Sdr yang saya hormati,
Sudah pasti anda telah mendengar tentang kecerdasan spiritual walaupun kerapkali kecerdasan intelek dan emosi heboh diperkatakan. Saya teringat bahawa untuk menjadi insan yang seimbang ketiga IQ, EQ dan SQ diperlukan. Cuba fikirkan jika seseorang itu hanya seorang intelek (IQ)tetapi kurang kecerdasan emosinya tentu dia akan kurang disenangi dalam lautan dan lingkungan sosial.Kata orang dia manusia angkuh dan sombong dan sukar mengerti perasaan orang lain .Barangkali dia tiada teman untuk berbual.Pernah anda jumpa orang saperti ini? Cuba bayangkan jika kekurangan SQ dimana terdapat ramai yang mewah kaya raya tetapi kosong jiwa mereka. Bagaimanakah menjelaskan semua fenemona tersebut?
EQ hangat dibincangkan oleh Daniel Goleman sehingga banyak kajian dilaksanakan mengenai EQ Pemerhatian menunjukkan jikapun seseorang itu tinggi IQ nya tetapi tidak ada soft skills maka ia tidak mungkin akan menjumpai sukses.Teringat sahabat saya Prof Madya Dr Noriah Ishak yang sungguh aktif dengan ujian berkaitan EQ diUKM. Teringat juga rakan saya Wan Ahmad Jailani Wan Ngah yang jika mengambil ujian SQ pasti tinggi SQ nya.(Pada tanggapan saya) Jelas teringat Bengkel ESQ yang saya hadiri dan ikuti bersama Pak Ary Ginanjar Agustian yang masih segar dalam kenangan. Saya belum habis membaca Buku Pak Ary berjudul ESQ Emotional Spiritual Quotient dan akan cuba melayari muka surat muka surat nya tidak lama lagi.
Ramai usahawan yang berjaya memiliki EQ yang mantap dan tinggi .Tetapi yang ketara sekarang ini adalah kecerdasan spiritual iaitu hubungan insan dengan Pencipta nya. Hubungan yang vertical atau menegak ini amatlah penting untuk di ketahui dan dipelihara.Bagaimanakah agaknya pemupukan dan penghayatan SQ?Apakah sistem pendidikan kita telah sebenarnya berjaya membina SQ untuk pelajar pelajar ? Dan pada tahap apa agaknya? Tertinggi ? Ter rendah? Atau terlalu abstrak hendak dinilai? Ada yang menegur bahawa semakin seimbang halatuju semakin bertambah jenayah negara?
Bagi saya tidak lari dari ketiga komponen pengetahuan, sikap dan amalan. Saya berpendapat minda seseorang perlu dipertajamkan dan ufuk minda sentiasa di perluaskan. Teringat saya buku buku yang menyerbui pasaraya dan khutubkhanah mengenai isu dan persoalan agama bagitu hebat peranan mereka. Bila balik dari Padang Indonesia baru baru ini saya membawa buku yang ditulis oleh Shodiq Mustika dan Rusdin Rauf yang berjudul Keajaiban Shalat Tahajud.
Meskipun ini persoalan umum yang telah diketahui ramai tetapi saya rasa setiap penulisan itu karya yang unik dan setiap pembacaan itu menghasilkan celikakal yang menyakinkan. Terpanggil saya untuk memperkenalkan Buku ini meski setakat memperkenalkan sesuatu. Shodiq menyampaikan pesanan Ariffin Ilham "Orang yang bangun tengah malam ingat Allah dan melakukan shalat tahajud maka dia akan semakin energik dan jiwanya tenang"dan diperteguhkan pula dengan pesanan Yusuf Mansyur "Pada tengah malam itu kita dapat meminta apa pun,dan Allah berjanji mengabulkannya: Alangkah sayangnya kalau kesempatan emas itu kita sia sia kan.(Petikan dari Buku Shodiq)
Bagitulah laluan yang diberikan istimewa sekali) Sesungguhnya perdampingan dengan Allah SWT itu senang diurus dan dilaksanakan jika motivasi intrinsik ada pada setiap individu. Kata Taufik Hidayanto mengenai buku ini "Ramuan tahajudnya benar benar mencerdaskan dan memberi efek efek baru yang dashyat membumi.Baru kali ini saya membaca buku tentang tahajud yang diramu apik dengan cerita motivasi dan pengalaman yang mencerahkan tanpa terbebani dalil dalil yang membosankan: Jadi ini bukti Buku tersebut memberi kesan dan kepuasan kepada pembacanya.Sudah pasti menafaat solat tahajud itu ketara dari Surah Al Israaj ayat 79 dan Surah Al Muzzamil Ayat 6 yang tidak payah saya elaborasi disini.
