About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Thursday, July 23, 2009

MEMARTABATKAN KUALITI TADIKA DAN BAHASA INGGERIS

Baru baru ini Kerajaan menyarankan supaya pendidikan prasekolah dijadikan sebahgian dari dasar pendidikan negara. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana sebenarnya pendidikan prasekolah memang ada dalam sistem pendidikan sistem negara. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah salah satu buktinya. Sebab utama adalah bahasa Inggeris dapat dimulakan diperingkat awal. Saya melihat langkah ini bukan sahaja sebagai memertabatkan kualiti Tadika tanahair tetapi juga membuka peluang keemasan untuk Tadika mendidik kanak Tadika mempelajari Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan. Umum sedia mengetahui bahawa peringkat kanak kanak merupakan tahun tahun kritis dimana perolehan dan pencapaian ilmu pengetahuan berjalan dengasn bagitu pantas. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 80% kecerdasan kanak terbina pada umur dibawah 8 tahun untuk usia 18 tahun. Apa yang diperkatakan oleh teori otak atau Brain Theory itu sesungguhnya menegaskan bahawa neural pathways atau laluan neural untuk belajar bertambah tambah semasa prasekolah. Dengan demikian stimulasi dan rangsangan peringkat Tadika amatlah berkesan untuk pengkayaan minda klanak kanak. Kanak prasekolah bagitu sensitif terhadap persekitaran mereka dan boleh belajar dua tiga bahasa serentak termasuk bahasa antarabangsa. Oleh itu kita perlu melihat ini sebagai cabaran yang baik.Jangan biarkan peluang ini terbiar bagitu sahaja. Jelas di negara kita Tadika swasta lebih kehadapan dalam pengjaran Bahasa Inggeris khusus di bandar bandar. Langkah Kerajaan tentu dapat merapatkan jurang bandar luar-bandar dari segi pendidikan untuk kanak prasekolah.Apa yang kritikal adalah mencari pendekatan mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan disamping menyerobnokan. Jadi asasnya tidak lari dari menghormati bagaimana kanak prasekolah belajar. Kanak prasekolah berada ditahap penuh initiatif dan ingin mencuba dan mengetahui. Howard Gardner mencadangklan kelapan lapan kecerdasan otak manusia digunakan secara optimum disini. Bahasa Inggeris jangan diajar secara kaku tetapi diseronokkan pengajaran dengan aktiviti aktibviti berdasarkan kelapan kecerdasan saperti melalui nyayian, lukisan, tarian, lawatan, dan lain lain. Saya melihat langkah Kerajaan ini sebagai usaha menyatupadukan semua Tadika agensi Kerajaan yang selama ini ditadbir dibawah naungan berbeza. Sudah tiba masanya kollobrasi dan kerjasama dan kata sepakat dicapai demi masa depan kanak prasekolah dibawah agensi Kerajaan. Cubalah cari konsensus tentang apa yang patut dilaksanakan dan nilai bersama yang patut dipersetujui. Kerjasama semua peringkat samada famili guru Tadika dan guru Sekolah amat dinanti nanti khususnya kerana mereka mewarnakan kualiti pendidikan diperingkat tersebut. Ibubapa jangan berpeluk tubuh mengharapakan pengajaran bahasa Inggeris diletak sepenuhnya ditangan guru guru.Sudah sampai masanya kita bertindak lebih tegas dan terancang.

25 comments:

  1. Pada pendapat saya Puan Sri..jika pelaksanaan p&p dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris, guru-guru tadika /prasekolah harus memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris terlebih dahulu..Ini mesti melibatkan kerjasama kementerian pelajaran kerana bukan semua guru-guru tadika mahir berbahasa inggeris dengan baik. Pihak kementerian perlu mengkaji dari semua aspek termasuk kemampuan guru, persekitaran / lokasi sekolah dan latar belakang kanak-kanak itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Usul kerajaan dalam peningkatan penggunaan Bahasa Inggeris di kelas-kelas prasekolah memang wajar dilaksanakan. Walaupun pematuhan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah lama dilaksanakan, namun usaha penambahbaikannya perlu dilaksanakan. Peranan dan usaha guru adalah sangat penting dalam hal ini memandangkan tidak semua ibu bapa yang mahir dan boleh berbahasa Inggeris di rumah.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan BI di kalangan rakyat. Namun demikian sekiranya kerja persediaan tidak dijalankan dengan baik (terutama terhadap prasekolah luar bandar) tindakan ini tidak akan memberi sebarang faedah kepada generasi muda.

