About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Saturday, August 29, 2009

Membincangkan kesucian cinta Siti Khadijah-Rasulullah

Zuraidah Muhammad Rais anak saya menghadiahkan buku yang berjudul Khadijah :Kisah Cinta Sejati Rasulullah kepada saya pada hari jadi saya baru baru ini. Sebelum ini saya tidak sempat membaca tetapi sekarang saya mengambil kesempatan bulan puasa menelitinya. Tentu hasrat pengarang buku nya saudara Abdul Munim Muhammad menulis buku ini sebagai panduan kepada wanita wanita yang lain. Tentu potret Khadijah yang dilukisnya akan memerangsangkan kaum Hawa kerana saya kira lebih banyak buku ditulis memberi sanjungan kepada Nabi Muhammad .Saya berpendapat buku ini releven untuk semua wanita tanpa mengira usia dan ras kerana tentu apa yang akan dipamerkan adalah berkenaan sifat atau watak seorang wanita yang ternama saperti Khadijah dan menafaat membacanya tentu signifikan .Menyingkap disebalik kulit buku ini sahaja saya sudah terpegun . Kerana Khadijah Khuawailid istri Rasulullah adalah wanita yang banyak berkorban untuk suaminya dan memberi kepercayaan dan keyakinan kepada suaminya. Saperti kata Rasulullah "dia(Khadijah) beriman kepada ku ketika semua orang ingkar; dia mempercayai ku tatkala semua orang berdusata;dia memberiku harta pada saat orang lain enggan memberi;dan darinya aku memperoleh keturunan ................." Demikian luahan hati Rasulullah mengenai Khadijah .Apakah ini yang dikatakan kesetiaan kepada insan yang dikasehi bergelar suami?Apakah wanita zaman moden ini bersifat demikian? Tentu ini satu aras tanda dan benchmark yang boleh diteliti bersama. Pengabdian Khadijah kepada perjuangan Rasulullah bukan sahaja secara fisikal mendampingi nya dan berada bersamanya ketika masyarakat menentang dakwah Rasulullah tetapi secara spiritual memberi semangat dan keyakinan serta penerimaan. Buku ini menghuraikan lagi kekuatan watak Khadijah saperti kecerdasan otak nya dan sifat berdikarinya mengelolakan perdagangan yang berjaya. Kesetiaan Khadijah bagitu menakjubkan sehingga pada saat Khadijah meninggal pada usia 65 tahun, Rasulullah terpaksa memikul kesedihan dan kepiluan kerana sedar Khadijah akan pergi selama lamanya. Khadijah sewaktu hidupnya kerap di gelar wanita suci, cantik, kaya dan luhur akhlaknya. Bukan sahaja itu Khadijah adalah wanita penuh initiatif memilih suami nya dan berani melamar bakal suaminya dan tentu yakin tentang apa yang dia kehendaki sendiri tanpa memikirkan perkara perkara yang boleh menghalang sesebuah perkahwinan yang difikirkan saperti perbezaan umur antara nya dengan Rasulullah sebanyak 15 tahun . Kesabaran Khadijah tertera dengan kesanggupan menunggu Muhammad selama satu bulan yang pergi ke Gua Hirak Inilah secebis gambaran ketokohan seorang wanita yang amat dicintai Rasulullah.Bersama sama kita membuat refleksi tentang perwatakan Khadijah.Benar diantara kita ini yang mungkin tidak berdaya menghampiri pengorbanan Khadijah atau berdaya kah?Apakah seseorang wanita itu rela berkorban kerana suaminya saperti Rasulullah yang baik budi pekerti dan mulia serta dikagumi? Bagaimana jika tiada sifat saperti Rasulullah?(Allah saja yang Mengetahui)

29 comments:

  1. Terlalu indah dan agung kisah percintaan Rasulullah dengan Siti Khadijah. Pada pandangan saya pengarang mempunyai banyak tujuan dan mesej yang ingin disampaikan kepada semua pembaca. Saya juga begitu berminat untuk memiliki buku tersebut kerana di dalamnya terkandung banyak pengajaran serta peristiwa yang boleh dijadikan contoh untuk saya memperbaiki kehidupan dalam hidup berumah tangga. Ketaatan Khadijah kepada Rasulullah begitu jelas kerana beliau sanggup bersama-sama baginda dalam apa jua keadaan. Disini saya dengan segera menghalakan soalan tersebut pada diri sendiri, apakah saya mampu mencontohi Khadijah? Jawapannya adalah saya sentiasa berusaha ke arah itu walaupun dugaan dalam hidup berumah tangga begitu kuat kadang-kalanya.
    Sifat terpuji Khadijah ini memang patut dicontohi oleh seluruh wanita di dunia. Walaupun terpaksa menjalani hidup sendirian selama sebulan dalam penantiannya menunggu kepulangan Rasulullah dari Gua Hirak, beliau sentiasa memelihara maruah dirinya. Diharap wanita-wanita di zaman ini juga dapat melakukan sedemikian untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Namun demikian, dalam melalui perjalanan dunia akhir zaman ini, amat sukar untuk kita menemui suami soleh seperti Rasulullah dan isteri solehah seperti Khadijah. Tetapi seluruh umat manusia haruslah mengingati firman Allah yang bermaksud ‘ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka perlu berusaha untuk mengubah kehidupan mereka sendiri. Sentiasalah berdoa semoga kita di beri petunjuk dan hidayah olehNya dalam mencari erti cinta sebenar, Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Sungguh agungnya cinta Rasulullah terhadap Siti Khadijah..Prof I almost shed tears of joy whenever I read & heard Prophet Muhammad's story..I hope 1 day i'll meet my true love..I do believe everyone of us dream to have husband & wife like Rasulullah & Siti Khadijah..Despite we being imperfect, we should practise all the Rasulullah's deed and be an obedient slave to Allah..Mengapa kita mendambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri kita x sesempurna Rasulullah.. Kita perlu memperbaiki kelemahan & kekurangan diri setiap masa..Allah S.W.T mengurniakan kita mata utk melihat & hati utk menilai..Sesungguhnya utk menuju jalan bahagia itu byk dugaan dan rintangan yg harus dilalui terutamanya pd zaman skrg..It's hard to find lelaki(<--especially) & wanita yg berkualiti..Masing2 sibuk mencari keseronokan hidup di dunia & mengabaikan tanggungjawab..Kita dapat lihat headline newspapers even berita di tv pn pelbagai kes keganasan rumah tangga & penceraian smakin berleluasa..Macam2 la masalah skrg..(Harap dijauhkan drpd kita smua)..Semoga kawan2 wanita (including me) dapat mencontohi akhlak & peribadi mulia Siti Khadijah seterusnya menjadikan Khadijah sbg ikon & inspirasi hidup kpd kita dlm usaha kita menjadi anak,isteri,ibu,nenek & rakyat yg terbaik.."Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52"..

    ReplyDelete
  3. Bismillahhirrahmannirrahim....wanita contoh, istri yang solehah seperti Khatijah yang mencintai dan dicintai oleh suaminya Rasullullah. Saya rasa memang ramai para istri yang ingin mencontohi Khatijah termasuklah saya sendiri. Khatijah ialah istri yang sanggup berkorban dan berjuang untuk suaminya. Beliau juga merupakan seorang wanita yang bijaksana, berdikari dan penuh dengan kesabaran. Pada zaman sekarang memang sukar kita mencari wanita yang bercirikan Khatijah, mungkin kerana peredaran waktu yang menyebabkan wanita kita menjadi terlalu moden dan kurang menitikberatkan tanggungjawab kepada suami. Mengapa wanita zaman sekarang kurang yakin dan tidak mempercayai suami?..mugkin, kerana suami-suami sekarang kurang setia dan tidak mengasihi istri. Siapa istri yang tidak mahu dicintai oleh suaminya? ditangisi kehilangannya seperti Rasullullah sedih dan pilu dengan pemergian Khatijah?...Semua istri mendambakan kasih sayang daripada suami. Semoga wanita-wanita yang membaca buku tulisan Abdul Munim Muhammad ini mendapat pengalaman dan ikhtibar dari kisah cinta Rasullullah dan istrinya, Khathijah. Sebaiknya, kaum suami juga turut menghayati kisah ini untuk diteladani bersama para istri. Mudah-mudahan kehidupan suami istri di luar sana akan aman sentosa, bahagia hingga ke Akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.Remaja perlu membaca dan mengenali tokoh tokoh wanita yang berkepribadian baik dan memerangsangkan bukan sahaja dari jauh tetapi dekat. Guru Guru disekolah sewajarnya mempamerkan sifat sifat unggul kewanitaan , kepimpinan dan keibuaan. Jika ini sukar dilaksanakan perlu dikaji konstrain dan halangan yang terlibat.Prof Rohaty Mohd Majzub