Kecerdasan spiritual perlu dihidupkan dalam sanubari setiap insan supaya menjadi manusia yang seimbang. Khususnya dalam masyarakat yang agenda sosialnya adalah pembasmian penyakit sosial!!! Bacalah buku ini jika belum dan jika sudah silalah hayatinya Sdr!(dan banyak lagi buku yang ada dan belum sempat saya baca untuk santapan minda dan rohani agar Akaun Spiritual saya semakin teguh . Kata Covey Akaun Simpanan dengan wang ringgit berbeza dengan Akaun Emosi dan saya perkenalkan disini Akaun Spiritual
About Me
- Prof Puan Sri Dr rohaty
- Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL
I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletealhamdulillah dapat menemui buku tentang SQ..yang paling penting untuk hidup didunia dan akhirat...hayati dan renungi bait-bait indah dalam tahajud tengah malam sunyi yang damai...
imah...
Pada pendapat saya, dimensi spiritual quotient dalam human intelligence telah kita ketahui dan amalkan cara-caranya untuk mencapai SQ yang tinggi. Cuma kita tak tahu dimensi ini digelar spiritual quotient. Dan kita tidak menyeimbangi SQ dengan IQ dan EQ. Guru-guru lebih mementingkan IQ, majikan mementingkan EQ, tetapi cara yang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam hidup adalah dengan mempunyai keseimbangan IQ, EQ dan SQ. jika tidak ada SQ, kita kurang mempunyai kesedaran tentang kehidupan kita dan kurang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh agama. tentang dimensi SQ dalam sistem pendidikan kita, di sinilah letaknya kebijaksanaan guru untuk menyelit aspek ini dalam pengajaran mereka. tak perlu tunggu sehingga SQ dicetak dalam huraian sukatan pelajaran dan baru hendak berbuat demikian. tapi masih ada guru yang kurang peka kepada keadaan ini dan memberi penekanan kepada IQ sahaja. ini antara faktor yang membuat pelajar-pelajar berkembang dengan tidak seimbang kerana pendidikan yang diterima yang hanya mementingkan akademik sememangnya mempunyai kelompongan. ini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada penyakit sosial yang semakin kronik dalam masyarakat kita. bukan saya nak kata semua salah guru, saya juga seorang guru. cuma saya berasa kurang senang apabila melihat attitude sebilangan guru yang berasakan kerja mereka hanya mengajar sahaja. pada siapakah lagi anak2 ini hendak meminta panduan jika ibu bapa mereka sendiri kurang mempunyai SQ...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemenarik sekali kata 'akaun spiritual' atau SQ ini dan mengandungi hikmah yang tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, sangat indah. kata ini mengingatkan kita, terutamanya saya, bahawa kita sememangnya patut bersyukur kerana diberi Tuhan nikmat yang tidak terkira di dunia ini.
terkadang kita lupa bahawa hidup di dunia ini sangat singkat dan kita menjadi tinggi hati sehingga kita, terutama saya, merasa dengan IQ (IQ sayapun hanya sederhana sahaja)dan EQ sudah cukup untuk untuk mengarungi hidup dunia ini, menghujah orang lain dan mengajar anak-anak dan pelajar-pelajar kita, seakan kita sudah menjadi manusia hebat, manusia super!
terimakasih profesor, kerana mengingatkan saya supaya menjadi orang yang semakin baik, rendah hati, arif dan bersyukur. saya akan mulai menabung dalam akaun spiritual saya.
chatarina
Selamat Pagi, (A118436)
ReplyDeletePada pandangan saya, ketiga-tiga kecerdasan amat penting dalam hidup. Tetapi, jika seseorang insan memiliki ketiga tiga kecerdasan yang amat tinggi, kejayaan dia begantung kepada Tuhan, masa, serta tempat juga.
