About Me
- Prof Puan Sri Dr rohaty
- Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL
I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!
Saturday, August 8, 2009
SERUAN DATIN ROSMAH MANSOR---PENUBUHAN TADIKA/TASUKA DITEMPAT KERJA
Saya amat mengalu alukan seruan Datin Seri Rosmah Mansor istri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia agar Tadika dan Tasuka ditubuhkan di tempat tempat kerja. Memang sudah terdapat Tadika yang di tubuhkan oleh majikan ditempat kerja untuk membantu pekerja yang mempuinyai anak berumor dibawah 6 tahun dan yang belum memasuki persekolahan formal. Tadika dan Tasuka ditempat kerja memberi peluang kepada pekerja yang mungkin kesukaran mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak mereka dirumah tambahan pula dengan bertambahnya kos membiayai pengasuh dan pembantu rumah dari luar negara dan bertambah ketat nya syarat memperolehi pengasuh di agensi agensi pembantu rumah. Falsafah mengadakan kemudahan tersebut tentu merupakan keprihatinan pehak Kerajaan yang sememangnya mendokong Wawasan 2020 masyarakat pengasih dan penyayang. Walau bagaimanapun seruan Datin Seri Rosmah masih belum dimanifestasikan sepenuhnya mungkin kerana ada beberapa halangan kearah mencapai tujuan tersebut. Diantaranya adalah keenganan majikan untuk memberi ruang atau tidak ada ruang fisikal untuk membina kompleks Tadika atau Tasuka.Membina Tadika dan Tasuka perlulah mengikuti syarat syarat keselamatan disamping pelan yang sesuai untuk digunakan.Jika pejabat bertingkat tingkat adalah menjadi satu kerumitan kanak kanak turun kebawah jika berlaku kebakaran. Ada majikan yang mungkin merasa bukan tanggungjawab mereka mengadakan Tadika/Tasuka dan merasa pekerja mungkin akan menganggu Tadika/Tasuka tersebut dengan selalu melawat anak mereka disana. Mungkin tugas pekerja itu terganggu. Tetapi jika Tadika/Tasuka di bina sudahpasti menafaatnya lebih besar dari kerumitan yang timbul. Akan wujud ketentuan anak pekerja terjaga dan ibubapa merasa penjagaan anak mereka terjamin berbanding dengan ditinggalkan merata dengan individu yang mungkin tidak bertauliah menjaga anak mereka. Tadika yang dibina perlulah memastikan wujudnya program pendidikan yang berkualiti dan wajar. Ini di tegaskan oleh Datin Seri Rosmah yang mencadangkan Kurikulum Permata Negara di gunakan Saya telah melihat Kutrikulum tersebut diimplementasikan dan percaya ia boleh membantu perkembangan kanak kanak dibawah 6 tahun. tinggal lagi saperti lazimnya Kurikulum tersebut perlu di benchmark dari masa ke masa untuk memastikankan kualitinya berkekalan dan keperluasn semasa diambil kira. Kollobrasi diantara majikan dan kerajaan dan ibubapa amat diperlukan disini supaya apa yang diseru oleh istri Perdana Menteri Malaysia itu tercapai. Bagaimanakah kejayaan nya bergantung diatas faktor faktor yang memastikan sesuatu sukses saperti perancangan, implementasi penilaian dan latihan dan penambah baikan. Semuga anak anak Malaysia terpelihara dengan baik dalam iklim positif dan keadaan sempurna dan kesediaan ke Tahun Satu terjamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya seorang ibu yang berkerja amat teruja dengan seruan Datin Rosmah Mansur untuk menubuhkan tadika atau tasuka di tempat kerja. Jika kita fikirkan, lebih banyak kelebihan berbanding kekurangannya. Tindakan ini akan dapat membantu ramai pihak terutamanya ibubapa yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengasuh. Selain itu, ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai di kawasan terbabit.
