About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Monday, July 6, 2009

SENSITIVITI KEPADA PANTANG LARANG AGAMA:JANGAN BINA KOMMUNITI YANG STRESS

Malaysia adalah sebuah negara contoh atau model yang menegakkan perpaduan dan integrasi antara kaum kerana Malaysia terdiri dari pelbagai ras. Sejak kemerdekaan lagi pemimpin telah bertungkuslumus memastikan negara ini ,mempunyai warganegara yang hormat menghormati diantara satu dengan lain dalam semua perkara. Perpaduan dalam kepelbagaian menjadi slogan Malaysia dan ini telah dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara , Rukun Negara dan Wawasan 2020. Malaysia patut menerima anugerah Negara Aman di Dunia kerana berjaya membendung rasa perkauman yang meluap luap dan ekstremis

Kepekaan kepada perbezaan ras yang meliputi didalam nya persoalan ugama adalah sesuatu yang amat penting sekali. Kerajaan mengaturkan semua warga boleh hidup secara harmoni dengan menghormati pantang larang agama yang lain. Khususnya di Malaysia Islam adalah agama yang dianggap rasmi dan perlu dihormati dari semua segi dan oleh semua kaum . Disamping itu warga Malaysia sering diingatkan supaya hidup aman damai . Kurikulum di sekolah menjadi pengantara menyemaikan perpaduan dan buku buku teks disekolah menggambarkan tempat beribadah semua agama . Lihat saja gambar kuil, gambar masjid, gambar gereja bukankah ini menunjukkan secara simbolik apa yang kita minta pelajar hormati di Malaysia saperti kebebasan memilih dan mengamal agama.

Apa yang terjadi di Pendang baru baru ini mengenai isu lokasi penyembelihan babi menyebabkan huru hara kerana ia menyentuh persoalan agama Islam ; Umah Islam pantang diperlekehkan tentang agama mereka dan akan tegak berdiri memperjuangkan integriti dan keluhuran agama mereka.Meletakkan lokasi penyembelihan babi diKampung Cina menyebabkan darah penganut agama Islam berdarah gemuruh kerana menyentuh maruah agama dan umat Islam. Agama Islam telah bagitu jelas tentang mengharamkan babi sebagaimana disebut dalam AlQuran QS Al Baqarah(2)173, QS AlMaidah(5)3, QS An Aam(6)145 danQS An Nahl(16)115.Dan banyak lagi hujjah kesehatan yang telah dikemukakan mengenai babi.

Lokasi yang dikenalpasti untuk menyembelih babi bukan saja menyemarakkan kemarahan umat Islam di Pendang tetapi penganut Buddha yang bertapak diatas kepercayaan bahawa membunuh mahkluk yang bernyawa itu haram dan berdekatan dengan kuil mereka. Penduduk Pendang juga khuatir tentang kesan najis babi yang boleh menyebabkan penyakit dan kuman berleluasa. Inilah persepsi penduduk yang menentang cadanganh tersebut yang perlu diambilkira dan difahami oleh yang mencadang.Cadangan itu mukadimah kepada tindakan yang akan dan tidak akan menyusul tetapi cukup memerit telinga.

Isu saperti penyembelihan babi ini sewajar dan sepatutnya difikirkan secara masak dan mendalam dahulu sebelum keputusan dibuat. Apakah pehak yang mencadangkan lokasi tersebut sengaja buta kepada iklim persekitaraan dan perasaan penduduk dilokasi tersebut?. Setelah kejadian tragedi 13 Mei dan beberapa kejadian kritikal yang lain di Malaysia sudah tentu kita beranggapan pengalaman mengajar seseorang itu berfikir secara lebih matang dan bertindak secara lebih berwaspada untuk mengelakkan sesuatu yang huru hara dari berlaku khususnya jika tindakan itu menyemarakan api kebencian dan menyebabkan orang loya dengan hanya mengingatinya.Kajian mengenai perpaduan banyak menceritakan individu itu tidak mahu berkompromi mengenai pantang larang agama; maksudnya pelajar sekolah sudi duduk sebelah menyebelah rakan dan bermain bersama tetapi bila melibatkan soal makanan babi mereka sukar menerima.

Dalam konteks ini sudah tentu pemimpin pemimpin tempatan sewajar dapat bermesyuarat dan berdialog membincangkan sesuatu yang amat tebal dan dominan saperti pantanglarang yang sebagitu ketara sesekali. Kenapa kah cadangan itu dibuat dengan membabi buta tanpa menghiraukan perasaan penduduk yang terlibat? Ada beberapa faktor yang menyebabkan ini berlaku . Mungkin tiadanya manifestasi hormat menghormati diantara pelbagai kaum dan agama; mungkin pemimpin yang membuat cadangan terlalu sombong untuk berunding atau mungkin mereka take for granted dan mengandai cadangan itu amat sah dan boleh diterima. Mungkin yang membuat cadangan sudah bosan untuk berfikir?Bukan banyaknya teknik penyelesaian masaalah dalam kitab?