    ReplyDelete
  5. Percintaan dunia dan akhirat...itulah yang mampu saya katakan dalam percintaan agung antara Siti Khadijah & Rasulallah. Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Siti Khadijah menginsafkan kita bahawa kerdilnya kita berbanding mereka...matlamat penulis untuk mengingatkan kita terutama kaum hawa bahawa dugaan yang kita lalui terlalu sedikit dan ringan berbanding Siti Khadijah. Pun begitu tidak timbul masalah dalam rumahtangga berbanding dengan kehidupan kita suami isteri zaman sekarang. Yang mana rata-ratanya berakhir dengan perpisahan dan penceraian walaupun ada tikanya dugaan yang diberi hanyalah kecil sahaja. Bagi semua kaum hawa patut membaca buku ini dan menginsafi diri atas keterlanjuran kita terhadap suami...mungkin ada tikanya kita terlupa untuk menghormati haknya sebagai seorang suami. Ada tikanya kita lupa bahawa kenapa kaum hawa dijadikan Allah di muka bumi ini. rentetan daripada buku ini, juga ada sebuah buku lain yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan buku ini iaitu 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasullallah',. Juga banyak memeberi kita tunjuk ajar dan menginsafkan kita sebagai seorang wanita dan isteri. Marilah sama-sama kita mencari dan mendalami ilmu tersebut yang sesuai dengan watak kita sebagai isteri dan perempuan solehah.....

    ReplyDelete
  6. benar..terlalu indah dan istimewa percintaan antara Rasulullah dan Khadijah..tiada yang setanding itu..namun pada zaman skrg tlalu sukar untuk mencari cinta seperti itu..bermacam2 cerita kte dengari saban hari..lebih2 lgi kisah penceraian...kaum wanita skrg slalu dan ah ditindas..tp walau bagaimana pun,sebagai seorang isteri kte perlu patuh pada suami selagi tdak angn dengan betntgn dengan syarak..lebih2 lagi pada masa kini kaun isteri lebh bekerjaya..tetapi perlu kte ingt setinggi mne pn jwtan istri dr suami tetapi bile dirumah suami adalah ketue yg perlu dihormati..walaubagaiman pun akhlak suami,isteri ttap perlu mghormatiinya dan jika perlu isteri boleh mnashihati dan berbincang secare baik dan damai bersama suami...suami juga perlu mghormati hak isteri dan memahami keadaan istri..barula harmoni rumahtangga..insyaallah dan mudah2an..

    ReplyDelete
  7. Wong Lee Keong A118053September 4, 2009 at 6:39 AM

    Nampaknya semuanya terkagum dengan kisah cinta Rasulullah dan Khadijah begitu mulianya.Itu jodoh baik antara mereka.Hubungan dan kepercayaan sesama sendiri pasangan suami isteri sekarang tidak sekuat zaman dulu.Cuba bayangkan kalau 1 hari suami/isteri tak balik rumah tanpa berpesan.Apanya terjadi?Perjelasan yang ditujukan boleh diterima oleh pihak yang berada di rumah?Pergaduhan meletup.Anaklah mangsa utama berlakunya penceraian,penderaan dan sebagainya.
    Baik kita mencontohi peribadi yang mulia ditunjukan oleh mereka dalam kehidupan seharian.Tentu berkesan dan melahirkan keluarga yang bahagia.Justeru,negara makmur.Masalah sosial pun kurang.Para cikgu pun tak payah sakit kepala dalam pengawalan bilik darjah.

