About Me
- Prof Puan Sri Dr rohaty
- Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL
I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!
Wednesday, September 16, 2009
AMALAN SOLAT DUHA DALAM PERKERJAAN
Buku yang baru terbit(2009) (PTS Millennia Sdn Bhd) berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha merupakan usaha untuk memberi mesej spiritual kepada pembaca yang berkisar dalam kehidupan praktikal seseorang. Apa tidak nya agama Islam kuat menyokong dan menggalakkan hubungan insan dan hamba Allah dengan Penciptanya melalui ganjaran dan peneguhan. Umum amat mengetahui Solat Duha terbukti banyak kekuatannya dan keajaibannya jika dilaksanakan. Persoalan buku tersebut yang dikemukakan adalah apakah solat duha meluaskan pintu rezeki seseorang? Yang menariknya buku ini mendiskusikan kisah kejayaan orang yang istiqamah mengerjakan Solat Duha. Bukti bukti yang dijadikan rujukan bukan saja dari AL Quran tetapi juga Hadis Hadis Tirmizi dan Thabrani. Apa yang menjadi penambahbaikan dalam vokasi dan kerjaya seseorang adalah bukan sahaja realiti luaran kerjaya mereka tetapi elemen spiritual dalaman intrinsik saperti solat duha yang menjadi pemangkin dan pendorong yang hebat membina inspirasi nilai dan watak seseorang pekerja. Berdasarkan hakikiat insan itu ada pertalian bukan saja dengan bossnya dan rakan sejawatannya tetapi juga dengan penciptanya yang maha agung solat duha ini merupakan pengantara langsung untuk motivasi dan inspirasi. Mungkin ramai yang mengabaikan amalan dan budaya ini dan kerana demikian wujudlah kekurangan dalam aspek afek dan dimensi spiritual seseorang. Mungkin ramai yang tidak dapat menunaikan solat duha kerana terlalu amat sibuk bermesyuarat atau melaksanakan aktiviti lain di pejabat. Kekuatan Solat Duha menjauhkan kemiskinan dan mendatangkan kemudahan . Aspek kerohanian solat duha ini adalah "hadiah sebuah istana dari emas dalam syurga (Hadis Ibnu Majah dan Tirmizi) Menurut Surah ar Rad ayat 26 "Allah meluaskan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dia klehendaki dan kemiskinan material dan spiritual itu adalah sesuatu yang buruk dan negatif. Buku ini mengesyorkan kewajipan insan menyedari bahawa rezeki ada disetiap penjuru tetapi insan perlu berusaha memperolehinya dan insan tidak boleh jemu memohon dan berusaha. Saya meninggalkan buku tersebut selepas habis membaca dengan satu persoalan" Bagaimanakh menerapkan Solat Duha sebaik baiknya diwaktu pejabat dan dalam suasana berkerja dipejabat?Persoalan ini perlu dikaji untuk menafaat semua pekerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Interesting book...Solat dhuha ni khususnya dilakukan sebagai penambahan ibadah wajib kita, sbb Allah akan menilai yang ibadah sunat sebagai ‘penutup’ kekurangan ibadah yang wajib di samping dapat memohon rezeki yang halal dan berkat serta dapat tingkatkan darjat kita di sisi Allah SWT ..Ambil masa dalam 5-10 minit sahaja untuk sujud pada Ilahi, lagipun agak panjang masa solat dhuha ni kan sebelum masuk waktu zohor so boleh la kita tunaikannya sebentar di antara waktu2 terluang ketika bekerja..Kita kena pandailah menguruskan masa bekerja dan waktu sujud untuk Ilahi.. Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang.. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan…..Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..
ReplyDeleteBukan masa yang menguruskan kita tetapi kitalah yang mesti bijak menguruskan masa dgn sebaik-baiknya untuk menseimbangkan keperluan duniawi dan akhirat. Solat Dhuha boleh dilakukan pada waktu2 rehat di tempat kerja.Jadi, ambillah kesempatan yang terluang itu untuk melakukan ibadat. Biasanya, majikan akan menyediakan bilik2 khas untuk solat. Kelebihan dan manfaat solat ini perlu dihebahkan kpd semua pekerja dan mengingatkan masa untuk bersolat barulah dapat mencapai kejayaan dan kemajuan bersama-sama. Majikan juga boleh mengedarkan risalah yang berkaitan dengan solat dhuha untuk menggalakkan semua pekerja. Semoga kita bersama-sama dapat mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah swt dari masa ke semasa.