Apakah kesannya jika cadangan ini diteruskan? Kesannya tentu amat negatif sekali kerana bukan saja kesan fisikal yang akan didapati tetapi lebih lebih lagi kesan kepada maruah dan konsep kendiri dan esteem kendiri penduduk tempatan yang terpaksa berhadapan dengan sesuatu keadaan yang kurang menyenangkan. Kita tidak perlu dan tidak ingin keadaan keruh saperti ini berlaku kerana kita yang selama ini hidup berharmoni tentu dapat mencari kompromi dalam perkara tersebut

.Perlulah berfikir secara kreatif saperti melaksanakan penyelesaian masaalah dan mencari alternatif yang lebih jitu. Contohnya mencari kawasan yang lebih jauh dan terpencil dan kawasan dimana kaum Cina lebih ramai dan menerima projek penyembelihan ini dengan senang hati. Apakah negeri Kedah ketandusan kawasan yang lebih sesuai? Tentulah pemikiran secara rasional dan lojikal dan secara terbuka boleh meningkatkan rasa tanggungjawab dan rasa keterpunyaan kepada Malaysia. Lumrahnya tidak ada tolakansur dalam isu saperti ini.(To avoid religious sensitivity one must be rational and open to know about other religions)

Saya bukan tidak sedar bahawa melaksanakan "Balancing Act"" atau tindakan mengimbang sukar dilaksanakan tetapi selalunya persamaan nilai lebih ketara dari perbezaan nilai dalam kommuniti yang tinggal dengan harmoni selama berpuluh tahun . Kita faham pendapat penganut agama lain juga perlu didengar .Jika topik penyembelihan babi merupakan satu perkara perbezaan yang bersifat sensitif maka jalan keluar adalah membincangkan nya secara terbuka. Kesan tidak berbincang secara terbuka adalah bersifat negatif dan merbahaya dan mengganggu gugat ketenangan fikiran dan meningkatkan ketegangan. Yang timbul adalkah kommuniti yang STRESS

6 comments:

  1. Shairatul Azlin, UKMJuly 7, 2009 at 10:32 AM

    Mendidik masyarakat untuk bersifat terbuka membincangkan sensitiviti agama lain adalah merupakan salah satu alternatif yang ada untuk menyeimbangkan kestabilan anata kaum di bumi Malaysia tercinta ini...Kini, ahli masyarakat lebih 'advance' dan mempunyai pelbagai saluran untuk menyatakan persoalan dan kemusykilan serta bangkangan terhadap apa jua isu yang difikirkan tidak kena pada tempatnya pada pandangan mereka...Saya bersetuju dengan cadangan meletakkan lokasi pusat penyembelihan babi tersebut dekat dengan lokasi di mana ia mempunyai permintaan yang tinggi...itu boleh mengurangkan pelbagai kos dan meminimakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama Islam umpamanya...kematangan masyarakat juga boleh diukur dari kesediaan mencurahkan sumbangsaran dan idea bagi mengatasi sesuatau isu dan bukannya terperangkap dalam belenggu mencari salah siapa dan menuding jari...STRESS....

    Shairatul Azlin, UKM...Kuliah Kurikulum Prasekolah..

    ReplyDelete
  2. Telah menjadi lumrah kehidupan manusia mempunyai naluri untuk hidup dengan berpegang teguh kepada konsep ketuhanan dimana ianya berkait rapat dengan agama yang dianuti. Oleh itu pada pendapat saya, untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang mampu hidup dalam suasana aman dan damai adalah penting bagi setiap individu untuk menghormati adat resam dan agama yang dianuti oleh setiap kaum. Pemimpin juga haruslah memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik untuk memastikan matlamat perpaduan dikalangan pelbagai kaum dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai contohnya, kita dapat melihat kekecohan yang berlaku di Pendang berkaitan dengan lokasi pembinaan pusat penyembelihan babi. Kekecohan dan ketidakpuasan hati dikalangan penganut agama Islam dan Budha dapat dielakkan jika pemimpin mengadakan pebincangan serta bermesyuarat dengan penduduk tempatan sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan. Ini kerana pemimpin akan menerima berbagai cadangan dan pandangan dari mereka yang dapat membantu mencapai keputusan yang tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Keadaan ini seterusnya membantu mengelakkan tekanan berterusan yang mungkin menjadi penyebab kepada berlakunya tunjuk perasaan yang tidak diingini

