About Me
- Prof Puan Sri Dr rohaty
- Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL
I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!
Friday, July 31, 2009
KECICIRAN-BUKAN KEPUTUSAN SEKELIP MATA
Saya pernah remaja dahulu. Individu lain pun remaja juga sesuatu ketika. Ini pergolakan hidup dan tahap hidup yang akan dan perlu dilalui oleh semua. Ada remaja yang bergolombang hidup mereka ada yang aman. Ada yang menarik dan ada yang biasa sahaja. Namun keremajaan ada ribut taufanya. Ada cabaran nya. Ini saya nyatakan dalam buku saya MEMAHAMI JIWA DAN MINDA REMAJA terbitan Fajar Bakti. Salah satu cabaran ialah dunia pembelajaran disekolah. Remaja ada yang sengaja ponteng dan mereka hadapi risiko keciciran.Bila tercicir dan tidak lulus pepereksaan kesan nya mengikis semangat dan jati diri.Kenapa remaja tercicir padahal tammat sekolah satu jembatan kepada kejayaan hidup?Ada faktor pribadi dan kekeluargaan. Mereka sendiri sudah tawar hati belajar. Mereka tiada aspirasi untuk masa depan. Mereka sudah putus asa.Mereka benci sekolah dan guru. Dan rakan sebaya negatif pun berperasaan demikian. Mungkin sekolah meng alienassi mereka dan rasa keterpunyaan tidak ada; rasa di sayangi sekolah tidak ada.Mereka rasa tidak berguna lagi. Kalau boleh nak cabar dunia "tenguk apa aku boleh buat" Conteng ini conteng itu , melepak dan mecakar kereta guru. Cuba dalami dunia pribadi mereka , minda mereka perasaan mereka.Cuba selami dalam dalam dan faham ; Apa keputusan anda akan beri? Apa hukuman anda akan hadiahkan kepada remaja sedemikian?Banyak faktor saperti keluarga ,kesehatan , kommuniti dan sekolah. Ada interaksi pelbagai faktor dan keputusan mencicir dari sekolah bukan berlaku dalam sekelip mata sahaja .BUKAN!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya sgt setuju dgn kata Prof bahawa masalah remaja tercicir ini bkn berlaku dalam sekelip mata, malah pelbagai cabaran dan hidupan yg remaja alami menybabkan mereka telah tawar hati dlm kehidupan mrk. Remaja2 ini harap melalui jalan lain dpt mencari keseronokan mrk atau hidup mrk. Pada pendapat saya, di sekolah, guru2 dan cikgu2 perlu memberi perhatian terhadap golongan sebegini, cuba bekerja sama dgn pihak2 lain utk 'menyelamat' golongan ini. kita tidak patut berasa putus asa terhadap mrk. Saya pernah jumpa cikgu2 di sek langsung tidak peduli pelajar2 dari kelas akhir, tak ambil berat mrk.... apa yg anda akan fikirkan jika anda ialah remaja kelas akhir???? Dalam alam persekolahan sy, pernah juga sy jumpa cikgu yg memang ambil berat pelajar2 nya tak kira pelajar tersebut dr kelas mana dan pelajarnya mengalami perubahan sikap...Saya percaya pendidikan merupakan ramuan terbaik utk mengubati masalah buta huruf, sikap dan hidup remaja2 kita.