ReplyDeleteKelebihannya..ibubapa yang berkerja kurang stress dengan masalah penjagaan anak. Ini kerana tadika/tasuka di tempat kerja memudahkan ibubapa menghantar dan mengambil anak semasa pergi dan balik dari kerja. Ibubapa kurang risau kerana anak berada tidak jauh dari tempat kerja mereka. Ibubapa dapat menumpukan kerja dengan lebih baik.Hasilnya, kerja bertambah mutu.
Saya pasti suatu masa nanti hasrat ini akan tercapai kerana cadangan ini adalah yang terbaik dan membantu menyelesaikan masalah setiap ibubapa yang berkerja. Saya percaya segala halangan ke arah mencapai tujuan itu akan dapat di atasi demi kepentingan majikan dan pekerja.
Rasionalnya menubuhkan tadika atau tasuka di tempat kerja memandangkan zaman sekarang kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja untuk mendapat rezeki.Kesibukan ibu bapa di tempat kerja menyebabkan mereka risau terhadap anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa penjaga.Lagi susah bagi mereka menumpukan perhatian dalam urusan kerja akibat kerisauan itu.
ReplyDeleteKalau dilihat dari status ekonomi warga Malaysia,masih terdapat segolongan besar keluarga tidak mampu mengupah seorang pembantu rumah.Katakan gaji bulanan ibu RM1000.00 ,bayarn kepada pembantu RM700.00,bakinya RM300 untuk memenuhi asas keperluan kehudupan pun tidak cukup.Kalau hal sedemikian berlaku suami biasanya meminta isteri berhenti kerja.Tanggungan kewangan keluarga pula menjadi beban kepada pihak lelaki.Pertubuhan tadika atau tasuka ditempat kerja melegakan hati ibu bapa dari keluarga yang sederhana.
Tambahan pula,kes penderaan pembantu rumah terhadap anak dan tuan ruah atau penderaan tuan rumah terhadap pembantu semakin meningkat sampai .Selain kos pengubah pembantu rumah meningkat,kebimbangan ibu terhadap sikap pembantu masih tinggi.
Secara keseluruhan,penubuhan tadika atau tasuka membawa kesan positif lebih banyak berbanding kesan negatif.
Having a preschool for the employees will definitely be a merit and factor that affects the employees' 'heart' and the effectiveness of working.
ReplyDeleteOn the bright side, the employee will definitely arrive at work punctually as they don;t have to take their child to the nanny, or baby sitter or a preschool that is located away from the work place. Even if they have to send their children to primary or secondary school, they can cut short the time in travelling.
Next, of course it might be distracting or making the employees unable to focus. But i think it will be the other way round.Because the employee doesn't have to worry about their child, because it's just a few footstep away, and this can enhance their working capability and not to mention the work can finish faster and more efficient.
salam..
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan apa yg di sarankan olh isteri PM kita.. skrg ni, nk cr pengasuh pn ssh... kdg2 dengan keadaan rumah yg sempit & bil. anak yg ramai ( termsauklah ank yg diasuh..) menyebabkan ibu bapa tidak yakin dengan pengasuh.. hendak menggaji pembantu rumah pula tak berbaloi.. bayangkanlah, jika mereka hanya memiliki apartment yg sederhana, dgn ruang yg terhad, xkan nk ambil pembantu rmh?? nati silap2 suami kita diganggunya.. heheee
kehadiran taska & tasuka sgt penting utk memastikan ank2 tidak terabai.. cthnya, di taska mereka blh diajar seba serbi mengenai khdupan, tp di rmh pengasuh bagaimana pula? terutamanya bg mereka yg mempunyai rmai anak yg diasuh.. lagipon, ibu bapa x perlu risau, pada sy x kisahlah jika syarikat mereka mengenakan bayaran.. rm 300 - rm 400 sbln pn ok. janji anak dijaga & diasuh dgn baik...