ReplyDeleteInteresting Books. i was really looking for such kind of the book! Thanks for sharing with us!
ReplyDeleteSaya rasa kalau pening stress dengan tugas diopis bolehlah buat Solat Duha bukan? Kan opis banyak tuntutannya bukan? Ada kajian tak dibuat mengenai kesan Solat ini ? Patut ada
ReplyDeleteSalam Adildil Fitri
ROHATY MOHD MAJZUB
Di mana ada kemahuan , di sana ada jalan. Saya rasa Solat Dhuha boleh dilakukan pada bila-bila waktu dan tempat saja asal pekerja itu ada kemahuan itu
ReplyDeleteSalam prof...Bagi saya dalam memikirkan bagaimana hendak menerapkan solat dhuha dalam kehidupan seharian ia bergantung kepada kemahuan diri sendiri..Sejauh mana kita percaya dan yakin dengan kelebihan solat dhuha.Terdapat segelintir orang yang bila melakukan solat dhuha mereka hendak melihat hasilnya serta merta dan ada yang melakukannya tapi hanya melihat hasilnya semata-mata pada pertambahan harta bendanya..Sebab itu bila hasil tidak dilihat mereka pun berhenti dari melakukannya..Sedangkan istiqamah itu penting dalam keberkesanan amalan-amalan sunat..Yang paling penting kita kena tahu yang rezeki Allah itu luas bukan semata-mata pada harta benda..Kesihatan, hati yang tenang, keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh itu jauh lebih berharga daripada harta benda berupa meterial..Tapi sejauh mana manusia itu memandang kepada semua ini...Jangan sempitkan pemikiran kita sehingga kita melihat rezeki yang Allah begi itu semata-mata pada harta benda kerana kita takut apa yang kita dah miliki sekarang yang jauh lebih berharga ditarik semula oleh Allah..Belajarlah untuk bersyukur kerana rezeki yang sikit itu jauh labih bermakna jika kita syukuri dan ingatlah Allah itu Maha Adil...Ingatan buat diri sendiri khususnya..Harap tegur kalo ada kesilapan..Selamat ari raya maaf zahir batin.
ReplyDeletePada pendapat saya, ikutlah kata hati sendiri dan melakukan solat dhuha pada waktu rehat kerja. Sibuk, banyak kerja dan mesyuarat tak patut dijadikan alasan. Bukannya memakam masa yang lama untuk menunaikan solat dhuha.Walaubagaimana pun pengurusan masa itu penting supaya tidak rasa tidak selesa atau membebankan hati diri.
ReplyDeleteSolat dhuha adalah antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW.
ReplyDeleteCara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu zuhur. waktu yang paling Afdhal dilakukan pada pagi hari disaat matahari sedang naik ( kira-kira jam 9.00 ). Mungkin ramai memberi alasan mereka sedang bekerja dan tiada masa untuk menunaikan solat ini. Jangan kita memberi alasan masa semata-mata. Masa yg terluang itu boleh kita gunakan untuk solat dhuha.Solat Dhuha lebih dikenali dengan solat sunat untuk memohon rezeki dari Allah. Moga rezeki kita bertambah-tambah kerana kita berkorban sedikit masa sahaja walapun bnyak tugasan atau pekerjaan yang perlu diselesaikan.
ReplyDeleteSemoga solat dhuha ini diamalkan, tetapi jgn lupa untuk cukupkan solat yg wajib dahulu.