Salam..Keseimbangan antara kesemua dimensi iaitu SQ, EQ dan IQ serta mungkin lebih lagi dimensi yangvakan diselongkar oleh lebih ramai bijak pandai akan datang adalah lebih penting..Nyata sekalai, pemerhatian-pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan tidak ada individu yang akan berjaya serta bahagia hidupnya jika hanya berpaksikan kehebatan dalam satu dimensi sahaja..saya melihat, walau tidak disebut sebagai SQ, barang sesipa yang menjaga hubungannya dengan Penciptanya (Hablum minallah) dan juga hubungannya dengan sesama manusia (Hablum minannas)pasti akan beroleh kejayaan dan kebahagian dalam hidup...
ReplyDeleteShairatul Azlin UKm P47519
saya bersetuju bahawa ke tiga2 adalah penting untuk menjamin keseimbangan hidup..jika salah satu daripadanya tiada,mungkin ianya tidak lengkap dalam kehidupan sesorang..kejayaan juga perlukan ketiga2 nya untuk memastikan ianya lebih berkesan dan berkekalan..
ReplyDeleteKecerdasan spiritual merujuk kepada konsep kehambaan kepada Tuhan yang menciptakan menurut kacamata Islam. Satu kecerdasan yang sememangnya ada di dalam diri manusia secara fitrah ialah merasai kewujudan Tuhan. Keyakinan terhadap pertolongan Tuhan menjadikan manusia melakukan setiap perkara itu dalam keadaan beribadah setiap masa dan merasakan setiap amalan ibadah sedikitpun tidak membebankan diri.
ReplyDeleteKecerdasan Spiritual dalam skop universal pula mempamerkan Potensi spiritual ada di dalam setiap diri manusia. Jika manusia ada mengatakan bahawa dirinya tidak yakin dengan kewujudan Tuhan sebenarnya mereka sedang menipu diri mereka. Mereka pasti mempunyai nilai kehendak yang tidak dapat dicapai melalui potensi PQ, EQ dan IQ mereka.
Jelas, Perspektif Islam mengenai spiritual ini adalah merujuk kepada satu perkara iaitu ibadah,yang terkandung di dalamnya Imam dan Islam. Al-Quran ada menyatakan bahawa ’Tidaklah Aku ciptakan Jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaKu’ [51:56]. Tafsir ayat ini menunjukkan bahawa, manusia dan jin adalah mutlak beribadah kepada Tuhan.
-HAMIZON BERAHIM A115985
Salam..
ReplyDeletememang tidak dapat dinafikan ramai yang telah menceritakan dan membincangkan tentang kecerdasan spiritual. Pelbagai maksud yang diertikan sehinggakan makna kecerdasan spiritual itu sendiri difahami secara keliru. Bagi saya ianya adalah satu perubahan dan pendekatan yang amat baik. Kecerdasan spiritual memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri kita. Dengan adanya kecerdasan ini kita mampu melihat segala potensi yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada diri kita.
Terima kasih kepada Prof. tentang maklumat kecerdasan spiritual ini dan sekaligus memperkenalkan akaun spiritual. Ianya menambahkan pengetahuan saya tentang kekuatan dan kecerdasan spiritual yang telah saya baca sebelum ini. Saya juga bersetuju dengan gabungan ketiga2 kecerdasan tersebut. Hal ini penting untuk kesempurnaan dalam kehidupan manusia.
Melisa Sudin
salam sejahtera..
