidak tinggi kecerdasan mereka. Keempat kita sebagai agen perubahan masyarakat jangan lupa apa sumbangan kepada kebajikan mereka. Jadi ya ada taburan normal dengan segala kepelbagaian tersebut. Kelima adakah guru guru kita terlatih untuk memenuhi citarasa kabnak kanak yang pelbagai ini atau kita pulangkan balik kepada alam semulajadi?Keenam apakah Kementerian dan agensi Kerajkaan kollobratif dalam membanteras tentang kanak khas ini.? Ya banyak soalan tetapi banyakah jawapannnya?Sesungguhnya inilah realiti hidup ; kepelbagaian!!!!!

Salam

Thursday, October 1, 2009

Rohaty berhadapan dengan Pengembaraan Ibn Battutah

Saya telah berhadapan dengan buku Pengembaraan Ibn Battutah penerbitan IKIM dan MPH (2006) dan penterjemah buku yang amat tebal ini (hampir 1000 mukasurat) adalah Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom; saya belum sempat membacanya tetapi ada beberapa insight yang saya ingin sampaikan kepada pembaca. Menurut pengenalan buku ini pengembaraan Ibn Battuttah saperti jendela yang membolehkan pembaca merealisasikan visual tamadun Islam yang dirakam oleh Ibn Batuttah .Ia amat memperkayakan minda pembaca tentang dunia wacana Islam. geographi ,sejarah dan antropologi dan budaya Islam. Buku ini sebenarnya saya berpendapat meniup semangat perjuangan Islam dan Khalifah di muka bumi ini. Kita perlu akui kehebatan pencapaian yang tertera dikisahkan dalam teks tersebut.Beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan adalah a) Bagaimana buku ini boleh dijadikan bahan bacaan lebih mudah untuk kanak sekolah rendah dan Tadika? b) Bagaimana ia boleh di jadikan bahan pengajaran secara lebih effektif ? c)Bagaimana mencungkil dan memupuk nilai nilai murni daripada teks tersebut? Saya berharap pehak promoter filem juga dapat membina satu filem bermutu dari buku tersebut.Inshallah saya akan menghampiri teks ini dengan lebih dekat pada masa hadapan dan pada masa yang sama pendapat anda di alu alukan

Wednesday, September 16, 2009

AMALAN SOLAT DUHA DALAM PERKERJAAN

Buku yang baru terbit(2009) (PTS Millennia Sdn Bhd) berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha merupakan usaha untuk memberi mesej spiritual kepada pembaca yang berkisar dalam kehidupan praktikal seseorang. Apa tidak nya agama Islam kuat menyokong dan menggalakkan hubungan insan dan hamba Allah dengan Penciptanya melalui ganjaran dan peneguhan. Umum amat mengetahui Solat Duha terbukti banyak kekuatannya dan keajaibannya jika dilaksanakan. Persoalan buku tersebut yang dikemukakan adalah apakah solat duha meluaskan pintu rezeki seseorang? Yang menariknya buku ini mendiskusikan kisah kejayaan orang yang istiqamah mengerjakan Solat Duha. Bukti bukti yang dijadikan rujukan bukan saja dari AL Quran tetapi juga Hadis Hadis Tirmizi dan Thabrani. Apa yang menjadi penambahbaikan dalam vokasi dan kerjaya seseorang adalah bukan sahaja realiti luaran kerjaya mereka tetapi elemen spiritual dalaman intrinsik saperti solat duha yang menjadi pemangkin dan pendorong yang hebat membina inspirasi nilai dan watak seseorang pekerja. Berdasarkan hakikiat insan itu ada pertalian bukan saja dengan bossnya dan rakan sejawatannya tetapi juga dengan penciptanya yang maha agung solat duha ini merupakan pengantara langsung untuk motivasi dan inspirasi. Mungkin ramai yang mengabaikan amalan dan budaya ini dan kerana demikian wujudlah kekurangan dalam aspek afek dan dimensi spiritual seseorang. Mungkin ramai yang tidak dapat menunaikan solat duha kerana terlalu amat sibuk bermesyuarat atau melaksanakan aktiviti lain di pejabat. Kekuatan Solat Duha menjauhkan kemiskinan dan mendatangkan kemudahan . Aspek kerohanian solat duha ini adalah "hadiah sebuah istana dari emas dalam syurga (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi) Menurut Surah ar Rad ayat 26 "Allah meluaskan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dia klehendaki dan kemiskinan material dan spiritual itu adalah sesuatu yang buruk dan negatif. Buku ini mengesyorkan kewajipan insan menyedari bahawa rezeki ada disetiap penjuru tetapi insan perlu berusaha memperolehinya dan insan tidak boleh jemu memohon dan berusaha. Saya meninggalkan buku tersebut selepas habis membaca dengan satu persoalan" Bagaimanakh menerapkan Solat Duha sebaik baiknya diwaktu pejabat dan dalam suasana berkerja dipejabat?Persoalan ini perlu dikaji untuk menafaat semua pekerja.