    ReplyDelete
  3. Telah menjadi lumrah kehidupan manusia mempunyai naluri untuk hidup dengan berpegang teguh kepada konsep ketuhanan dimana ianya berkait rapat dengan agama yang dianuti. Oleh itu pada pendapat saya, untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang mampu hidup dalam suasana aman dan damai adalah penting bagi setiap individu untuk menghormati adat resam dan agama yang dianuti oleh setiap kaum. Pemimpin juga haruslah memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik untuk memastikan matlamat perpaduan dikalangan pelbagai kaum dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai contohnya, kita dapat melihat kekecohan yang berlaku di Pendang berkaitan dengan lokasi pembinaan pusat penyembelihan babi. Kekecohan dan ketidakpuasan hati dikalangan penganut agama Islam dan Budha dapat dielakkan jika pemimpin mengadakan pebincangan serta bermesyuarat dengan penduduk tempatan sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan. Ini kerana pemimpin akan menerima berbagai cadangan dan pandangan dari mereka yang dapat membantu mencapai keputusan yang tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Keadaan ini seterusnya membantu mengelakkan tekanan berterusan yang mungkin menjadi penyebab kepada berlakunya tunjuk perasaan yang tidak diingini
    Manisah Othman UKM, KUliah Kurikulum Prasekolah

    ReplyDelete
  4. Salam Prof,
    Berkaitan artikel ni, sebenarnya isu sedemikian takkan timbul kalau pengusaha terbabit menghormati dan mengakui hak komuniti untuk hidup aman dan selesa tanpa gangguan kepada haiwan yang sememangnya terbukti membawa penyakit. Daripada kajian perubatan telah terbukti bahawa daging mempunyai sejenis virus yang merbahaya untuk manusia. Dan kini penyakit baru pula muncul iaitu virus H1N1. Terkadang terfikir oleh saya, orang-oarang yang terlibat dengan isu ini lebih banyak kepada mepunyai kepentingan peribadi daripada nak menjaga komuniti. Tak kisahlah samaada pengusaha, atau pemimpin atau sesiapa sahaja yang menyokong ke arah menternak hinggalah mengeksport binatang ini. seharusnya dalam masyarakat yang majmuk, kepentingan komuniti harus diutamankan, apatah lagi timbulnya pelbagai isu berkenaan dengan ternakan ini....sememangnya masalah ini jika tidak ditangani dengan bijak...satu ketika akan mewujudkan masyarakat yang stress dan akan bertindak sendiri tanpa menghiraukan peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan...

    ReplyDelete
  5. Salam Prof;
    Negara Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum ni memang sensitif kalau nak membincangkan isu agama, kaum da bangsa. Tetapi kalau kita sentiasa menhormati antara satu sama lain perkara ini tidak akan berlaku. Sebab sesatu kaum faham dan menghormati adat resam sesuatu bangsa dan agama hidup akan menjadi aman dan harmoni. Berkaitan dengan artikel ini kalau nak dikaji daan difahamkan haiwan ini memang membawa wabak penyakit yang merbahaya ia tidak mengira bangsa dan agama walaupun sesatu bangsa itu tidak memakannya. Tetapi wabak penyakit ni menyerang tidak mengira bangsa dan agama. Virus H1N1 ni sebenarnya untuk menyedarkan rakyat bahawa haiwan ini memang membawa penyakit yang merbahaya. Jadi bagi pandangan saya tempat penyembelihan itu patu dialihkan ke tempat yang lebih selamat dan mengkaji mana penduduk Berbangsa Cina atau India di situ di sitilah didirikan tempat penyembelihan itu. Ini semu untuk menjaga keaman negara dan bertolak ansur antara satu sama lain. Ini baru dinamakan " SATU MALAYSIA " P47516 MD RIDZAUDIN

    ReplyDelete
  6. For me, Malaysia WAS a good model, when it comes to bringing its people together to a harmony atmosphere, BEFORE. nowadays, we are threaten by too many issues and negative elements, and i'm quite sure if Malaysians are still too fragile in handling those, we will not have a happy ending in the end. what had happened in Pendang is a very good instance, as everyone is not respecting others' rights anymore, and they do whatever they pleased. Malaysia is not a safe place anymore, with a lot of squabbling, killings and so on, and still, we are so proud of ourselves of living 'peacefully' in here.. everyone is solely concern of their own needs and status, having a highly-rated social life, wealth acquisition no matter what it takes, indicate that Malaysia has lot its respected identity. we have a good example too, in Malaysia, a same situation as the Pendangs', where a huge indian temple is about to be built at a highly Malay residents area. few protests were made (I’m not sure about now), and still, the construction goes on, since the so-called leader itself, a MALAY, has approved the project. this situation made me to burst out with a very good laugh, as I’m wondering which people are attending that kuil, the Malays or less than 20 Indian occupants there. this situation clearly will bring bad influence to the others, especially the-about-to- grown up ones...of course this is a very sensitive issue to be discussed, but, self-awareness and self-knowing are important to be practiced in this situation, rather than thinking about producing 'peaceful community', which i'm not suggesting is less-vital, but should comes as second concern.

    ReplyDelete