    ReplyDelete
  4. Bahasa Inggeris harus didedahkan kepada kanak-kanak sejak dari kecil.guru perlu menggunakan pendekatan yang kreatif bagi membuka ruang kanak-kanak ini untuk mengenali bahasa inggeris dengan cara yang menggembirakan.supaya mereka seronok dan tidak bosan.melalui aktiviti permainan,muzik..ibu bapa pula jangan meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada guru di sekolah.terapkan penggunaan bahasa inggeris ini bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  5. sememangnya penggunaan bahasa inggeris perlu didedahkan kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun lagi. mengenai usul kerajaan yang ingin menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris di peringkat prasekolah adalah amat wajar.. ini kerana dewasa ini penggunaan Bahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan terutamanya dalam bidang akademik dan pekerjaan. penerapan bahasa inggeris di peringkat parasekolah dilihat akan memberikan impak positif kepada penguasaan bahasa international ini terutamanya di kalangan anak-anak melayu yang sememangnya menjadikan bahasa Inggeris ni sebagai second langguage. pada tahap prasekolah guru-guru yang terlibat perlu mempunyai inisiatif yang kreatif n kritis untuk menanam minat kanak-kanak kepada bahasa inggeris melalui aktiviti pembelajaran yang bercorak santai yang mana tidak membosankan kanak-kanak. usaha ini sedikit sebanyak akan menarik minat kanak-kanak dalam menguasai bahasa international ini. selain itu juga, ibu bapa mestilah turut sama berperanan sebagai pembimbing kanak0kanak ketika berada di rumah dan tidak hanya menyerahkan tanggungjawab mengajar anak-anak kepada guru di sekolah

    ReplyDelete
  6. Malaysia adalah sesebuah negara yang, menurut pendapat saya boleh dikatakan sebagai negara yang mendunia dengan pelbagai orang yang tinggal di dalamnya. Dengan pelbagai orang yang tinggal tersebut memberikan beberapa faedah bagi negara Malaysia. Antara faedah tersebut adalah bahasa Inggeris digunakan secara meluas di semenanjung ini. Mengenai pelan Kerajaan yang akan mulai menambah kurikulum bahasa Inggeris di peringkat awal, saya sangat sependapat kerana ini sangat sesuai dengan negara Malaysia sebagai sesebuah negara Internasional. Memandangkan bahawa di peringkat sekolah rendah pun sudah diajarkan bahasa Inggeris untuk subjek matematikan dan sains, pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat tadika boleh dikatakan sebagai syarat kesediaan kanak-kanak/school readiness dalam memasuki sekolah rendah. Yang sepatutnya menjadi penekanan adalah penglibatan ibu bapa/parent involvement dalam pencapaian bahasa Inggeris bagi kanak-kanak awal. Apabila kanak-kanak hanya belajar bahasa di sekolah tetapi tidak menggunakannya di rumah, maka penguasaan bahasa Inggeris akan terhad. Maka, sebagai ibu bapa yang baik hendaknya kita semua mulai belajar juga agar kualiti pembelajaran kanak-kanak mencapai matlamat yang diingini. Chatarina/Rina

    ReplyDelete
  7. belajar bahasa inggeris sepatutnya dimulakan dari akar umbi lagi.Begitu juga dengan ilmu yang lain.Maka saranan ini adalah sangat wajar.Tidak salah sekirannya cara atau pendekatan yang digunakan oleh tadika swasta dijadikan panduan untuk tadika.Ini kerana terbukti lebih ramai kanak-kanak yang belajar di tadika swasta menguasai bahasa inggeris dengan baik.