Saturday, August 29, 2009

Membincangkan kesucian cinta Siti Khadijah-Rasulullah

Zuraidah Muhammad Rais anak saya menghadiahkan buku yang berjudul Khadijah :Kisah Cinta Sejati Rasulullah kepada saya pada hari jadi saya baru baru ini. Sebelum ini saya tidak sempat membaca tetapi sekarang saya mengambil kesempatan bulan puasa menelitinya. Tentu hasrat pengarang buku nya saudara Abdul Munim Muhammad menulis buku ini sebagai panduan kepada wanita wanita yang lain. Tentu potret Khadijah yang dilukisnya akan memerangsangkan kaum Hawa kerana saya kira lebih banyak buku ditulis memberi sanjungan kepada Nabi Muhammad .Saya berpendapat buku ini releven untuk semua wanita tanpa mengira usia dan ras kerana tentu apa yang akan dipamerkan adalah berkenaan sifat atau watak seorang wanita yang ternama saperti Khadijah dan menafaat membacanya tentu signifikan .Menyingkap disebalik kulit buku ini sahaja saya sudah terpegun . Kerana Khadijah Khuawailid istri Rasulullah adalah wanita yang banyak berkorban untuk suaminya dan memberi kepercayaan dan keyakinan kepada suaminya. Saperti kata Rasulullah "dia(Khadijah) beriman kepada ku ketika semua orang ingkar; dia mempercayai ku tatkala semua orang berdusata;dia memberiku harta pada saat orang lain enggan memberi;dan darinya aku memperoleh keturunan ................." Demikian luahan hati Rasulullah mengenai Khadijah .Apakah ini yang dikatakan kesetiaan kepada insan yang dikasehi bergelar suami?Apakah wanita zaman moden ini bersifat demikian? Tentu ini satu aras tanda dan benchmark yang boleh diteliti bersama. Pengabdian Khadijah kepada perjuangan Rasulullah bukan sahaja secara fisikal mendampingi nya dan berada bersamanya ketika masyarakat menentang dakwah Rasulullah tetapi secara spiritual memberi semangat dan keyakinan serta penerimaan. Buku ini menghuraikan lagi kekuatan watak Khadijah saperti kecerdasan otak nya dan sifat berdikarinya mengelolakan perdagangan yang berjaya. Kesetiaan Khadijah bagitu menakjubkan sehingga pada saat Khadijah meninggal pada usia 65 tahun, Rasulullah terpaksa memikul kesedihan dan kepiluan kerana sedar Khadijah akan pergi selama lamanya. Khadijah sewaktu hidupnya kerap di gelar wanita suci, cantik, kaya dan luhur akhlaknya. Bukan sahaja itu Khadijah adalah wanita penuh initiatif memilih suami nya dan berani melamar bakal suaminya dan tentu yakin tentang apa yang dia kehendaki sendiri tanpa memikirkan perkara perkara yang boleh menghalang sesebuah perkahwinan yang difikirkan saperti perbezaan umur antara nya dengan Rasulullah sebanyak 15 tahun . Kesabaran Khadijah tertera dengan kesanggupan menunggu Muhammad selama satu bulan yang pergi ke Gua Hirak Inilah secebis gambaran ketokohan seorang wanita yang amat dicintai Rasulullah.Bersama sama kita membuat refleksi tentang perwatakan Khadijah.Benar diantara kita ini yang mungkin tidak berdaya menghampiri pengorbanan Khadijah atau berdaya kah?Apakah seseorang wanita itu rela berkorban kerana suaminya saperti Rasulullah yang baik budi pekerti dan mulia serta dikagumi? Bagaimana jika tiada sifat saperti Rasulullah?(Allah saja yang Mengetahui)