ReplyDeleteAssalamualaikum..memang tindakan remaja untuk mencicir dari sekolah bukan dengan sekelip mata saja. Keadaan ini berlaku apabila remaja sudah tiada jalan lain dan terpaksa memilih untuk menjauhkan diri dari masyarakat. Pada pendapat saya, semua permasalahan ini berpunca dari rumah, ibubapa yang sibuk berkerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak sendiri di rumah. Tiada siapa yang ambil tahu, tiada lagi yang menegur dan membetulkan, tiada teman bicara dan akhirnya rakan-rakan jadi teman rapat, tempat meluahkan perasaan. Sikap remaja mulai berubah, sopan santun pun hilang dan selalu melanggar peraturan. Masyarakat di luar juga sibuk dan tidak sempat mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh remaja. Bila pihak sekolah tahu, remaja dibimbing semula tetapi untuk sementara waktu saja. Sokongan dan kasih sayang tidak berterusan. Remaja menjadi bosan dan mahu melepaskan diri dan ingin keluar dari kehidupan yang tidak bermakna baginya. Hanya kasih sayang, sokongan ibubapa dan masyarakat yang dapat membantu. jadi, kalau hanya menghukum bukanlah jalan yang terbaik. Marilah kita menjadi ibubapa dan masyarakat yang prihatin, penyayang dan memberi simpati kepada remaja yang bermasalah ini.
ReplyDeleteKenapa remaja tercicir padahal tamat sekolah satu jambatan kepada kejayaan hidup?in my point of view,bukannya mrk tdk tahu bhw betapa pentingnya ilmu for a bright future.mrk ponteng sekolah,sengaja tdk concentrate dlm kelas dan seumpamanya.masalahnya adalah mrk menghadapi msl tertentu misalnya masalah keluarga sehingga mrk terpaksa act in tat way.dlm konteks ini,pihak sekolah esp guru seharusnya setiasa memerhati perlakuan student mrk.sebarang perubahan negatif yg berlaku sewajarnya difahami dan diatasi dgn segera since keciciran itu bukan berlaku dlm sekelip mata sahaja.adalah tdk patut bagi seseorg guru itu terus punish those student without trial.mrk harus memahami apa sebabnya student berbuat demikian.student caunselling service turut memainkan peranan yg vital.para guru seharusnya mendidik tanpa mengira student itu lemah atau hebat.mrk harus tdk bersifat selective dan sepatutnya adil dan tdk pilih kasih.dont give up those weak or problematic students!!! save them from darkness and lead them to brightness...
ReplyDeletePada pendapat saya, faktor remaja tercicir dari sekolah padahal mereka tahu itu adalah penting untuk masa depan mereka adalah disebabkan kurang galakan daripada ibubapa. Ibubapa berasal dari keluarga yang susah. Pendidikan bukan menjadi perkara utama lagi. Faktor kedua adalah pengaruh kawan2. Apabila salah mencari kawan2, remaja senang terpengaruh untuk ponteng sekolah serta melakukan perkara yang tidak berfaedah. Disini semua pihak harus bersama2 untuk mengatasi masalah remaja yang tercicir. Di rumah, ibubapa haruslah sentiasa memerhati anak2 mereka. Sentisa perhatikan perubahan anak2. Masyarakat juga ada tanggungjawab, walaupun bukan anak remaja mereka...
ReplyDeleteAssalamulaikum memang ramai remaja yang tecicir dari sekolah. Keadaan ini memang tidak dinafikan. Perkara ini terjadi dipengaruhi banyak faktor. Bagi pendapat saaya ibubapa memainkan peranan yang utama.Saya berkata demikian kerana kebanyakan guru2 disekolah rendah mahupun menengah tidak boleh bersuara atau memarahi pelajar. Kalau zaman saya sekolah dahulu cikgu marah atau pukul kita di sekolah ibubapa akan tambah sekali ganda. Tetapi anak2 zaman sekarang tidak boleh dimarah atau ditegur ibubapa akan menyebelahi anak2. Dengan itu anak2 menjadi besar kepala. Seolah2 mereka boleh melakukan apa sahaja walaupun mereka tahu bahawa benda itu salah.Mereka jadi begitu kerana ada orang yang membela walaupun mereka melakukan kesalahan.Benar pepatah dahulu menyatakan " KALAU HENDAK MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA". Saya memang bersetuju dengan cara pendidikan dahulu. Bagaimana hendak mengajar pelajar. Pelajar dahulu tak banyak menghadapi masalah sekiranya hendak dibandingkan dengan sekarang. Sebab pelajar dahulu cukup taat, hormat dan takut dengan guru. Muda-mudahan perkara2 ini dapat diambil serius oleh pihak tertentu demi masa depan agama, bangsa dan negara.Semoga kita sama2 memperbaiki dan mengatasinya. Dr. Md Ridzaudin Adnan P47516
ReplyDeleteSalam Prof,
ReplyDeleteSangat menyedihkan apabila mendengar ramai pelajar yang keciciran. Saya percaya dan sependapat dengan Profesor banyak faktor yang menyebabkan wujudnya masalah ini. Sebelum kita menyalahkan siapapun, baik kita melihat ke dalam diri kita masing-masing.