    ReplyDelete
  8. salam Prof..
    Bahasa Inggeris memang dperlukan, apatah lagi ia adalah bahasa untuk mendalami ilmu pengetahuan. sememangnya satu pendekatan yang bijak sedari usia kana-kanak telah didedahkan dengan komunikasi dalam bahasa inggeris. walau bagaimanapun, untuk mencapai kemajuan dalam bahasa kedua ini, persediaan guru-guru yang mengajar adalah sangat diperlukan. Begitu juga ibubapa dan masyarakat turut memainkan peranan masing-masing dalam membantu untuk merealisasikan kejayaan anak-anak prasekolah khasnya dalam memahirkan diri dalam komunikasi bahasa inggeris. Pendapat saya, sama ada tadika swasta atau tadika kerajaan , kedua-duanya mempunyai kemajuan tersendiri dalam penguasaan ini. Terdapat banyak faktor yang menjadikan Bahasa Inggeris ini sangat ditakuti, bukan sahaja dikalangan pelajar malah juga bagi guru-guru yang kurang keyakinan untuk berinteraksi dalam Bahasa ini. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya, guru, ibubapa dan masyarakat memainkan peranan masing-masing degan betul, Bahasa ini boleh kita kuasai dengan mudah....

    ReplyDelete
  9. Shairatul Azlin, UKMJuly 29, 2009 at 6:00 PM

    Membantu kanak-kanak untuk menguasai BI harus bermula dari rumah, ibu bapa adalah contoh terbaik kepada kanak-kanak, sekurang2nya, ibu bapa harus menunjukkan sikap positif terhadap perlunya menguasai BI kepada anak2..seperti kata Ust Zamri dlm ruanagan Tanyalah UStaz TV9, ibu bapalah berperanan membina sikap, personaliti dan adab anak2 di rumah..Seterusnya, perkembangan penguasaan kemahiran dalam BI ini harus disokong oleh sistem pendidikan yang disediakan untk kanak2 tersebut...dalam erti kata lain, sistem prasekolah, guru2nya serta kurikulum yang digunakapai harus menyokong usaha yang telah dimulakan oleh ibu bapa di rumah...persekitaranm lain seperti extended family, atuk dan nenek, media2 (buku, tv, akhbar) yang didedahkan kepada kanak2 juga haruslah membantu kanak2 ini dlam penguasaan BI. .belajar BI tak semestinya di kelas tadika sahaja, pelabagai cara boleh dilakukan, jika kita benar2 mahukan kejayaan...:)

    ReplyDelete
  10. salam prof, pada pendapat saya mmg bagus lah cdgan kerajaan untuk memartabatkan penggunaan bahasa inggeris di peringkat tadika lagi. sememangnya pendekatan pembelajaran bahasa inggeris ini perlu dilakukan sejak dari rumah lagi. walaubagaimanapun, tidak semua ibubapa mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris di rumah. misalnya bagi ibubapa tradisional. mereka biasanya hanya tahu berkomunikasi dalam dialek tertentu sahaja. oleh sebab itu, guru-guru yang terlatih perlu memainkan peranan mereka supaya dapat menarik minat anak-anak khususnya untuk menjadikan bahasa inggeris itu sesuatu yang indah dan menarik.

    ReplyDelete
  11. Pada pendapat saya Prof, saya memang berasa pelaksanaan ini memang akan memanfaatkan kanak-kanak terutamnya mereka yang berada di luar bandar. Apa yang penting ialah macam mana melaksanakannya. Terutamanya memotivasikan guru-guru tadika bercakap Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Macam -mana menyampaikan Inggeris kepada kanak-kanak. Contohnya seperti mengajar perkataan "Sit Down" dan "stand up" dengan aksi. Guru-guru patut gunakan aksi untuk menerangkan perkataan itu tetapi bukan terjemahan daripada bahasa lain semasa mengajar Inggeris. Guru-guru mesti percaya jikalau seorang bayi yang berumur 1 tahun dapat belajar bahasa ibu mereka daripada sekitaran, maka kanak-kanak pun boleh memaham i Inggeris tanpa terjermahan.Saya Harapkan pihak berkuasa dapat merangkakan seluruh scara teliti dan melaksanakannya dengan berkesan.

    ReplyDelete
  12. kalau ibu bapa sendiri pun tidak mengambil berat terhadap isu ini maka betapa baiknya pelaksanaan yg dilakukan oleh kerajaan tidak akan membawa ap-apa kesan yg positif.apatah lagi bukan semua ibu bapa faham akan kepentingan BI.oleh itu,pada pendapat saya,ibu bapa memainkan peranan yg penting dlm isu ini since the apple doesn't falls far from the tree.