(azzira A121466)
untuk jadikan solat dhuha sbagai amalan seharian mungkin agak sukar..namun, ia tidak mustahil kerana jika ada kemahuan, semua akan dapat dilakukan..bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...=)
ReplyDeletesolat duha adalah solat yg berkait rapat dgn rezeki..samada dipermudahkan rezeki, rezeki yg diberkati,kemanfaatan rezeki dan pahala yg tinggi nilainya..solat duha ini bagus kalau dijadikan amalan harian..biasanya ia dilakukan sebelum masuk waktu zohor..waktu sedemikian eloklah dilakukan solat tersebut,apatah lagi pd saat ini,badan memerlukan 'rehat sebentar' setelah penat bekerja..tp dengan syarat tidak mengetepikan perkara2 atau urusan yg wajib dan utama daripada yg sunat..kalau hendak buat seribu daya..renung-renungkan dan selamat beramal:)
ReplyDeleteSebelum memulakan sesuatu, kita membaca Basamallah...sebelum makan pun kita baca doa makan dan Basmallah....sama juga keadaannya dengan solat, Dhuha 2 dikira sebagai satu doa untuk memulakan hari kita, samalah juga dengan Solat Subuh dan solat2 sunat di awal pagi...Insyaallah kalau dikerjakan dengan ikhlas dan niat yang betul, Allah S.W.T tidak akan memandand sahaja usaha kita tersebut tanpa memberikan Barakah-Nya...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemarilah kita sama-sama mengamalkan sembahyang sunat dhuha ini..
insyaallah akan dapat kemurahan rezeki dari Allah…dan apa yg penting kita perlu sentiasa minta ampun dengan ALLAH.
setiap amalan yang baik akan diberikan ganjaran yang baik dr Allah..sebagai hambaNya,untuk mndapat ganjaran lebih,kte juge perlu berusehe serta melakukan amal ibadat sunat cnthnye solat sunat Dhuhaa..solat sunat Dhuha jika dilakukan secara istiqamah,Insyaallah Allah akan memberi ganjaran serta rezki yang lebih..jika kita berusaha melaksanakn solat sunat ini,insyaallah mudah endapat pekerjaan serta memperolehi rezki lebih seperti kenaikan pgkat dan sebagainya..namun paling utama adalah niat ikhlas kerana Allah serta istiqamah melaksanaknnya..mudah2an kte memperolehi rezki serta keredhaan dr Allah..
ReplyDeleterezeki itu datang dr Allah....tpi Allah juga menyuruh hambanya untuk berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan...dan mencari rezeki yang halal untuk kebaikkan di dunia dan di akhirat...oleh yang demikian, solat Dhuha itu perlu di amalkan...namun ape yang paling penting niat kite mestilah kerana Allah taala...tanpa DIA siapalah kite semua...
ReplyDelete(zaida - A120158)
NURUL HAFIZAH ABDULLAH A117753
ReplyDeletesalam...Solat dhuda merupakan salah satu daripada solat2 yg disunatkn kita untuk mengerjakannya. Tapi, bg yg berkerjaya, mungkin sedikit sukar bg mereka, kerana kesuntukan masa dan kesibukan bekerja. tambahan pula, sekiranya tempat kerja tu swasta n nk support negara lain, mcm DELL n HP etc.waktu negara xsame..kerja gvmnt pun blh tahan sibuk.susah sikit la..tp tu sume xjd penghalang.
ReplyDeletesume bergantung pd diri n kehendak hati..sesetengah org, mereka rase lg byk mereka buat solat2 sunat, lg lapang masa diorg ALLAH beri..moga kita sama2 diberkatinya..(NURUL AKMAL IELAH BT ABDUL RAZAK A119386)
salam...
ReplyDeletesaya setuju dgn apa yg diakatakan oleh akmal ielah. bagi yg bekerja, xkira kerajaan mahupun swasta, amat sukar untuk mencari waktu untuk menunaikan solat dhuha, walaupon masa yg perlu diluangkan xsampai 5 minit pon tapi itulah, nak2 lagi bagi perempuan. betol x?
tapi apa2 pon, nak seribu daya, xnak seribu dalih, kan...
(SITI MADIHAH MUHAMMAD A119955)
insya allah..mudah-mudahan saya dpt amalkan solat sunat ini....
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat manfaat dari pembacaan ini. Sesunguhnya solah sunat Dhuha digalakkan untuk kita melaksanakannya kerana banyak manfaatnya. Sebaagai uamat Islam yang taat kita perlu meluangkan sedikit masa untuk melaksanakannya. Semoga Allah memberikan kelapangan masa untuk setiap kita melaksanakannya.
ReplyDeleteHanya yang melakukan sahaja dapat merasai akan nikmat kehebatan Dhuha.
ReplyDeleteMarilah kita bersama2 berebut2 mengerjakannya. Hati sangat bahagia melihat teman2 sekerja keluar masuk musolla kerana mengerjakan solat dhuha.