Penubuhan tadika dan tasuka di tempat kerja merupakan satu tindakan yg memberi manfaat kpd ibu bapa pd zaman ini. Kini, sara hidup semakin bertambah, ibu bapa terpaksa bekerja utk menambung perbelanjaan keluarga. Anak-anak tepaksa dijaga oleh org lain. Pengambilan pembantu rumah baik dr luar negara atau dlm bkn cara yg bijaksana krn syarat2 mengupah, kos...dan sebagai ttp yg paling penting, kemungkinan penderaan anak2 berlaku. Isu2 spt ini kita sering lihat dr berita2 dalam surat khabar. tambahan pula, jika anak2 ditinggalkan utk seorng yg tidak kenal atau tidak pernah menjalani latihan yg khusus adakah ibu bapa rela buat begitu....
ReplyDeleteKurikulum utk tadika & tasuka adalah perlu ttp sy rasa yg lebih penting ialah latihan terhadap mrk yg mengajar dan bekerja di sana. Sekiranya tindakan ini dijalankan, anak2 ini akan mempunyai persediaan yg secukupnya utk masak thn satu nanti.
Selain itu, perkara lain yg perlu dipertimbangkan adalah yuran utk tadika dan tasuka ini. Seperti yg saya tahu jika di bandar akan2 yg dihantar ke tadika dan tasuka perlu kira2 rm400 seorang, ttp jika satu keluarga ada 3/4 orang anak bwh 6 thn, berapa belanjaannya? Inilah sebab utama ibubapa bandar tidak mempunyai ramai anak!
Sekiranya syarikat tersebut tiada tempat utk membina tadika dan tasuka, saya rasa ia blh memberi subsidi utk pekerja2 menghantar anak2 mrk ke tadika dan tasuka yg terdekat.
Bravo dan Two thumbs up! untuk beliau Datin Seri Rosmah Mansor atas seruannya untuk penubuhan Tadika/Tasuka di tempat kerja.
ReplyDeletePenubuhan Tadika/Tasuka di tempat kerja dapat memberi situasi yang saling menguntungkan/symbiosis mutualism antara syarikat dengan pekerjanya.
Ibu bekerja akan merasa aman dan nyaman dalam melakukan pekerjaan mereka sebab mereka tidak perlu khuatir dengan penjagaan anak-anaknya.
Manakala syarikatpun akan diuntungkan oleh para pekerjanya sebab mereka akan lebih fokus dalam bekerja.
Seterusnya dengan penubuhan Tadika/Tasuka di tempat bekerja akan lebih membudayakan breastfeeding sebab para ibu boleh menyusui bayi di tempat kerja, andaikan syarikatpun menyediakan breastfeeding room seperti di menara Exxon Mobil di KL.
Saya yakin dengan penubuhan Tadika/Tasuka di tempat bekerja dan penyediaan breastfeeding room, kanak-kanak Malaysia akan tumbuh sihat dan pandai.
Dalam masa 20 tahun ke depan di tangan kanak-kanak inilah Malaysia akan dipimpin.
Chatarina.
salam,
ReplyDeleteagenda TADIKA/TASKA ditempat kerja ini telah lama saya bincang dengan pelajar sarjana keusahawanan saya. banyak manfaat dan keuntungan yang diperolehi jika business ini dapat diimpikan...
imah
Good day,
ReplyDeletePenubuhan tadika/taska di tempat kerja memang sesuatu yang amat baik. Ibubapa terutamanya ibu yang bekerja pasti mendapat manfaat daripada program ini jika diimplimentasikan di tempat kerja. Dari pengalaman dan pemerhatian saya , ibubapa akan menghadapi masalah jika anak mereka kurang sihat. Ibubapa terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak mereka. Jika tadika/taska boleh ditubuhkan di tempat kerja ,ibubapa dapat pergi kerja dan tahu anak mereka berada di tempat yang dekat dengan mereka.
