About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Thursday, October 1, 2009

Rohaty berhadapan dengan Pengembaraan Ibn Battutah

Saya telah berhadapan dengan buku Pengembaraan Ibn Battutah penerbitan IKIM dan MPH (2006) dan penterjemah buku yang amat tebal ini (hampir 1000 mukasurat) adalah Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom; saya belum sempat membacanya tetapi ada beberapa insight yang saya ingin sampaikan kepada pembaca. Menurut pengenalan buku ini pengembaraan Ibn Battuttah saperti jendela yang membolehkan pembaca merealisasikan visual tamadun Islam yang dirakam oleh Ibn Batuttah .Ia amat memperkayakan minda pembaca tentang dunia wacana Islam. geographi ,sejarah dan antropologi dan budaya Islam. Buku ini sebenarnya saya berpendapat meniup semangat perjuangan Islam dan Khalifah di muka bumi ini. Kita perlu akui kehebatan pencapaian yang tertera dikisahkan dalam teks tersebut.Beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan adalah a) Bagaimana buku ini boleh dijadikan bahan bacaan lebih mudah untuk kanak sekolah rendah dan Tadika? b) Bagaimana ia boleh di jadikan bahan pengajaran secara lebih effektif ? c)Bagaimana mencungkil dan memupuk nilai nilai murni daripada teks tersebut? Saya berharap pehak promoter filem juga dapat membina satu filem bermutu dari buku tersebut.Inshallah saya akan menghampiri teks ini dengan lebih dekat pada masa hadapan dan pada masa yang sama pendapat anda di alu alukan

11 comments:

  1. Dayang Kalsum bt BahrinOctober 9, 2009 at 3:28 PM

    Assalamualaikum wtk..Saya berpendapat teks ini boleh diubahsuai dan ditulis semula dalam bentuk buku cerita bersiri yang nipis dan berwarna-warni untuk menarik minat kanak-kanak tadika membaca. Selain itu, mungkin penulis boleh menggunakan satu watak yang berkesan dan menggunakan laras bahasa yg mudah supaya kanak-kanak lebih mudah memahami mesej cerita. Teks Ibn Batuttah ini perlu dibaca dengan teliti untuk mencungkil nilai-nilai murni dan perlu dinyatakan secara mudah dan jelas supaya maksud difahami oleh kanak-kanak. Penghasilan cerita berkenaan penggembaraan Ibn Batuttah ini juga boleh dipersembahkan di dalam bentuk CD Rom yang mudah dikendalikan oleh guru dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Dayang..tentunya buku yang berwarna-warni dapat menarik perhatian kanak-kanak.Gunakan bahasa yang mudah difahami supaya kanak-kanak lebih minat untuk mengikuti kisahnya hingga akhir..Penggunaan CD juga sangat efektif, kerana kanak-kanak dapat melihat dan mendengar cerita pengembaraan Ibn Batuttah ini melalui animasi dan visual.Dengan cara ini, diharapkan nilai2 baik ini dapat diserapkan ke dalam jiwa kanak-kanak sedari kecil..

    ReplyDelete
  3. mohd khalis khalid (a117818)
    pendapat saya, kite translate the story into cerita macam penglipurlara...
    then jadikan bahan wajib di sekolah melalui tayangan...

    contoh mesti semua masih ingat siri "kisah2 anbiya'" yang disiarkan dulu di tv3..
    dipengacarakan wardina...
    mekanisme bercerita kepada kanak2...

    kanak2 akan mudah faham dan seronok..terus lekat dan ingat..

    ReplyDelete
  4. pada pndapat sye,jadikan nya dalam satu buku bergambar kerana kanak2 suke melihat gambar sekaligus memahami jalan ceritanya..sye juga besetuju dengan mempersembahkannya dalam bentuk Cd mahupun cerita penglipurlara kerana kanak2 suke kepada penceritaan..ibu bapa juga perlu mendedahkan cerita2 ini kepada anak2 seperti sebelum tidur berceria kepada anak2 mereka..nilai murni perlu diterap dr kecil dan diteruskan di peringkat sekolah tadika dan rendah lagi..

    ReplyDelete
  5. Yaya... Saya juga berpendapat perlu dijadikan cerita bergambar seperti komic, tidak perlu banyak perkataan tp apa yg perlu disampaikan perlu ada krn murid2 terutama tadika tidak pandai membaca lg buku spt ini mudah diserap dlm minda mrk. selain itu, dia blh dijadikan wayang. Cikgu blh menceritakan cerita ini dlm kelas. cikgu2 juga blh jadikan isinya dlm pengajaran dan bincang dgn murid2 bagaimana watak dlm cerita apa yg mrk buat, apa yg patut kita amalkan dlm kehidupan dan sebagainya. selain itu, watak2 dlm cerita blh diubah jadi watak yg lebih menarik spt cartoon untuk menarik kanak2.