    ReplyDelete
  8. cinta antara rasulullah saw dan siti khadijah adalah cinta yang agung!
    seorang isteri cuma perlukan kesetiaan dn seorang suami yang sygkn diri mrk...kita cuma boleh berdoa supaya ALLAH SWT menganugerahkan kita seorang suami yang baik...sbgaimana rasulullah saw dan kita juga dapat mnjdi seorang isteri sebaik siti khadijah r.a...
    tapi jika sblknya berlku annggaplah ia adalah dugaan daripada ALLAH..reha engan apa yang berlaku...amin

    ReplyDelete
  9. Terima Kasih diatas komen komen ini semuanya bernas.Bersetuju ada yang bahgia ada yang kurang bahgia dan ada yang tidak pernah rasa bahgia.Bahgian masing masing.But life has to go on and we have to live fully.Wish you all happiness
    ROHATY MAJZUB

    ReplyDelete
  10. SUHARDI JAFAR....A120112September 5, 2009 at 5:08 PM

    Bagi seorang isteri yang baik adalah yang patuh pada Allah, Rasul dan seterusnya suami..Namun bagi suami aturannya berbeza yakni Allah, Rasul dan seterusnya Ibunya.Seorang Isteri wajib mematuhi Suaminya selagi mana arahannya tidak bertentangan dengan syarak..Namun jika kita lihat hari ini banyak pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga dan begitu mudah sesebuah rumahtangga itu hancur.Bagi saya keadaan ini disebabkan kegagalan sama ada di pihak suami mahupun isteri untuk memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing..Keadaan ini mungin disebabkan kurangnya ilmu agama atupun kurangya penerapan ilmu agama dalam melayari bahtera rumah tangga...
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

    “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))...

    Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
    “Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik.”

    ReplyDelete
  11. Walau dihimpun seluruh cinta wanita ddunia, belum tentu dpt mengatasi legenda cinta Khadijah r.a trhdp Muhammad saw. Pengorbanan Khadijah r.a bukan sekadar satu bukti cinta kpd suaminya malah adalah suatu menifestasi ketakwaannya kpd Allah swt. Segala pengorbanan ikhlas yang dilakukan utk suaminya adlh smata2 utk mencari keredhaan Allah swt.Rasulullah telah bersabda :
    "Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kpdMu dan cinta kpd orang yg mencintaiMu,termasuk orang yg sayang kpd semua amalan (aktiviti)yg boleh membawa kpd sayang kpdMu". Hadis riwayat Tirmidzi.

    ReplyDelete
  12. sememangnya tiada siapa yang mampu menandingi cinta siti khadijah kepada Rasulullah S.A.W. wanita yang menjadi tunjang kepada perjuangan Rasulullah,teman di kala suka dan duka..sebab itulah apabila Siti Khadijah wafat, Nabi berduka...besarnya pengorbanan yang telah dilakukan...

    ReplyDelete
  13. Pertama kali saya dengar cinta antara rasulullah saw dan siti khadijah.Memangpun sesiapa saja dalam dunia ini harapkan sebuah rumah tangga yang bahagia ataupun nak bina rumah tangga yang bahagia….Dalam era moden ini,kebanyakan wanita menceburi bidang pekerjaaan dan mereka mempunyai kuasa,pangkat dan kedudukan mereka adalah standing dengan golongan lelaki dan ada yang jauh lebih hebat daripada lelaki.Jadi,wanita dapat hidup berdikari.Oleh itu,jarang sekali wanita zaman moden kini rela berkorban demi teman lelaki ataupun suaminya.Kalau ada pun sikit saja.