Apakah kita juga turut menyumbang dalam perkara ini? Sebagai bahagian daripada komuniti apa bantuan dan peranan yang sudah kita berikan kepada pelajar-pelajar yang kita kasihi ini?
Dalam buku Laura Berk, 'Child Development (page 10) saya ada membaca tentang resilience. Dalam teori ini dikatakan bahawa apabila ada satu orang sahaja, sama ada ibu, bapa, guru, paman, nenek, kakek, ataupun jiran yang boleh menjadi kawan bicara, yang boleh menyokong, yang memotivasi kanak-kanak/pelajar-pelajar yang mempunyai masalah, maka sejatinya anak-anak/pelajar-pelajar tercinta ini masih boleh diselamatkan daripada keciciran.
Oleh itu, sebagai bahagian daripada komuniti marilah kita turut membantu, memberi sokongan apabila mendapati pelajar-pelajar mempunyai masalah, mengingatkan mereka betapa pentingnya sekolah, mencegah mereka supaya tidak ponteng, menjadi jiran yang baik dengan saling menyapa.
Saya yakin kita semua dapat mengubah dunia kecil ini menjadi lebih indah, cantik dan menggembirakan. Dengan dunia yang demikian anak-anak kita dan pelajar-pelajar kita akan gembira dan selesa tinggal dan hidup didalamnya.
I hope.....
Chatarina/Rina
Assalamualaikum..
ReplyDeletemasalah keciciran remaja memang salah satu isu yg sering diutarakan dlm dunia pendidikan kt. faktor utama kpd permasalahan ini adalah disebabkan oleh faktor dalaman remaja itu sendiri yg tidak mementingkan pendidikan walaupun mereka sedar bahawa pendidikan merupakan platform terbaik utk brjaya..oleh itu ibubapa dan guru perlu membarikan dorongan yg berterusan kepada remaja bg mengelakkan masalah keciciran ini daripada terus berlaku. selain drpd itu, ibubapa mestilah sentiasa memantau setiap tingkah laku mereka samada semasa mereka berada di rumah atau pun di luar. ini bg mengelakkan mereka terpengaruh dgn gejalah yg tdk sihat yg mana ianya blh mengggangu tumpuan mereka terhadap pelajaran. pendidikan terbaik adalah bermula dari rumah, oleh itu ibubapa perlu sedar dan tegas akan hal ini. masyarakat sekeliling juga tidak terkecuali drpd mengelakkan masalah ini dr trs berlaku.spt yg kt tahu masyarakat yg baik akan melahirkan individu yg baik.. tidak mustahil masalah keciciran di kalangan remaja ini dapat dielakkan sekiranya semua pihak sentiasa bekerjasama utk membendung gejala2 yg mndorong ke arah permasalahan ini.