Salam; Saya sangat bersetuju dengan saranan isteri [erdana menteri. Ini kerana memudahkan ibu untuk bertemu anak waktu rehat. Bukan itu sahaja malahan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu badan boleh memberininy yaktu rehat.Jika tadika dan taska dibuka di tempat kerja sama ada dari sektor kerajaan atau swasta dapat memudahkan ibubapa kerana anak-anak mereka sentiasa berdekatan dengannya.sekiranya anak sakit atau tidak sihat ibubapa senang dan mudah untuk memjaganya.Banyaklah kebaikan sekirnya taska dan tadika ditubuhkan disetiap sektor swasta dan kerajaan. Md Ridzaudin Adnan P47516 Master Prasekolah
ReplyDeletePenubuhan Tadika / Tasuka di tempat kerja adalah satu isu yang telah lama dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat yang bekerja. Hal demikian kerana ianya mampu menyelesaikan banyak masalah yang di hadapi oleh ibu bapa. Antara masalah yang dapat diselesaikan adalah dari segi penjimatan masa kerana ibubapa tidak perlu menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau ke tadika lain yang terletak jauh dari tempat kerja atau rumah mereka. Kedua, keselamatan anak-anak lebih terjamin kerana dewasa ini kita sering dikejutkan dengan berita tentang penderaan kanak-kanak dan juga kes-kes penculikan samada yang melibatkan pembantu rumah atau tidak. Selain dari itu kanak-kanak tidak akan rasa terpisah dari ibubapa mereka kerana berada di satu tempat yang sama. Kasih sayang yang berpanjangan sentiasa dapat dipupuk.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun tidak dapat di nafikan akan wujud berbagai masalah. Namun ianya bergantung kepada diri sendiri untuk mencari penyelesaiannya kerana untuk mendapatkan keselesaan dalam menjalani kehidupan, ada kalanya kita terpaksa mengorbankan satu bahagian yang lain. Sebagai contohnya, para pekerja haruslah sampai ke tempat kerja lebih awal untuk berada bersama-sama dengan anak masing-masing dan melayan kerenah mereka sebelum ditinggalkan di situ. Dengan cara ini tidak akan wujud masalah kelewatan memulakan tugas. Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan di sini bahawa perkara paling penting yang perlu ada dalam diri ibubapa yang bekerja adalah perasaan tanggungjawab yang tinggi bukan hanya terhadap anak-anak tetapi juga terhadap profesyen mereka sendiri.
Manisah Othman
P47529
Salam, saya ingin berkongsi perasaan cemburu saya kepada ibu bapa di Felda Mempaga dan juga ibu bapa di seluruh Malaysia yang telah mendapat faedah daripada program PERMATA di tempat mereka..semasa ECEC 09 di KL, saya telah ke PERMATA di Felada Mempaga dan kagum dengan aktiviti yang disediakan untuk anak2 di situ, sedangkan, ketika itu, anak2 saya yang seusia mereka sedang berada di rumah pengasuh dan menonton TV...terasa ruginya...Penubuhan tadika dan taska di tempat kerja pula telah banyak menunjukkan hasil positif berbanding negatif...mereka yang mendapat faedahnya terdiri daripada ibu bapa yang merupakan golongan pekerja terbabit, anak-anak, majikan dan juga pengusaha tasaka dan tadika..tambahan pula dsengan uimplemantasi PERMATA...justeru, mengapa berlengah lagi???perkara yang baik harus disegerakan...pada zaman ini, dengan adanya kuasa dan pengaruh, ramai yang akan akur...pastinya kalau perkara yang baik akan disambut dengan berlapang dada...
ReplyDeleteShairatul Azlin UKM
Salam, pertama sekali saya amat bersetuju dengan cadangan isteri Perdana Menteri iaitu pendidikan kanak-kanak mesti bermula dari awal usia kerana perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak bermula sejak dia dilahirkan kedunia dan saya juga amat bersetuju jika ditubuhkan taska/tadika di tempat kerja kerana dengan cara ini para ibu bapa akan merasa selamat serta yakin dengan kedudukan dan keselamatan anak mereka serta tidak timbul masalah untuk mencari taska/pengasuh apabila para ibu yang bekerja selamat melahirkan melahirkan anak mereka.Setiap ibubapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dalam hal ini peranan majikan perlu prihatin agar masalah seperti ini tidak membelenggu setiap ibubapa di samping dapat meningkatkan produktiviti serta prestasi kerja mereka ke tahap yang memberangsangkan.Pihak majikan terutamanya perlu peka masalah ini kerana setiap hari kanak-kanak yang lahir ke dunia perlukan tempat yang sesuai serta persekitaran yang selamat Usaha murni ini sepatutnya dimulakan dari dulu lagi. Anak-anak ..pemimpin masa depan, jadi didikan awal akan membantu melahirkan individu yang efisien,mapan ,berani,berintegriti serta menjana ke arah negara yang maju dan stabil.Usaha yang baik perlu segera dimulakan kerana jika terlambat ia akan merugikan kita selama-lamanya.