ReplyDeleteKekuatan spiritual memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri kita.Dengan adanya SQ, ia menjadikan diri kita mampu melihat segala potensi yang dianugerahkan kepada kita.Kekuatan spiritual dapat menghadirkan rasa tenang,damai,ikhlas seterusnya mendorong kita untuk melakukan kebaikan.Saat ini ramai yang mengabaikan SQ dalam diri,mungkin ada yang berpendapat ianya tidak penting.Padahal hubungan kita dengan pencipta amat penting sebagai jalan utama untuk menjalani hidup yang lebih sempurna.oleh itu gabungan ketiga-tiga IQ,EQ dan SQ mesti wujud dalam setiap diri indivdu.
Sebelum ini saya hanya pernah dengar IQ dan EQ.Sekarang fahamlah saya tentang kata SQ.Rupa-rupanya SQ menurut perspektif Islam ialah ibadah,"Al-Quran ada menyatakan bahawa ’Tidaklah Aku ciptakan Jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaKu’ [51:56]. Tafsir ayat ini menunjukkan bahawa, manusia dan jin adalah mutlak beribadah kepada Tuhan. "Sengaja saya pergi cari maklumat SQ.Manusia dicipta amat unik dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan lain.Manusia dikurniakan akal.Pada pendapat saya,manusia yang mempunyai SQ yang tinggi kebarangkalian dia melakukan perkara yang dilarang dari segi undang-undang akan menjadi rendah.Oleh itu,harap-harap para cikgu memberi perhatian yang secukupnya tentang SQ pelajar.Adalah satu kesalan bila mendapati pelajar yang pandai cerdik di sekolah melibatkan diri dalam aktiviti yang kurang baik.Negara yang maju tetapi menghadapi masalah sosial yang serious kerana perkembangan IQ,EQ dan SQ rakyat masih tidak seimbang.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemasalah yg serius sedang melanda kita semua ialah kebanyakkam mereka yg mempunyai iq tinggi gemar menindas kaum yg lemah.. sepatutnya mereka bersyukur kerana mempunyai iq yg tinggi.. sy pernah jumpa seorg pelajar mempunyai iq yg rendah, tetapi smgt utk bljr amat kuat.. seharusnya, kita haruslah mengimbangkan iq, sq dan eq... ingatlah kita hanya meminjam ini semua dr Allah.. jd bersyukurlah...
Assalamualaikum..pada saya, SQ sama pentingnya dengan IQ dan EQ. SQ sepatutnya tidak diabaikan. Muhasabah diri salah satu kesedaran SQ yang membantu manusia merancang dan bertindak dengan betul.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesetiap manusia itu perlu mempunyai ketiga-tiga tahap kecerdasan sama ada IQ,EQ atau pun SQ. ini kerana kehidupan hari ini yang memerlukan setiap manusia itu sentiasa melakukan peningkatan dalam kehidupan mereka sama ada secara disedari atau tidak. ketiga-tiganya saling bergantungan antara satu sama lain..ibarat aur dengan tebing, ibarat irama dengan lagu. apapun, kita perlu berbalik kepada agama sebagai bnteng dan juga pengawal kehidupan kita.
Terima kasih prof kerana mengingatkan tentang pentingnya keseimbangan IQ,EQ dan SQ. Memang saya sendiri sering mengabaikan keseimbangan ketiga-tiga aspek tersebut dalam kehidupan seharian. Pada pandangan saya, SQ sering dipandang ringan dalam kehidupan materialistik hari ini. SQ perlu disemai dan diasuh dalam diri sejak peringkat awal lagi. Ia bukanlah sesuatu kecerdasan yang datang menggolek tanpa dihayati setiap hari. Dalam hal ini, ibu bapa penjaga wajar memainkan peranan utama dalam mewujud dan memulakan pendidikan berbentuk SQ di rumah. Amalan harian adalah satu contoh dan model yang baik untuk diikuti dan diteladani anak-anak. Insyaallah.
ReplyDeleteIQ,EQ dan SQ... ketiga-tiganya penting utk mencapai matlamat.Kecerdasan spiritual itu melihat bgmn individu itu menguasai minda,perasaan dan perwatakan mereka.Dlm Falsafah Pendidikan Kebangsaan,PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH LEBIH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.Dari sini,kita boleh lihat pendidikan amat mementingberatkan ketiga-tiga komponen IQ,EQ dan SQ.