keciciran pelajar dalam pelajaran mempunyai pelbagai alasan..antara yang paling utama sekali ialah masalah keluarga..pelajar yang kekurangan kasih sayang dari keluarga selalu nya akan sengaja menunjukkan protes kepada guru,rakan sebaya mahupun pihak sekolah dengan sengaja membuat masalah disiplin..mereka sebenarnya sengaja mahukn perhatian..mereka rasa berpuas hatio sekiranya melakukan sedemikian rupa..namun jika mereka tidak dibelai dan dinasihat dengan baik, ini akan menjejaskan pelajaran mereka seterusnya ada dikalangan mereka yang tidak berminat untuk menamatkan pelajaran dengan alasan mereka sudah tawar hati untuk belajar,susah untuk menerima pelajaran,malas membebankn kepala mereka dengan banda yang mereka tidak suka dengan alasan "ah buat apa belajar kalau tak minat..nnti cari kerja saje"..namun begitu,kita tidak boleh membiarkan mereka mmbuat keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan masa depan mereka..kita seharusnya memberi nasihat dan cuba sedaya upaya menyelami masalah mereka..jika boleh beri kaunseling..kelas bimbingan terhadap keciciran pelajaran mereka sebelum ini..dalam masa yang sama,kita harus pantau dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan mereka..kalau boleh dari peringkat awal lagi pemantauan dijalankn agar lebih konsisten..
ReplyDeleteBetul, antara punca remaja tercicir akibat dari keluaga,diri sendiri,persekitaran,rakan sebaya...remaja tahu akan kepentingan ilmu pula tidak tahu menghargainya.Memilih jalan yang tidak betul mungkin besar akibat dipengaruhi oleh gang2 yang jahat.Perhati tak anak umur5 ke bawah percaya apa mak dan bapa kata itu betul,primary school pula cikgu yang betul,bila secondary school kawan yang betul.Jadi memilih kawan yang betul memang membawa kita ke arah kejayaan..
ReplyDeleteKeluarga perlu cukup prihatin terhadap perubahan anak2 sendiri dan jangan tunjuk jari ke pihak mana2 jika mendapati anak2 tercicir padahal bukan perciciran itu satu proses yang agak perlahan.Ibu bapa perlu jadi orang yang pertama mendapati anak2 mereka sudah silap langkah.Jangan letak semua tanggungjawab pada bahu cikgu.Kadan2, masalah keluarga terus menyebabkan anak2 tidak menumpu perhatian dalam pembelajaran.
Keazaman dan keimanan diri sendiri juga perlu cukup kuat.Jangan mudah percaya dan terikut2 sikap dan kata2 rakan.Perlu menilai dahulu sebelum terlewat.
Keciciran bukan berlaku dalam sekelip mata.Jadi semua pihak bergading bahu untuk mengatasi masalah keciciran pelajar.
pada pendapat saya, masalah keciciran ini telah lama membelenggu pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu di luar bandar..terdapat pelbagai faktor yang mencetus kepada keciciran tersebut.antaranya ialah faktor diri sendiri yang mana pelajar tersebut tidak berminat untuk ke sekolah serta mudah terikut-ikut dengan kawan-kawan yang tidak bersekolah. selain itu sikapibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka menyebabkan mereka merasakan pelajaran itu tidak penting.dalam hal ini, peranan ibu bapa adalah sangat penting di samping peranan guru di sekolah yang patut mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah keciciran dan bersama-sama dengan ibu bapa mencari langkah untuk mengatasi masalah ini agar tidak mejadi lebih teruk
ReplyDeletePada usia remaja, mereka menghadapi masalah kecelaruan identiti..sokongan kuat ibu bapa,guru dan komuniti sangat penting.macam-macam alasan yang diberikan mereka.di sekolah-cikgu tak masuk kelas,subjek yang diajar terlalu susah, tak faham, kerja sekolah terlalu banyak.di rumah-ibu bapa terlalu sibuk,tiada masa untuk anak-anak, kurang perhatian..terlalu banyak alasan.tapi pada pendapat saya, faktor utama yang menyebabkan keciciran kerana mereka MALAS..