ReplyDeleteSariza Said UKM
Tadika dan Tasuka ditubuhkan di tempat-tempat kerja.Ada pro and con.Tadika diadakan di tempat kerja memang amat menyenangkan ibu bapa untuk melawat ank-anak mereka.Ibu bapa turut berasa lebih selamat kerana anak-anak mereka berada di sana.Sekiranya berlakunya apa-apa kes kecemasan,mereka dapat melihat anak-anak mereka dalam masa yang singkat.Namun,adakah keadaan sekeliling itu sesuai ditubuhkan tadika dan tasuka?Adakah suasana itu membahayakan kanak-kanak?Adakah kanak-kanak akan terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku di sana.Semua masalah tersebut harus ditinjau dan diatasi sebelum penubuhan tadika dijalankan.Sumber tenaga pengajar di tadika dan tasuka tersebut turut penting.Mereka yang mengajar di tadika seharusnya memiliki kelayakan tertentu yang entitle mereka menjadi pengajar.Lebih baik lagi jika pengajar itu fasih dlm BI sekiranya pihak kerajaan ingin menyediakan kanak-kanak dengan basic of BI sebelum mereka masuk ke standard1.
ReplyDeleteTadika dan tasuka boleh ditubuhkan di tempat-tempat kerja. Banyak kebaikan yang saya lihat boleh didapati melalui penubuhan pusat tersebut di tempat kerja. Contohnnya, mengurangkan kos hidup jyang merangkumi minyak kereta, tol, maintenance kereta, jimat tenaga dan masa untuk berulang alik dan banyak lagi. Walau bagaimanapun,pendidik-pendidik yang bertanggungjawab dalam pusat tersebut perlulah individu yang telah menjalani kursus yang mengesahkan mereka layak untuk mendidik anak-anak pekerja yang dihantar di bawah jagaan mereka. This will give parents a peace of mind. When they feel confident with the educator, they will not keep on checking their child in the chilcare facility to ensure that the need of their child are well taken care of. Majikan juga boleh menetapkan masa dimana pekerja boleh melawat anak-anak mereka di pusat tersebut. Lokasi pusat tu, kalau bangunan pejabat yang bertingkat, letaklah dalam tingkat sati atau dua, kalau berlaku kecemasan, senang untuk mereka keluuar dari banguana manggunakan tangga mahupun pintu belakang.
ReplyDeleteFrom my point of view, workplace nurseries are one of the ways an employer can help their employees with the cost of registered childcare..I think it made coming back to work much less stressful.. Parents definitely feel worry to live their children far from their workplace & this might distract the quality of work in office..Otherwise, i can see the nursery from my office, which makes me feel a lot more secure about it..But people never think about what life will be like as a parent until they actually get there..
ReplyDeleteSaya memang setuju dengan pendapat ini. Kerana semakin ramai wanita mesti berkerja untuk mencari rezeki. Jikalau terdapat taska yang menepati syarat-syarat. Memang ibubapa berasa lega hati semasa bekerja dan boleh menumpu perhatian dalam kerjaya mereka.
ReplyDeletepenubuhan taska di tempat kerja adalah rasional..langkah ini boleh juga dikira sebagai kemudahan kepada pekerja yg telah berkhidmat kepada majikannya..kebanyakan ibu bapa sekarang bekerja dimana mereka perlu menghantar anaknya ke taska atau mengupah pengasuh kepada anak2nya..seperti sedia maklum ia memakan kos yg amat tinggi. terdapat juga taska yg cekik darah..jika terlambat mengambil anak mereka daripada masa yg telah ditetapkan, caj tambahan akan dikenakan walaupun lambat beberapa minit sahaja..ibu bapa juga mngkin akan dapat memberi lebih tumpuan dalam melakukan pekerjaan kerana tidak perlu risaukan anak2 mereka..pendek kata, penubuhan taska di tempat kerja amat berbaloi..