ReplyDeleteHmmm... Nothing is perfect in this world... Setiap orang mesti ada kelebihan dan kelemahannya. Tetapi, ramai orang cuba mengetahui diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan sendiri. Bagi orang cina mrk percaya bhw "fate". Intelect, emotion dan sociability telah ditentukan oleh Tuhan sejak mrk dilahirkan, oleh itu Cina mpunyai Feng Shui dan cuba mlaluinya mengubah fade kita. namun demikian, sekiranya kita sendiri tidak mencuba utk ubah, yg lain tu tidak berguna langsung.... Setakat ini, Pendidikan di Malaysia masih tertumpu kpd Intellect kurang kpd dua yg lain. Oleh itu, pelajar2 perlu digalakkan mgambil bhg dlm pelbagai aktiviti utk memperkayakan diri....
ReplyDeleteTo me, all of those 3 components is very2 important. Especially SQ. As a Christian, I cannot become what I am right now (belajar di universiti, sihat etc.) without God's blessing upon me. Without SQ, means jiwa kosong. Apabila jiwa kosong, senang bagi pemikiran-pemikiran yang jahat datang mengisi jiwa kita. That's the reason why I strongly don't recommend ppl to practice yoga.Jiwa kosong, you don't have hope in whatever you do or involve in. With a high SQ, you will have your own belief that can stop you from doing things that is unnecesary. I do admit that EQ & IQ are important, for they represent wisdom and understanding. But they are less important when compare to SQ. Eternity is more important than temporary world. However, in the educational context,SQ must be placed on top of EQ & IQ, to ensure that students will always use the knowledge that they have gained at school for the right purpose.
ReplyDeleteKebelakangan ini bagaikan satu fenomena apabila sudah ramai yang bercerita tentang kecerdasan spiritual.. Bagi saya ianya adalah satu perubahan dan pendekatan yang amat baik..Potensi spiritual memang ada di dalam setiap diri manusia..Kekuatan potensi spiritual adalah berbeza dengan potensi fizikal, emosi dan intelek, kerana potensi spiritual adalah penghubung kepada Tuhan..Dengan adanya kecerdasan spiritual, ia menjadikan diri kita mampu melihat segala potensi yang dianugerahkan kepada diri kita..SQ juga dapat menghadirkan rasa tenang,damai dan ikhlas, dan seterusnya mendorong kita melakukan kebaikan..Mahiran, A121403
ReplyDeleteMemang banyak kajian buat tentang EQ, IQ dan SQ pada masa kini. Ini disebabkan kebanyakan orang yang berjaya tidak mempunyai IQ yang tinggi tetapi EQ dan SQ yang tinggi. Saya terbaca satu artikel yang menyatakan kebanyakan orang yang tinggi IQ susah hendak bergaul dengan orang lain dan mereka sukar untuk menerima pendapat orang. Mereka terlupa mereka hidup dalam komuniti. Mereka masih berpegang cara hidup di sekolah. Iaitu jikalau saya adalah pandai , jadilah saya adalah terunggul. Tetapi selepas ke masyarakat, mereka hidup dalam komuniti. Kebanyakan kerja memerlukan kerjasama dan bukan bergantung kebolehan sendiri. Oleh itu, EQ san SQ memang sangat penting semasa kita ingin bersosialisasi dengan orang lain
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah saya ucapkan pada Prof kerana membangkitkan isu kesedaran emosi, intelek dan rohani....pada dasarnya Falsafah Pendidikan Negara menekankan perkembangan yang seimbang iaitu intelek,jasmani,rohani dan emosi..bagi mencapai keseimbangan itu perkara pertama yang harus diberi perhatian adalah kecerdasan rohani kerana indvidu yang mempunyai SQ yang tinggi secara tidak langsung mempunyai EQ dan IQ yang baik..Oleh itu, untuk mencapai ke tahap itu kita memerlukan keimanan,ketaqwaan dan amalan ibadah yang sempurna..Sunnah Nabi dan Quran menjdi panduan untuk membina SQ yang cemerlang.
