About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Wednesday, September 16, 2009

AMALAN SOLAT DUHA DALAM PERKERJAAN

Buku yang baru terbit(2009) (PTS Millennia Sdn Bhd) berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha merupakan usaha untuk memberi mesej spiritual kepada pembaca yang berkisar dalam kehidupan praktikal seseorang. Apa tidak nya agama Islam kuat menyokong dan menggalakkan hubungan insan dan hamba Allah dengan Penciptanya melalui ganjaran dan peneguhan. Umum amat mengetahui Solat Duha terbukti banyak kekuatannya dan keajaibannya jika dilaksanakan. Persoalan buku tersebut yang dikemukakan adalah apakah solat duha meluaskan pintu rezeki seseorang? Yang menariknya buku ini mendiskusikan kisah kejayaan orang yang istiqamah mengerjakan Solat Duha. Bukti bukti yang dijadikan rujukan bukan saja dari AL Quran tetapi juga Hadis Hadis Tirmizi dan Thabrani. Apa yang menjadi penambahbaikan dalam vokasi dan kerjaya seseorang adalah bukan sahaja realiti luaran kerjaya mereka tetapi elemen spiritual dalaman intrinsik saperti solat duha yang menjadi pemangkin dan pendorong yang hebat membina inspirasi nilai dan watak seseorang pekerja. Berdasarkan hakikiat insan itu ada pertalian bukan saja dengan bossnya dan rakan sejawatannya tetapi juga dengan penciptanya yang maha agung solat duha ini merupakan pengantara langsung untuk motivasi dan inspirasi. Mungkin ramai yang mengabaikan amalan dan budaya ini dan kerana demikian wujudlah kekurangan dalam aspek afek dan dimensi spiritual seseorang. Mungkin ramai yang tidak dapat menunaikan solat duha kerana terlalu amat sibuk bermesyuarat atau melaksanakan aktiviti lain di pejabat. Kekuatan Solat Duha menjauhkan kemiskinan dan mendatangkan kemudahan . Aspek kerohanian solat duha ini adalah "hadiah sebuah istana dari emas dalam syurga (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi) Menurut Surah ar Rad ayat 26 "Allah meluaskan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dia klehendaki dan kemiskinan material dan spiritual itu adalah sesuatu yang buruk dan negatif. Buku ini mengesyorkan kewajipan insan menyedari bahawa rezeki ada disetiap penjuru tetapi insan perlu berusaha memperolehinya dan insan tidak boleh jemu memohon dan berusaha. Saya meninggalkan buku tersebut selepas habis membaca dengan satu persoalan" Bagaimanakh menerapkan Solat Duha sebaik baiknya diwaktu pejabat dan dalam suasana berkerja dipejabat?Persoalan ini perlu dikaji untuk menafaat semua pekerja.