ReplyDeletekalau malas, semua kerja tidak berhasil bukan??
pokok pangkalnya diri sendiri..berilah seribu satu nasihat.kalau masuk telinga kiri,keluar telinga kanan pun tak guna juga.wahai remaja,tingkatkan jati diri..jangan mudah menyerah kalah..
pada saya tak semestinya mereka yg tercicir ketika sklh ini x mampu berjaya... kdg2 hasutan kawan-kawan yang sentiasa mendorong ke arah negatif lebih bnyk dr yg positif. itulah kebenarannya... samalah juga spt sy, ketika di tingkatan 2& 3, saya amat mudah dipengaruhi rakan.. ponteng sklh, pntg kelas, dan sbgainya.. bukan sy x pandai.. tp sy ingin mncri alternatif baru untuk meringankan beban di kepala.. mujur suatu hr, sy di marahi n di 'toca' olh seorang guru lelaki, hnya kerana matematik sy mndpt c.. sy sdr ketika 3-4 bln sblm PMR kptsn sy amat teruk.. jd sjk itu sy berusaha, krgkan keluar dgn kwn2, sy lbh bnyk memerap di rumah.. namun begitu sy sdr, bhw sy tidak blh mnyendiri... di saat ini sy mula berkawan dengan mereka yg serius bljr.. & alhamdulillah, kptsn sy tidaklah seteruk mana.. sjk itu sy lbh berhati2 memilih kawan, sy sdr akn potensi diri sy & sy hrus brsyukur krna dilahirkan dlm keluarga yg pandai.. namun pengaruh kawan skli lagi dtg, mngajar sy utk hdup bebas & umi sy tak suka pd sikap sy itu,... satu kslpan, sy mula x mesra lg dgn umi sy.. shnggalah saya msuk u n berkahwin serta menjadi ibu kpd putri sy.. sejak itu sy sdr bhw x spatutnya kita mementingkan diri sendiri... mmg jiwa remaja sentiasa bergolak, namun kita mesti bijak mengimbanginya... dan sy pasti jika mereka yg tercicir di alam persekolahan dapat mengelakkan dr perkara ini berlaku... seharusnya mereka sdr, semua ibu bapa inginkan yg terbaik utk anak2.. jd bg mereka yg tercicir itu, mulalah hdup baru.. bnyk lg peluang yg ada... jgn sia2kan tenaga muda anda... sayang, nanti dah tua merana......
ReplyDeleteSalam all...
ReplyDeletependapat saya juga menyokong apa yang diperkatakan oleh prof..tapi lebih berat menekankan bahawa segalanya bermula keciciran ilmu agama dalam diri seseorang individu tersebut. Jika dibekalkan dengan pengetahuan agama yang mencukupi sedari kecil lagi, perkara seperti keosongan jiwa tidak akan berlaku. Dan andainya remaja menemui kegagalan, mereka akan lebih tahu apa yang harus di lakukan daripada berpeleseran tanpa arah tujuan. Rata-rata agama yang dianuti berkehendakkan setiap insan menjadi yang terbaik, jadi dengan adanya bekalan agama yang mencukupi akan menjadi benteng kepada berlakunya keciciran dalam apa juga segi...
Salam, keciciran sekolah bukanlah perkara baru..sejak sekian lama, ada sahaja pelajar yang akan terkeluar dari sistempersekolahan yang sedia ada atas pelbagai alasan..namun yang jelas sekali, ini adalah hasil dari pendekatan 'punitive' dalam membetulkan akhlak remaja..sudah tentulah mereka akan memberontak..sekolah bukanlah lagi tempat yang menyeronokkan, tpt utk mengasah bakat dan kebolehan diri mereka..sebaliknya, hadir ke sekolah adalah satu beban yang mendatangkan tekanan...di situlah titik permulaan keciciran..namun begitu, ini berlaku kepada segolongan kecil pelajar...sebagai guru, jgnlah kita teralih pandangan daripada pelajar2 yg ikhlas, jujur dan bersungguh2 dahagakan ilmu dan kekal hadir ke sekolah..walau dalam apa jua kekurangan...jlnkan tanggungjawab kita kepada mereka yg memerlukan...BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ReplyDeleteShairatul Azlin P47519
Good evening, prof. Yes, it's true that many factors contribute towards students being dropped out of schools. But 1 factor i need 2 highlight here is how these school dropouts mentalities work. Most of them do not have a goal/goals to achieve in their lives when it is not true. They have so much to work hard for. And quite frankly, education is their only hub to escape problems some communties are facing eg. poverty.