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih Daun Keladi
    KOmen KOmen amat dihargai

    Prof Rohaty

    ReplyDelete
  14. The scenario in kindergartens nowadays is a far cry from the experience that someone like me had last time. Lessons in the current kindergartens are filled with concrete facts and totally disregarding the fun part of learning English which is essential during this age period. I cannot imagine learning about grammar in kindergarten where the teacher explains what nouns,verbs and prepositions are. There are ways to use games or other fun activities in teaching these students. Lessons would be much merrier and meaningful when children do not depend fully on rote memory. It would be a habit for them in the future if they rely too much on memorizing. What's important is to expose them to different ways of learning so that they can become versatile learners.

    ReplyDelete
  15. Saya amat bersetuju apabila bahasa Inggeris dapat dimulakan diperingkat awal terutamanya diperingkat tadika/prasekolah. Sebelum itu guru-guru di tadika/prasekolah perlu memantapkan penguasaan bahasa inggeris mereka. Kita dapat lihat, di tadika swasta bahasa inggeris menjadi subjek utama mereka, dan kanak2 di sini dapat menguasai bahasa inngeris dengan baik sekali. Guru2 disekolah tadika/prasekolah juga perlu memperbagaikan kaedah pengajaran semasa mengajar subjek ini supaya murid2 tidak mudah berasa bosan. Saya harapkan bukan pihak guru sahaja memberi penekanan mengenai bahasa inggeris ini, tetapi ibu bapa harus memberi tunjuk ajar ataupun sokongan kepada anak2, kerana ini amat penting untuk masa depan mereka terutamanya melangkah ke alam pekerjaan kelak.

    ReplyDelete
  16. A118436 Chung Kyun Vun

    Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sekolah rendah adalh begitu tidak standard kerana para pelajar tidak didedahkan kepada penggunaan bahasa Inggersi sejak kecil lagi.

    Oleh itu, pengajaran Bahasa Inggeris di tadiak adalah satu keputusan yang wajar....

    ReplyDelete
  17. Salam Prof;
    saya amat bersetuju bahasa inggeris diajar dipringkat prasekolah lagi. Tetapi ia seharusnya mempunyai sistem yang teratur dan diperkembangakan kepada guru2 peringkat prasekolah dahulu serta sekolah rendah dan menengah.Tetapi ia harus dikaji keberkesannya kepada pelajar.Bahasa inggeris merupakan satu bahasa yang pentig di peringkat antarabangsa.Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memantau anak2 di rumah.Pengajaran bahasa inggeris di tadika dan prasekolah adalah satu keputusan yang wajar tetapi harus dikaji sedalam-dalamnya agar tidak meningalkan kesan buru dimasa hadapan.P47516 md ridzaudin

    ReplyDelete
  18. Saranan kerajaan supaya pendidikan prasekolah menjadi sebahagian dari Dasar Pendidikan Negara adalah amat baik. Jika dilihat kepada tujuan utamanya, saya amat bersetuju kerana matapelajaran Bahasa Inggeris yang tidak dapat dinafikan kepentingannya, dapat didedahkan di peringkat awal lagi. Namun demikian Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa guru-guru yang ditugaskan di prasekolah diberi pendedahan yang sewajarnya dalam bidang Bahasa Inggeris untuk memantapkan diri supaya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang lahir di zaman millennium memiliki minda yang lebih terbuka terhadap semua perkara. Antara program yang boleh dilaksanakan adalah mewajibkan semua guru prasekolah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri.

    Selain daripada itu, peranan masyarakat dan ibu bapa juga amat penting dalam merealisasikan matlamat ini. Kepada yang mempunyai kemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris, mereka perlulah tampil ke hadapan untuk membantu. Bantuan yang boleh dihulurkan adalah seperti menawarkan diri untuk menjadi fasilitator kepada guru dan kanak-kanak prasekolah sendiri. Dalam usia diantara 3 hingga 6 tahun, kanak-kanak amat mudah mempelajari dan mengingati sesuatu yang disampaikan kepada mereka. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan seimbang dalam segala bidang, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai hasrat kerajaan.

    ReplyDelete
  19. pada pendapt sya mmg sye stuju b.inggeris die ketengahkan sejak tadika lagi..tetapi syllabus harus di kaji niar iany bsesuaian dengan tahatp umur dan kecekapan murid2 tadika..syllabus nya tidak boleh terlalu berat mahupun terlalu ringan..yang pasti ianta mudah difahami,dipelajari dan dihayati agar mudah mereka ikuti seteruanya mengingati aa yg mereka pelajari..dan mereka boleh gunakan untuk masa akan datang..