    ReplyDelete
  14. Dari hati saya yang paling dalam prof....saya sangat kagum dan terpesona dengan kegigihan Siti Khadijah yang pada zaman itu sudah boleh berjuang dengan hebatnya. Bahkan mampu berjuang menjadi seorang wanita yang sangat progresif dalam pemikirannya, dan pengorbanannya yang sangat mulia mampu menjadi tauladan bagi wanita zaman sekarang.

    ReplyDelete
  15. Perjuangan wanita solehah ini memberi banyak implikasi yang amat mendalam kepada kehidupan Rasullullah s.a.w. Siti khadijah adalah seri kandi yang boleh dijadikan idola oleh semua wanita yang bergelar isteri. Kecekalannya mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran bersama Nabi Muhammad dengan hati yang tulus ikhlas beserta kasih sayang yang luhur membuat hati semua wanita pasti tersentuh.

    ReplyDelete
  16. keagungan kasih dan cinta Siti Khadijah pada Rasulullah s.a.w. tiada tolok bandingnya.sememangnya setiap isteri patut jadikan Siti Khadijah sebagai idola mereka..bertapa besarnya pengorbanannya dalam sama-sama memperjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  17. Ya setiap istri perlu contohi Khadijah dan setiap suami kualiti perwatakan Rasullulah
    ROHATY

    ReplyDelete
  18. Salam prof,
    Sesungguhnya insan bergelar isteri bernama Siti Khadijah ( Isteri nabi Muhammad s.a.w) merupakan satu model atau idola yang perlu menjadi inspirasi kepada ister-isteri zaman sekarang. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan demi kesetiaan dan sayangnya kepada nabi Muhd s.a.w. Malahan ketakwaan kepada Allah s.w.t turut diutamakan demi menyokong perjuangan suaminya. Beliau turut sama mencurahkan segala tenaga dan harta demi memastikan ajaran islam terus berkembang di bumi Mekah. Adakah segala jasa dan pengorbanan Siti Khadijah boleh diikuti oleh isteri-isteri zaman sekarang ? Tepuk dada tanya lah selera...
    Kita perlu muhasabah diri supaya apa yang dilakukan tidak terpesong daripada tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang isteri. Jadikanlah isteri Rasullullah yakni Siti khadijah sebagai panduan, contoh dan sempadan supaya kita memperolehi rahmat dan hidayahNya agar kehidupan kita diberkati Allah...Amin

    ReplyDelete
  19. Wah... Begitu agung cinta Rasululah dengan Siti Khadijah... Tapi dalam hatiku ada persoalan adakah wanita zaman ini seperti Khadijah... Wanita sekarang memang mempunyai sifat ketabahan dan keberanian dan kebanyakan lebih hebat daripada lelaki... Wanita pada zaman moden ini semakin berdikari. Ini menyebabkan banyak juga perempuan memilih utk tidak berkahwin. Namun demikian, ramai juga wanita sekarang yg berkahwin memang hebat, nak bekerja, jaga anak, bersihkan rumah dan sebagainya. Keadaan ini dapat dilihat terutamanya wanita di bandar... Sejak awal lagi, hantar anak ke sek, bekerja, lepas kerja nak masak, bersihkan rumah, menemani anak buat kerja dan sebagainya. Banyak juga hanya tidur beberapa jam shj dlm satu hari...Demi keluarganya, mereka mengorbankan banyak benda.

    ReplyDelete
  20. Hubungan suami-isteri patut seperti Rasululah dengan Siti Khadijah, simple tetapi sangat mulia. Wanita zama moden ini selalu hendak sesuatu yang luar biasa dan sudah lupa asasnya. Mereka mengejar banyak benda yang tidak dalam tangan mereka dan selalu terlupa menghargai apa yang ada dalam tangan mereka

    ReplyDelete
  21. Tiada siapa yg menafikan betapa agungnya cinta Rasulullah dan khadijah.. Cinta dunia hinggalah ke akhirat. Cinta yg penuh dengan pengorbanan yg tdk berbelah bagi.. sy pasti semua insan ingin menyintai dan dicintai sepertimana Rasullulah dan Khadijah, namun tidak ramai yg sanggup berkorban untuk ke arah itu..
    Bg kaum hawa contohi lah Khadijah yg sentiasa berlandaskan ajaran islam dan pengorbanan yg tinggi dlm melayari kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  22. Siti Khadijah merupakan seorang wanita yang amat dihormati dan disegani.Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun. Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

    Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam.
    Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka dengan Rasulullah . Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.