ReplyDeleteFamily is an imperative factor as well-what with parents having no time for their children even during meals or buying them
gifts as tokens of love. However, we also have those teenagers who are raised in a loving family and are yet involved in truancy and unhealthy habits which eventually lead to expulsion from schools. Even teachers have no other choice than to let them go. It is a
sad thing that it should come to this extent,but perhaps realisation within the teenagers themselves can help us tackle this problem...
Prof, walaupun kita dapat berbangga dengan pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang pada masa sekarang, namun masih lagi terdapat masalah keciciran pelajar di sesebuah institusi pengajian..Bagi saya peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana apa yang diajar di sekolah seharusnya sama seperti apa yang dilihat di rumah.. Maka peranan ibu bapa juga amat penting dalam membangunkan sahsiah individu dalam masyarakat..Pelajar perlu memperkukuhkan akhlaq dan budi pekerti yang mulia, seperti yang dituntut oleh agama. Akhlaq pula adalah sesuatu yang bukan boleh ditunjuk ajar semata tetapi memerlukan contoh dan teladan yang baik serta bimbingan yang berterusan dari rumah hingga ke sekolah dan seterusnya ke masyarakat umum.. Namun peranan
ReplyDeletesekolah di sini ialah dalam melaksanakan pendidikan formal seperti pendidikan moral dan
pendidikan Islam..Mahiran, A121403
Tidak seorang pun berhajat menjadi seorang yang tidak berjaya, dibencikan oleh orang lain dan tercicir daripada sekolah. Mestinya ada sebab di belakangnya. Ini juga remaja. Saya percaya semua remaja juga mahu menjadi seorang yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam akademiknya, menggunakan masanya dengan bermakna. Tetapi apakah yang terjadi dalam remaja masa kini? Apakah langkah-langkah boleh menyelesaikan keciciran? Apakah peranan ibubapa dan masyarakat terhadap remaja? Ini semua kami terutamanya yang sebagai guru dan ibubapa perlu fikir secara mendalam.
ReplyDeletebtl tu..remaja tercicir dsebabkan byk faktor antaranya keluarga pecah belah,kurangnya kasih sayang,persekitaran dan pemilihan rakan sebaya.kebanyakan remaja terlibat dlm vandalisme,melepak,adalah semata2 utk melepaskn tekanan dan mungkin juga utk mendapat perhatian drpd keluarga misalnya..dan sebagai msyrkt kita plu berusaha membtk akhlak dan sahsiah remaja kita.
ReplyDeletekalau dilihat pelajar2 yg keciciran ini mempunyai masalah tersendiri..terutamanya masalah keluarga..kebanyakan remaja yg keciciran ini datang dari keluarga yg bermasalah dimana kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, ibu bapa bercerai, kemiskinan keluarga dan mcm2 lagi..faktor ini lah sebenarnya yg dapat membentuk peribadi sesorang remaja kerana di peringkat inilah remaja memerlukan bimbingan..jika tersilap langkah, mereka akan hanyut dalam dunia mereka..baru2 ini sy ke wangsa maju, ternmpak remaja sekolah melayu perempuan yg menghisap rokok tanpa segan silu..bertenggek di tepi tangga stesen KTM..amat memalukan..terkejut juga kerana sebelum ini belum pernah lihat secara life..saya membuat kesimpulan mgkin di bandar2 pesat begini merupakan salah satu faktor..terbawa2 dengan arus pembangunan sampai hilang moral diri..