ReplyDeletesaya pun setuju.. ia memudahkan ibu bapa.. dan lengkapkan lagi tempat kerja dengan nursery it would be perfect
ReplyDeletePenubuhan tadika dan tasuka adalah satu langkah yang bijak serta wajar untuk dilaksanakan.Dengan adanya tadika kualiti penjagaan dan aktiviti asuhan kanak-kanak lebih sistematik dan berkualiti.Ini kerana penjaga dan pengasuh yang di pilih adalah diberi kursus serta garis panduan untuk memastikan kualiti penjagaan dan asuhan kanak2 adalah terjamin serta bermutu.Dengan ini ia akan menguntungkan banyak pihak terutamanya negara. Dengan asas didikan awal kanak2 yang betul negara menjadi lebih kukuh dan kuat kerana masyarakatnya yang sihat dari semua aspek perkembangan.Ibu bapa dan penjaga akan lebih fokus terhadap kerja dan ini mampu meningkatkan ekonomi negara.Jadi pihak kerajaan, NGO, swasta mesti bekerja sama untuk merealisasikan hasrat murni ini.
ReplyDeletesalam sejahtera..
ReplyDeletesaya amat bersetuju dengan cadangan yang dikemukana oleh Datin Rosmah iaitu penubuhan tadika di tempat kerja. saya melihat cadangan ini memberikan banyak kesan positif kepada ibubapa terutamanya. dan saya pasti ibubapa yang bekerja adalah orang yang paling gembira jika cadangan ini betul-betul dilaksanakan. ini kerana banyak manfaat yang diperolehi daripada penubuhan tadika di tempat kerja.
ibu-ibu yang bekerja tentunya akan merasa lega sekiranya program ini dilaksanakan.mereka tidak akan merasa bimbang apabila meninggalkan anak2 mereka. ibu yang bekerja ini dapat memantau anak mereka dari dekat dan tahu bagaimana anak mereka dijaga. orang yang menjaga pula tentunya akan menjalankan tugas mereka dengan baik kerana segala apa yang mereka lakukan dapat dilihat oleh ibu2...
ReplyDeletesuatu langkah yang praktikal untuk ibu bekerja kerana menjimatkan masa, memudahkan pengurusan kerana lokasi kerja dan taska dekat. hubungan antara guru taska dan pihak ibu juga akan lebih akrab kerana ibu berada berdekatan dan mudah di hubungi jika berlaku sesuatu.
ReplyDeleteBagi pendapat saya penubuhan Tadika dan Taska di tempat-tempat kerja banyak kebaikkannya.
ReplyDeleteIa dapat mengurangkan kos. Contohnya kita dapat mengurangkan kos minyak kerana tempat tadika atau taska anak kita sehala atau dekat dengan tempat kerja kita. Kita tidak perlu bersusah payah berulang alik untuk menghantar dan mengambil anak2 kita.
Disamping itu, jika terjadi kecemasan,setiap urusan dapat dilakukan dengan cepat. Contohnya jika anak kita sakit, kita dapat melawat mereka pada bila-bila masa sahaja.