Sekian,
salam...saya amat bersetuju kecerdasan spiritual memainkan peranan yang penting dlam pembangunan insan..ketiga2nya (SQ,EQ,IQ) saling melengkapi antara satu sama lain..spiritual dapat menjadkan kita lebih tenang, rasional dlm membuat keputusan atau sesuatu perkara, disenangi ramai dan kemungkinan segala pekerjaan kita dipermudahkan..ramai yang mempunyai EQ dan IQ yang tinggi tapi kurang SQ..kalau dilihat dlm akhbar, ramai golongan berjawatan tinggi dimana tahap intelektualnya tinggi kecundang disebabkan godaan material, wang smpaikan sanggup menerima rasuah dan sebagainya..mungkin pendedahan yang lebih banyak diperlukan di negara kita tentang kepentingan SQ terutamanya kepada pelajar2 di sekolah..
ReplyDeleteSALAM PROF:
ReplyDeleteSaya memang amat bersetuju dengan kecederasan SPIRITUAL. Sebab semua memainkan peanan dalam dalam hidup kita.Ketiga2 ( SQ, EQ, IQ ) semua saling memerlukan antara satu sama lain. Dengan ada itu ia melengkapi kehidupan kita.Sekiranya kita nak mengabungkan dengan agama kita akan kaitkan dengan ALLAH MAHA PENCIPTA.SQ, EQ, IQ boleh diibaratkan seperti irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Sekiranya kita pandai mengadukan maka ketiga2 itu maka aman damai dan harmini kehidupan kita. Md Ridzaudin Adnan P47516 Master Prasekolah
Ketiga-tiganya sama penting.baik IQ,EQ,dan SQ saya lihat ianya sama penting..SQ adalah lebih kepada keyakinan bahawa apa yang dilakukan itu luhur dan memberi makna dalam kehidupannya. Kemampuan untuk memberi makna positif terhadap sesuatu hal atau kejadian akan membuat langkah kita menjadi lebih ringan untuk menghadapi hidup.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKecerdasan spiritual amatlah penting dalam diri seseorang supaya menjadi seorang yang seimbang dalam semua hal. kita perlu mempunyai dalam sanubari kita ketiga2 aspek IQ,EQ dan SQ.
ReplyDeleteJika salah satu dari 3 aspek ini tiada,keseimbangan dalam kehidupan tidak akan ditemui. untuk mencapai ke tahap itu kita memerlukan pegangan agama yang teguh.
azzira shahida (A121466)
Saya tertarik dengan prinsip AKAUN SPIRITUAL, kerana sebelum itu kita perlu mengenal siapa itu manusia dan kejadiannya. Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah dalam kesempurnaan baik dari segi jasmani atau pun rohani, dengan kesempurnaan ini membolehkan manusia menjadi makhluk yang mampu menciptakan keseimbangan hidup rohaniah dan jasmaniah sehingga dapat tegak dalam masyarakat. Allah s.w.t menyatakan tentang hakikat kejadian manusia ni dengan Firman-Nya:Allah telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang sedangkan atas bentuk rupa apa pun yang Allah kehendaki dia dapat menyusun kejadian mu itu: manusia dijadikan di dalam fitrah, dengan hakikat kefitrahan inilah yang akan menjamin kestabilan hidup manusia dan mengekalkan keistimewaannya. Kerana fitrah membawa manusia mengakui kewujudan Allah dan beriman kepada -Nya.Status kemuliaan manusia itu adalah terletak kepada rohnya ianya berlawanan dengan sifat-sifat kerendahan manusia apabila menyeleweng daripada fitrah dan iman yang sejati. Adakah ini bertepatan dengan konsep Akaun Spiritual?Apa yang seharusnya manusia hendaklah menjaga keperibadiannya mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh fitrah dan meningkatkan lagi keistimewaannya itu dengan iman dan amal soleh. SARIZA BINTI SAID P 51156
ReplyDeleteEQ,IQ dan SQ penting dalam menjalani kehidupan seharian.. Juga membantu kita dalam mencapai matlamat..