ReplyDeleteKeciciran yang melanda negara ini bukan perkara yang biasa malahan penyakit ini telah pun merebak dengan cepat hingga tidak mampu dibendung lagi.Sudah banyak aktiviti dan pelbagai program dijalankan untuk meneroka, menyelami, merungkai apa masalah sebenar sehingga perkara ini berlaku.Jika dulu zaman penjajah datuk, nenek, ibu bapa berebut2 untuk pergi ke sekolah walaupun terpaksa bertaruh nyawa hanya semata2 untuk menerima ilmu. Tetapi kita anak merdeka tidak berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat yang di beri.Mungkin banyak persoalan mengapa keciciran berlaku. Seperti yang sedia maklum, peredaran zaman yang serba canggih ini sebenar merupakan antara faktor mengapa masalah ini berlaku. Zaman moden yang dikecapi telah melupuskan hampir setengah nilai- nilai budaya kehidupan melayu dan masyarakat Islam. Masing2 mengejar kemodenan hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa. Kelalaian manusia yang begitu taksub menyebabkan mereka hanyut dibuai mimpi yang kosong.Jiwa dipenuhi dengan sikap yang tamak dan haloba tentang kehidupan duniawi.Sedarlah wahai insan walau tinggi mana pun bumi kita pijak semuanya daripada pertolongan dari Nya. Dengan mendekati diri kepadaNya, InsyaAllah kita serta keturunan kita akan sentiasa diberkati serta dijauhi dari segala pancaroba.Hiasilah dan harmonikan kehidupan kita dengan beriman dan beribadah kepadanya supaya tenang di dunia dan akhirat. InsyaAllah....Oleh itu bimbinglah diri, keluarga dan anak- anak kita dengan ilmu agama Islam supaya mereka sentisa hati mereka disinari dengan cahaya keimanan yang sentiasa terhindar dari segala kejahatan.
ReplyDeleteisu keciciran bukanlah satu perkara baru. ia sudah lama berlaku. tetapi pada hari ini, ia semakin parah. tidak semua masalah keciciran itu berlaku berpunca dari sikap pelajar itu sendiri, tetapi banyak faktor lain yang turut mendorong pelajar tidak mahu ke sekolah. misalnya masalah ibubapa yang tidak ambil kisah tentang apa yang dilakukan anak2 mereka, masyarakat sekeliling dan juga pengaruh rakan2. golongan yang tercicir ini biasanya mempunyai pemikiran yang singkat, mereka akan mengambil jalan mudah dengan berhenti dan tidak memikirkan apakah yang akan berlaku pada masa hadapan. sesungguhnya yang indah itu hanyalah sementara.
ReplyDeletekeciciran pelajar sekolah sememangnye tidak dapat dielakkan...walaupun pihak sekolah sudah membuat pelbagai cara untuk menanganinye, tpi ade sahaja cara mereka,pelajar-pelajar, untuk memboloskan diri....bile di tanye...ade sahaja alasan mereka..yang tidak logik pun menjadi logik difikiran mereka....bukan pihak sekolah sahaja yang perlu memikul beban ini...ibubapa, jiran tetangga, rakan sebaya dll juga ade peranan dalm memastikan isu keciciran dalm kalangan pelajar dapt diatasi....mereka ini bukannye ape....mereka mahu di beri perhatian dan diambil berat....cuba selami diri mereka dan dengar luahan hati mereka...pasti kite akan jumpa punca nye...
ReplyDelete(zaida - a120158)
untuk menangani masalah disiplin pelajar ni bukan senang....banyak faktor kita kena ambil kira...biasanya pelajar yang melakukan masalah disiplin ni terdiri daripada mereka2 yang ada masalah keluarga, masalah keyakinan diri dan juga masalah dengan kawan2, x trmsuk masalah dalaman lagi....untuk remajaa2 macam ni, kita kena kenal pasti dahulu apa yang buat mereka bertindak di luar kawalan..jumpa dengan pelajar dan tanya mereka...itu la jalan yang sebaik-baiknya... Siti Kamala Abd Razak _a118958
ReplyDeleteThank You and I have a neat offer you: Renovation House Company for home renovation
ReplyDelete