    Persoalannya sekarang. Adakah wanita zaman sekarang dapat mencontohi sikap Siti Khadijah ini? Bersama-samalah kita sedaya upaya untuk menjadi seorang isteri yang solehah yang sentiasa menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.
    (AZZIRA A121466)

    ReplyDelete
  23. nur suzielah A119931October 13, 2009 at 4:11 PM

    tanggungjawab seorang wanita adalah patuh kpada Allah, rasul dan seterusnya kpada suami nya...malah seorang wanita wajib untuk patuh kpda suami lebih drpada ibubapa wanita itu sendiri...tetapi kepatuhan itu ada had nya kerana wanita hanya perlu patuh pada suami selagi tidak melanggar hukum agama...

    lelaki yg baik hanya utk wanita yg baik...sama2 lah kite berusah untuk jd yg tbaek di dunia dan di akhirat...=)

    ReplyDelete
  24. Jika membaca kisah cinta Rasulullah dgn Khadijah..kisah cinta mereka sgt menarik dan tiada tolok bandingnya..lebih hebat lagi daripada kisah cinta 'Romeo dan Juliet'..keperibadian dan akhlak Rasulullah patut dicontohi oleh kita sebagai umatnya lebih2 lagi bagi kaum Adam..didalam kesibukan menjalankan dakwah..Rasulullah tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap isterinya..kpda wanita pula..contohilah Khadijah..baik budi pekerti..luhur akhlak..setia kepada suami..rela berkorban untuk suami..tp sy akui memang wanita zaman sekarang susah untuk menjadi sehebat Khadijah?kenapa?adakah mungkin ianya disebabkan lelaki sekarang tidak sehebat Rasulullah?
    disini saya bukannya bermaksud untuk menandingi kehebatan Rasulullah dan Khadijah..kerana kehebatan baginda dan Khadijah tiada tolok bandingnya..tetapi amalan yang baik yang dilakukan oleh baginda dan Khadijah patut dicontohi dan perlu disemai dalam diri kita sebagai umatnya..

    ReplyDelete
  25. Cinta Siti Khadijah dan Rasulullah tidak ada tolak bandingannya...Cinta Siti Khadujah sehingga sanggup mengunakan hartanya ke jalan fisabillah....cinta Rasullullah pula tidak terbatas walaupun selepas kewafatan isteri baginda.....sehinggakan isteri Rasulullah, Siti Aishah merasa cemburu terhadap kenangan Rasullullah terhadap Siti Khadijah....Walaupun Siti Aishah itu sangat terkenal dengan kecantikan dan kecerdasanya dalam agama Allah, Rasulullah tetap mengenang Siti Khadijah Sebagai seorang isteri yang sangat setia dan taat pada pada baginda....malah Saiditina Siti Khadijah menjadi wanita pertama yang memeluk Islam dan membenarkan kata2 Rasulullah di saat orang lain beranggapan Nabi Muhammad sudah hilang kewarasan....Kalau dibandingkan dengan kita pada masa kini belum tentu dapat mencintai dan mempertahankan pasangan kita sebagaimana Siti Khadijah... Cinta Rasulullah dan isterinya terlalu agung, dan ikatan itu bukan sekadar pada perkahwinan semata-mata, malah melebihi dari segala-galanya....renung-renungkanlah....