    ReplyDelete
  20. Usaha kerajaan hendak mermatabatkan Bahasa Inggeris sampai melaksanakan PPSMI dan pula mendapati tahap Bahasa Inggeris rakyat tidak meningkat sebaliknya prestasi Sains dan Math budak luar bandar terjejas.Pada pendapat saya,melentur buluh biarlah dari rebungnya,budak-budak harus diberi pendekatan Bahasa Inggeris semasa tadika.Guru tadika perlu mengajar Bahasa Inggeris dengan cara yang seronok seperti main game.Masih ingat zaman tadika saya cikgu tidak memberi perhatian kepada bahasa Inggeris sehingga darjah 3 barulah saya diperkenalkan dengan pembelajaran Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  21. kalau x dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..pengajaran & pembelajaran bahasa inggeris pada peringkat prasekolah amat la wajar dilaksanakan di kawasan bandar khususnya pedalaman secara konsisten..pendedahan awal bahasa inggeris kepada kanak2 prasekolah membolehkan mereka terbiasa (tidak berasa janggal) dengan penggunaan istilah bahasa inggeris.. Hal ini juga dapat membantu mereka lebih memahami pengajaran di sekolah formal kelak..Teringat pengalaman saya sewaktu tadika,saya mulai rasa seronok mempelajari bahasa asing, tidak kira inggeris mahupun arab..Setiap hari guru tadika saya akan menayangkan video nursery rhyme di kaca televisyen..Saya amat gemar akan lagu 'Old McDonald'..Balik je rumah sy mesti menyanyi dan cuba mengingati bait2 lagu tersebut..Kadang2 sy berkesempatan menonton rancangan sesame street di tadika..Saya juga dipilih untuk membuat persembahan drama fairy tale sewaktu hari terakhir di tadika..Masuk darjah 1 saya suka berbahasa inggeris dengan rakan sekelas dan berasa lebih yakin..I enjoy learning english in the easiest ways during my preschool..

    ReplyDelete
  22. English should be introduced to young children ever since they are in preshool. Based on the brain maturation theory, the younger a child learns a language, the easier for them to master the language. However, T&L english in kindergarten should be fun as well, such activities like singing nursery rthymm and simple coral speaking can be carried out during the lesson. When they enjoy lesson, it's easier for the teacher to get their attention and they will love to learn it as well. When they love it, it's easier for them to master it naturally.

    ReplyDelete
  23. suraya ismail A121417August 18, 2009 at 8:43 AM

    penerapan bahasa inggeris di peringkat prasekolah amat wajar..pada peringkat inilah kanak2 cepat belajar..jika diberi pendedahan awal2 lagi, sudah tentu kanak2 akan dapat menyesuaikan diri dengan bahasa inggeris kelak..namun, tidak cukup di prasekolah sahaja, ibu bapa juga haruslah mempraktikkannya di rumah..zaman sekarang, rata2 ibu bapa dapat berbahasa inggeris..saya rasa itu tidak menjadi masalah untuk melatih anak2 dengan ayat2 yang simple sesuai dengan umur mereka..

    ReplyDelete
  24. Pembelajaran bahasa inggeris amat penting di peringkat prasekolah.Saya sebagai guru prasekolah ingin berkongsi pengalaman di dalam pengajaran bahasa inggeris. Saya menggunakan teknik belajar sambil menyanyi di dalam aktiviti bahasa inggeris. Dengan ini mereka seronok dan gembira untuk belajar walaupun mereka pada awalnya tidak begitu faham.Yang kedua teknik behaviorism juga boleh di praktikkan di dalam P&P bahasa inggeris contohnya 'Mother' buat tingkahlaku sedang memasak.apabila kita mengulangi tingkahlaku tersebut mereka boleh mengenalpasti itu adalah 'Mother'.Kepelbagaianpendekatan atau kaedah amat penting supaya kanak- kanak lebih excited untuk mempelajarinya.Give child with enjoyable learning to gain their knowledge.children are the creative individual which you can explore and learn from them for many thing which we did not expect.

    ReplyDelete
  25. having children to be exposed to second language will benefit the children a lot, since they can prepare themselves to the use of English Language as the language of education in the future. world's today has changed a lot, with variety of knowledge are presented in English, therefore, mastering this language will favor them in interacting and comprehending the input themselves.. not only they will grow up as fluent speaker, the teachers' roles to teach them the language will be much more easier..-a118958

    ReplyDelete