Sunday, August 16, 2009

BEYOND GRADUATION

Saya menghadiri Konvokesyen dan cuba mencari makna dari peristiwa tersebut. Sesungguhnya makna sebenar menjadi graduat menjadi persoalan saya. Hidup ini satu perjalanan dan perjalanan yang penuh cabaran. Dugaan yang akan dihadapi selepas graduat tentu banyak dan pelbagai yang menuntut tenaga fikiran dan kebijaksanaan

I sat on the stage observing undergraduates graduating receiving their scrolls on convocation day.They might have been nervous walking up the stage measuring their steps very carefiully afraid of the unforseen or the little mistakes that might have happened. They came in beautiful attire especially made for the auspicious occasion. Yes they waited so long to graduate to be accepted into society's new circles of elite to form the middle strata of society measured by educational achievement.

My heart warmed up to these graduates remembering how hard they worked to achieve. I hope and pray that the new beginning will get them prepared for a long journey into life career and family life.I also hope they were instilled with positive values , good soft skills and courage to open their minds to the future. I hope they find what they learnt to be relevant to society and to life. A graduate graduating at 24 or younger may meet with the honeymoon years after graduating and face the tests of reality

. Many intervening variables will be met along the way. At the work place they will meet the new demands placed upon them. They will meet with deadlines and poisonous personalities. But preserverance and courage should be the attribute they carry with optimism .I pray they will be adults serving society functionally and making an impact


"Wisdom fortunately or unfortunately cannot be bought and can only be developed through experience "
.

Tuesday, August 11, 2009

KECERDASAN SPIRITUAL :PESANAN SHODIQ MUSTIKA DAN RUSDIN RAUF

Sdr yang saya hormati,

Sudah pasti anda telah mendengar tentang kecerdasan spiritual walaupun kerapkali kecerdasan intelek dan emosi heboh diperkatakan. Saya teringat bahawa untuk menjadi insan yang seimbang ketiga IQ, EQ dan SQ diperlukan. Cuba fikirkan jika seseorang itu hanya seorang intelek (IQ)tetapi kurang kecerdasan emosinya tentu dia akan kurang disenangi dalam lautan dan lingkungan sosial.Kata orang dia manusia angkuh dan sombong dan sukar mengerti perasaan orang lain .Barangkali dia tiada teman untuk berbual.Pernah anda jumpa orang saperti ini? Cuba bayangkan jika kekurangan SQ dimana terdapat ramai yang mewah kaya raya tetapi kosong jiwa mereka. Bagaimanakah menjelaskan semua fenemona tersebut?

EQ hangat dibincangkan oleh Daniel Goleman sehingga banyak kajian dilaksanakan mengenai EQ Pemerhatian menunjukkan jikapun seseorang itu tinggi IQ nya tetapi tidak ada soft skills maka ia tidak mungkin akan menjumpai sukses.Teringat sahabat saya Prof Madya Dr Noriah Ishak yang sungguh aktif dengan ujian berkaitan EQ diUKM. Teringat juga rakan saya Wan Ahmad Jailani Wan Ngah yang jika mengambil ujian SQ pasti tinggi SQ nya.(Pada tanggapan saya) Jelas teringat Bengkel ESQ yang saya hadiri dan ikuti bersama Pak Ary Ginanjar Agustian yang masih segar dalam kenangan. Saya belum habis membaca Buku Pak Ary berjudul ESQ Emotional Spiritual Quotient dan akan cuba melayari muka surat muka surat nya tidak lama lagi.