    ReplyDelete
  26. azliza abdul aziz (a121327)October 21, 2009 at 10:55 AM

    pengorbanan khadijah kepada Rasulullah tiada tandingan dan cinta Rasulullah kepada Khadijah terlalu agung untuk kita perkatakan.. zaman kini cinta dan pengorbanan itu mempunyai persepsi yg blainan bg setiap individu.. kisah Rasulullah dan isteri beliau boleh kita jdkan pnduan yg cukup baik.. akhir2 ini, sy byk bc buku mngenai pnduan dlm brumahtangga, bgaimana mnjdi isteri solehah.. sy akan bgelar isteri tak lama lg.. jd byk yg perlu sy pelajari.. kisah Rasulullah dan Khadijah ini byk mmberi pgajaran dan pnduan yg bguna bt sy.. moga sy dpt mjd isteri yg diredhai dan dsayangi spt mana Khadijah.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  27. kisah cinta antara Rasulullah dan siti khadijah tidak dapt ditandingi oleh sesiapa...pengorbanan siti khadijah tehadap suaminye yang tercinta perlu dijadikan contoh kepada sumua isteri....namun mampukah kite sebagai isteri melakukannye seperti siti khadijah?...pada zaman sekarang, terlalu sukar untuk dicari isteri seumpama itu...tetapi tidak mustahil...namun begitu,terdapat juga suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka yang baik, bertangungjawab dan taat kepada mereka sampai sanggup mengambil kesempatan terhadap kebaikkan mereka...walau apa pun, kisah Rsulullah dan siti khadijah tetap menjadi sebutan ramai sampai bila-bila...
    (zaida - A120158)

    ReplyDelete
  28. nurul nadia (A120324)October 25, 2009 at 8:26 AM

    sewajarnya, setiap pasangan di dunia ini perlu menjadikan rasulullah dan siti khadijah sebagai panduan dan contoh..berbalik kepada pergolakan rumah tangga yg sering melanda pasangan suami isteri pada masa kini,terlalu sukar untuk kita mencari puncanya..adakan kerana lelaki dan wanita sekarang kurang memahami tanggungjawab masing2 ataupun atas sebab2 lain..? saya percaya,andai tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna berlandaskan syarak,segala masalah akan dapat diselesaikan.. kt tdk akan dapat menjadi sesempurna rasulullah dan siti khadijah namun kita tetap boleh berusaha kearah mencari kesempurnaan..insyaallah...

    ReplyDelete
  29. Siti Salmiah bt muhammadOctober 29, 2009 at 8:38 PM

    Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah s.a.w. Khadijah mendampingi Nabi s.a.w selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongNya dengan jiwa dan hartanya Rasulullahs. a.w bersabda : "Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118] Diriwayatkan dalam hadith shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi s.a.w, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkawinan Nabi s.a.w dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539].

    Mengenai kedudukan dan keutamaan Khadijah dalam kehidupan Nabi s.a.w., sesungguhnya ia tetap mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah sepanjang hidupnya. Telah disebutkan di dalam riwayat Bukhari dan Muslim, bahwa Khadijah adalah wanita terbaik pada zamannya.

    Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Ali ra pernah mendengar Rasulullah bersabda : 'Sebaik-baik wanita (langit) adalah Maryam binti Imran, dan sebaik-baik wanita (bumi) adalah Khadijah binti Khuwailid'.

    Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : 'Aku tidak pernah cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w kecuali kepada Khadijah, sekalipun aku tidak pernah bertemu dengannya. Adalah Rasulullah ketika menyembelih kambing, ia berpesan, 'Kirimkan daging kepada teman-teman Khadijah'. Pada suatu hari aku memarahinya, lalu aku katakan, 'Khadijah?' Kemudian Nabi bersabda,'Sesungguh nya aku telah dikurniai cintanya'.

    Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari Masruq dari Aisyah ra, ia berkata : 'Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. Pada suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, 'Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?' Kemudian Rasulullah marah seraya bersabda, 'Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikaruniai Allah anak darinya, sementara aku tidak dikaruniai anak sama sekali dari isteri lainnya'.

    Begitulah kasihnya Rasulullah kepada Khadijah..Cukuplah keperibadian mereka menjadi pedoman dan ukuran buat kita bersama dalam menjadi seorang wanita atau lelaki soleh..InsyaAllah..

    ReplyDelete