    Chan Kuan Loong
    A121423

    ReplyDelete
  6. saya juga berpendapat bahawa pendekatan melalui visual seperti gambarrajah atau filem pendek dapt menarik minat kumpulan anak-anak kecil ini kerana pasa usia yang semuda ini susah bagi mereka untuk memahami sesuatu yang rumit....tambahan pula gambar boleh menerangkan banyak perkara yang kata-kata tidak mampu lakukan....
    (zaida - a120158)

    ReplyDelete
  7. tebal juga buku tu...1000pages. Bg org dewasa, tiada masalh untuk membaca dan mamahaminya.tapi,untuk kanak2 tadika dan sekolah rendah, mustahil mereka boleh mamahaminya. jadi, untuk memuahkan pembacaan mereka, buku ilmiah kanak2 la jawapannya. buku itu deterbitkan secara kreatif, di mana ilustrasi tentang pengembaraan perlu debuat. lukisan akan memudahkan kanak2 memahami dan membacanya malah dapat menarik minat mereka untuk mengetahui kisah2 nabi dan lain2 pula..PICTURE SAYS 1000 words...(NURUL AKMAL IELAH BT ABDUL RAZAK A119386)

    ReplyDelete
  8. (NURUL AKAML IELAH BT ABDUL RAZAK A119386) TAMBAHAN....buku tu juga boleh diterbitkan secara video kartun..lg menarik...sgt sesuai dengan kanak2 yg sedang anxious tentang semua benda..

    ReplyDelete
  9. saya sendiri sangat suka kepada buku2 yang berkisar kepada perjalanan hidup tokoh2 pada masa dahulu...memang sangat menarik mengetahui cabaran2 dan halangan2 yang terpaksa mereka lalui sebelum menempuh kejayaan...pada saya, buku tersebut boleh dihasilkan mengikut piawai bacaan kanak2, contohnya ambil satu peristiwa yang menarik, dan bukukan semula. Gunakan warna2an yang menarik dan pelbagai, dan tambahkan illustrasi yang cantik untuk tarik minat kanak2...dengan ini buku tersebut boleh menjadi bahan bacaan ringan kepada mereka, di samping membantu mereka mengenali tokoh2 bersejarah ini, dan juga dapat memberi kanak2 tersebut tauladan dan ikutan untuk diikuti..-a118958

    ReplyDelete
  10. saya setuju dgn cadangan dayang kalsum. buatkan buku tu menarik dari segi gambar, colour dan font tulisan. lebih bgs lagi kalau dapat dijadikan english version. dapat melatih kanak2 practice their english while reading it. dan cerita2 begini sepatutnyer dijadikan bedtime story tuk kanak2 sekarang, sekurang2nyer dapatlah mereka mengetahui mengenai tokoh2 islam secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  11. Syed Nurulakla Syed AbdullahNovember 10, 2009 at 7:53 AM

    Assalamu`alaikum wrt.,

    Kebetulan saya menelusuri laman sesawang Prof Puan Sri Dr. Rohaty ini ketika saya meneliti laman-laman yang memberikan komen terhadap buku terjemahan "Pengembaraan Ibn Battutah" yang saya hasilkan selama sepuluh tahun (1993-2003) dan dilancarkan pada tahun 2004.

    Tiba-tiba hati saya tertarik untuk singgah di sini dan menghentikan kembara saya sejenak di sini.

    Terima kasih atas sokongan dan minat yang diperlihatkan oleh semua pembaca tanah air yang menyatakan rasa minat dan tertarik mereka terhadap kandungan buku kembara Ibn Battutah yang penuh dengan segala cerita, drama, fakta, dan sejarah, serta sebenarnya cerminan tentang wajah dunia dan warganya pada abad pertengahan itu.

    Saya menyokong apa jua cadangan yang baik untuk menghasilkan pelbagai `derivatives' daripada buku terjemahan saya itu. Sudah tentu, untuk kanak-kanak, ia perlu dipersembahkan dalam ragam dan bentuk yang lain. Tulisan yang lebih mudah, menghiburkan digabungkan dengan ilustrasi, lukisan dan imaginasi serta reka bentuk buku yang dapat merangsang minda dan pemikiran kanak-kanak selain menanamkan nilai-nilai mulia seperti keberanian, keyakinan diri yang tinggi, tawakkal kepada Ilahi dan tidak mengenal putus asa untuk mencapai matlamat dan wawasan hidup. Malah, pada pendapat saya, banyak kisah dalam Ibn Battutah yang sesuai untuk dianimasikan.

    Kepada Prof yang sedang membaca dan menghayati buku ini serta rakan-rakan dalam jaringan sesawang ini, selamat terus membaca karya ini. Saya dapat memberikan jaminan ia merupakan pengalaman pembacaan yang unik dan berbeza, yang tidak dapat dirasai melainkan kita membaca karya ini. Sebagai penterjemahnya, saya telah meletakkan seluruh jiwa raga saya selama 10 tahun untuk memberikan pemindahan dan penulisan semula yang terbaik dan terindah untuk semua pembaca Melayu. Dengan pembacaan dan penghayatan anda sekalian, berbaloilah segala masa dan pengorbanan silam saya itu. Sekian dahulu, terima kasih dan wassalam.

    Penterjemah: Syed Nurulakla Syed Abdullah

    ReplyDelete