(AZZIRA A121466)
cadangan untuk tubuhkan tadika dan tasuka di tmpat kerja adalah satu cdagan yg bagus...pada zaman skrang,bukan hanya kaum adam, malah kaum hawa turut keluar mencari nafkah utk keluarga..apabila kedua ibubapa bekerja, mereka perlukan pengasuh untuk menjaga dan mengasuh ank mereka..jika tadika/tasuka ditubuhkan di tmpat kerja, pasti keselamatan ank2 mereka akan lebih terjamin...di samping itu, anak2 juga akan diasuh dgn lebih baik jika berada di situ...~nur suzielah bt mohd shukri A119931~
ReplyDeletecadangan untuk tubuhkan tadika dan tasuka di tmpat kerja adalah satu cdagan yg bagus...pada zaman skrang,bukan hanya kaum adam, malah kaum hawa turut keluar mencari nafkah utk keluarga..apabila kedua ibubapa bekerja, mereka perlukan pengasuh untuk menjaga dan mengasuh ank mereka..jika tadika/tasuka ditubuhkan di tmpat kerja, pasti keselamatan ank2 mereka akan lebih terjamin...di samping itu, anak2 juga akan diasuh dgn lebih baik jika berada di situ...~nur suzielah bt mohd shukri A119931~
ReplyDeletePenubuhan tadika dan taska do tempat kerja saya rasa satu cadangan yang bagus, tapi ada pro dan kontranya...Kebaikannya adalah ibubapa boleh sentiasa memantau keadaan anak-anak dan juga memudahkan urusan pihak taska dengan mereka, dan keburukannya pula muncul sekiranya prestasi kerja ibubapa terganggu dengan aktiviti2 di taska tersebut..Ini pandangan saya saja, tapi rasanya lebih banyak kebaikan dari keburukan...jadi dengan ini saya menyokong sebulat suara cadangan Datin Rosmah, dengan mengambil kira keadaan ini akan dapat menambahkan penglibatan ibubapa dengan anak masing2..
ReplyDeleteseruan Datin Seri Rosmah Mansor agar tadika dan tasuka ditubuhkan di tempat tempat kerja amat bertepatan dgn kehendak semasa. seperti mana yg kita ketahui kbykn ibu skrg keluar bekerja dan kurg masa dirumah kerana tuntutan ekonomi pada masa kini. pada masa dahulu mgkin rmai ibu yg mjdi suri rumah, oleh itu anak2 jrg dijaga oleh pmbntu rumah @ tmpt asuhan.. ttp tmpt asuhan mnjd suatu keperluan pd ms kini. cdgn mmbina tadika @ tasuka dtmpt kerja memudahkan ibubapa utk mhantar anak2 mereka dsmping dpt berjimat dr segi masa dan kos.. anak2 juga dpt pelindungan yg lebih baik kerana ibubapa dpt memantau anak2 mereka dgn lebih kerap.. hbgn anak2 dan ibubapa juga tdk la bgitu tsisih.. sy bharap cdgn ini dpt dijalankan dgn scpt mungkin..
ReplyDeletepenubuhan tadika dan taska di tempat kerja adalah beretepatan dengan zaman sekarang di mana kedua ibu dan bapa bekerja keluar mencari rezeki. daripada dibiarkan anak-anak duduk di rumah dengan pembantu rumah tanpa pengisian pembelajaran yang sesuai lebih elok sekiranya anak-anak ini dihantar ke taska dan diajar dan bermain dengan rakan sebaya. pertambahan minda anak-anak akan berkembang di samping melengkapkan diri mereka sebelum ke zaman persekolahan yang lebih mencabar.
ReplyDeleteSudah tentu mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran alam persekolahan kelak kerana mereka sudah dilatih untuk belajar dari kecil lagi. ibu bapa juga memperoleh banyak faedah daripada cadangan yang bernas ini. sudah tentu mereka dapat menarik nafas lega kerana anak-anak hanya belajar di tadika di tempat kerja mereka dan lebih mudah dipantau pergerakan mereka.asalkan mereka tidak mengabaikan kerja dan tanggungjawab kerja, penubuhan tadika ini sepatutnya ditubuhkan lebih awal.
idea penubuhan tadika/tasuka di tmpat kerja sememangnye satu idea yang baik...hal ini dapt mengurangkan kerisauan si Ibu yang sentiasa risau akan anaknye apabila mula berjauhan....namun perlu diningatkan bahawa kanak-kanak ini perlu mempunyai suasana tumbesaran yang harmoni dan damai untuk memberi rangsangan yang positf kepada tumbesaran mereka.....oleh itu...unsur-unsur negatif di tempat kerje perlu dielakkan seandainye menginginkan suasana yang terbaik untuk anak-anak membesar...
ReplyDelete(zaida - a120158)