ReplyDeleteEQ, IQ dan SQ saling melengkapi..mungkin pada suatu ketika dahulu ramai yang mementingkan IQ semata-mata tanpa mempedulikan EQ dan SQ. namun sebenarnya jika hanya mempunyai IQ yang tinggi pencapaian yang digapai tidak kemana..oleh itu perlu ada ketiga-tiga Q tersebut..IQ, EQ, SQ.
ReplyDeleteKetenangan dan kekusyukkan bolah kita dapat andainya kita berjaya mnghayati ilmu Alah, melakukan yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya. sememangnya suruhan Allah itu supaya bangun dan membuat tahajud ditengah malam takkala orang sedang lena di ulit intan, berseorangan di tengah malam memang memberi ketenangan yang jitu. apatah lagi kalau dilakukan selalu, tahap spiritual dalam diri akan makin utuh. Dan dalam kehidupan seharian semuanya kita perlukan tak kira EQ, IQ atau SQ...tapi andai SQ kita ditahap yang teratas....maka kita akan mampu untuk mendapat IQ dan EQ yang baik....
ReplyDeleteEQS sememengya penting untuk ada dalam diri setiap insan...Kolaborasi ketiga-tiga unsur ini akan melahirka seorang insan yang cemerlang bukan sahaja d dunia insyaAllah di akhirat juga..Namun bagi saya yaang paling penting sekali untuk dimiliki adalah SQ...Kerana SQ la yang akan memandu EQ dan IQ kita kearah mana hendak dihalakan..Seorang yang mempunyai SQ yang baik berpeluang untuk memiliki EQ dan IQ yang baik..HAl ini kerana hati-hati orang yang beriman itu adalah tenang dan bahagia tidak kira dalam susah ataupun senang..memiliki SQ yang juga menjadikan IQ baik kerana bijak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan IQ seperti maksiat dan perkara-perkara yang melalaikan...
ReplyDeleteapa saja EQ, IQ atau SQ, semuanya bermula dari dalam hati kita...kalau hati kita suci dan ikhlas, ketiga-tiganya akan menjadi satu...diri kita akan kuat dan jauh dari sebarang anasir yang tidak diperlukan...
ReplyDeleteMenurut perspektif Islam,spiritual ini merujuk kepada satu perkara iaitu ibadah.Untuk menjadi insan yang seimbang,ketiga IQ EQ dan SQ perlu seimbang dalam diri kita.Jika salah satu daripada tersebut tiada,kehidupan kita menjadi tidak sempurna.Manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadah kpdNya.Kita hidup di dunia ini tidak boleh lari daripada pelbagai cabaran dan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya.Contohnya..menjadi student nie byk cabaran dan dugaan yang kita hadapi..gagal dalam peperiksaan,assignment yang banyak,susah untuk memahami sesuatu subjek dan sbgnya.Persoalannya disini..bagaimanakah kita menghadapi segala bentuk ujian tersebut? adakah kebanyakan kita menggunakan IQ?EQ? atau SQ? untuk menyelesaikan masalah tersebut.Kecerdasan spiritual haruslah selari dgn IQ dan EQ kerana cara ini lebih mendekatkan diri kita kpd Allah.Jiwa pasti menjadi tenang jika ujian dan cabaran yg dihadapi disertakan dengan amalan solat tahajud dan doa disamping menyelesaikan menggunakan IQ serta EQ.kesimpulannya..untuk menjadi seorang student yang berjaya dari segi rohani dan jasmani..IQ,EQ dan SQ haruslah seimbang:)
ReplyDeleteIQ, EQ atau SQ? pd pndapat sy semua tu akan seimbang kalau kita ada pegangan agama yang kuat, sentiasalah ingat apa pun yang kita lakukan didunia ni akan mendapat balasan yang setimpal..
ReplyDeletesya stuju yg IQ, EQ DAN SQ perlu seimbang...jika salah satu kurang, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan yang sangat ketara....memang sukar untuk mencapai kesempurnaan..tpi kite blh cuba....apa yang penting kite lakukan yang terbaik....
ReplyDelete(zaida - a120158)