Ramai usahawan yang berjaya memiliki EQ yang mantap dan tinggi .Tetapi yang ketara sekarang ini adalah kecerdasan spiritual iaitu hubungan insan dengan Pencipta nya. Hubungan yang vertical atau menegak ini amatlah penting untuk di ketahui dan dipelihara.Bagaimanakah agaknya pemupukan dan penghayatan SQ?Apakah sistem pendidikan kita telah sebenarnya berjaya membina SQ untuk pelajar pelajar ? Dan pada tahap apa agaknya? Tertinggi ? Ter rendah? Atau terlalu abstrak hendak dinilai? Ada yang menegur bahawa semakin seimbang halatuju semakin bertambah jenayah negara?

Bagi saya tidak lari dari ketiga komponen pengetahuan, sikap dan amalan. Saya berpendapat minda seseorang perlu dipertajamkan dan ufuk minda sentiasa di perluaskan. Teringat saya buku buku yang menyerbui pasaraya dan khutubkhanah mengenai isu dan persoalan agama bagitu hebat peranan mereka. Bila balik dari Padang Indonesia baru baru ini saya membawa buku yang ditulis oleh Shodiq Mustika dan Rusdin Rauf yang berjudul Keajaiban Shalat Tahajud.

Meskipun ini persoalan umum yang telah diketahui ramai tetapi saya rasa setiap penulisan itu karya yang unik dan setiap pembacaan itu menghasilkan celikakal yang menyakinkan. Terpanggil saya untuk memperkenalkan Buku ini meski setakat memperkenalkan sesuatu. Shodiq menyampaikan pesanan Ariffin Ilham "Orang yang bangun tengah malam ingat Allah dan melakukan shalat tahajud maka dia akan semakin energik dan jiwanya tenang"dan diperteguhkan pula dengan pesanan Yusuf Mansyur "Pada tengah malam itu kita dapat meminta apa pun,dan Allah berjanji mengabulkannya: Alangkah sayangnya kalau kesempatan emas itu kita sia sia kan.(Petikan dari Buku Shodiq)

Bagitulah laluan yang diberikan istimewa sekali) Sesungguhnya perdampingan dengan Allah SWT itu senang diurus dan dilaksanakan jika motivasi intrinsik ada pada setiap individu. Kata Taufik Hidayanto mengenai buku ini "Ramuan tahajudnya benar benar mencerdaskan dan memberi efek efek baru yang dashyat membumi.Baru kali ini saya membaca buku tentang tahajud yang diramu apik dengan cerita motivasi dan pengalaman yang mencerahkan tanpa terbebani dalil dalil yang membosankan: Jadi ini bukti Buku tersebut memberi kesan dan kepuasan kepada pembacanya.Sudah pasti menafaat solat tahajud itu ketara dari Surah Al Israaj ayat 79 dan Surah Al Muzzamil Ayat 6 yang tidak payah saya elaborasi disini.

Kecerdasan spiritual perlu dihidupkan dalam sanubari setiap insan supaya menjadi manusia yang seimbang. Khususnya dalam masyarakat yang agenda sosialnya adalah pembasmian penyakit sosial!!! Bacalah buku ini jika belum dan jika sudah silalah hayatinya Sdr!(dan banyak lagi buku yang ada dan belum sempat saya baca untuk santapan minda dan rohani agar Akaun Spiritual saya semakin teguh . Kata Covey Akaun Simpanan dengan wang ringgit berbeza dengan Akaun Emosi dan saya perkenalkan disini Akaun Spiritual