About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Wednesday, July 22, 2009

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA DAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Tema ini dipetik dari NST Editorial ms 16 Julai 22hb 2009

Negara Malaysia melalui Wawasan 2020 , Falsafah Pendidikan Negara dan PIPP 2006-2010 menegaskan betapa pentingnya merapatkan jurang pencapaian diantara kanak kanak berdasarkan pelbagai latarbelakang. Malaysia mencapai kedudukan ke 45 antara 129 negara dunia mengamalkan prinsip Pendidikan untuk Semua. Malaysia tentunya kehadapan dalam memperjuangkan Aspirasi Pendidikan untuk Semua.Walau bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa masih terdapat 125,000 kanak Malaysia yang tiada di sekolah. Ini mungkin berkaitan dengan perbezaan bandar -luarbandar atau pendapatan ibubapa yang berbeza. Dengan demikian perlulah ada tindakan sosial dan aktiviti ekonomi yang boleh membantu ibubapa dan seterusnya mencapai matlamat dan hasrat Pendidikan untuk Semua. Bagaimana kah prinsip ini boleh berlaku ? Dan adakah faktor dan prinsip prinsip lain yang perlu diambil kira.?

13 comments:

  1. Dayang Kalsum bt. BahrinJuly 22, 2009 at 9:39 AM

    'Pendidikan untuk semua'..tindakan sosial yang harus kita fikirkan mungkin dengan cara menyedarkan ibubapa tentang keperluan dan kepentingan pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak normal tetapi juga untuk kanak-kanak yang istimewa. Terdapat beberapa pengalaman yang saya nak kongsikan bersama Puan Sri dan rakan2 di dalam topik ini berdasarkan pengalaman sebenar yang pernah saya alami.

    Pertama, saya nak bercerita sedikit tentang keadaan kanak-kanak di kampung saya. Keadaan ini masih berlanjutan sehingga kini. Rumah saya berhampiran dengan sekolah rendah dan sekolah menengah. Jalanraya yang baik, kemudahan kedai, klinik dan masjid pun ada. Tetapi, masih ada segolongan kanak-kanak termasuk remaja di kampung saya yang tidak bersekolah. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh ibubapa yang kurang menitikberatkan hal-hal persekolahan anak-anak kerana sibuk dengan aktiviti harian, nak cari makan. Walaupun pada masa sekarang, kementerian telah memberikan bantuan kewangan kepada pelajar2 miskin tetapi masalah ini masih berlanjutan.

    Apa yang kurang? kemudahan asas, prasarana semuanya lengkap..walaupun diluar bandar. Apa yang saya perhatikan, masalah anak2 yang tidak bersekolah ini kebanyakkannya memang dari keluarga yang miskin. Saya sangat rapat dan sangat mengenali mereka di mana belum ada satu pun ahli keluarga mereka yang mendapat pekerjaan yang baik. Apatah lagi yang sampai ke menara gading. Saya belum dengar lagi sampai ke hari ini.

    Saya pernah terdengar seorang ibubapa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang guru yang memarahi anak mereka yang ponteng dan berhenti sekolah. Ibu kanak-kanak itu menjawab, "Buat apa ke sekolah, belum ada lagi keturunan kita yang jadi cikgu, datang ke sekolah menghabiskan duit mak bapa saja!!". Cuba kita renungkan..bukankah masalah ini berpunca daripada sikap ibubapa yang berlarutan dari nenek moyang mereka dulu lagi? Jadi, tak hairanlah mengapa sampai ke cucu cicit pun belum ada yang berjaya. Kehidupan keluarga tidak berubah, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang....kesian sungguh..Itulah prinsip hidup yang mereka amalkan.

    Kedua, cerita ibubapa yang tinggal dikawasan bandar pula. Seorang bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik dan memperoleh pekerjaan yang sangat baik. Ibubapa ini mempunyai seorang anak istimewa yang bermasalah dalam pertuturan tetapi sihat tubuh badan. Rumah dekat dengan sekolah pendidikan khas, hospital, jabatan kebajikan masyarakat..tetapi tak pernah terfikir nak menghantar anak ke sekolah..kurung kat rumah je. Adik kepada kanak-kanak istimewa ini normal macam kanak-kanak lain tetapi lewat masuk sekolah. Di daftarkan ke Tahun 1 setelah berusia 9 tahun.Ini salah siapa? Adakah kerana, masalah tiada kemudahan...masalah kesempitan hidup kerana miskin?...kekurangan pengetahuan?..atau lain2..

    Prinsip Pendidikan untuk Semua perlu diperjuangkan dari peringkat akar umbi lagi. Salah satu contoh, aktiviti/program ibubapa dan masyarakat perlu dipergiatkan lagi sama ada di bandar atau luar bandar. Kegiatan belia2 kampung, rukun tetangga dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan prinsip ini.

    Pendapat saya..perlunya pemulihan masyarakat, penambahbaikan sistem ekonomi masyarakat dan pentadbiran sekolah yang menerapkan pendidikan keibubapaan. Pihak kementerian juga perlu mengambilkira latar belakang ibubapa dari semua aspek budaya, ekonomi dan sosial mereka. Pihak sekolah juga perlu memupuk semangat dan nilai 'sekolah mesra penduduk'..

    ReplyDelete
  2. Membaca ayat "pendidikan untuk semua" serasa meminum air di gurun Sahara, sangat menyejukkan hati. Sejauh yang saya tahu di negara manapun di dunia pasti mempunyai permasalahan yang sama iaitu pendidikan yang belum merata. Mengenai tindakan ekonomi yang boleh diambil, menurut pendapat saya sudah saatnya syarikat-syarikat mulai membuka diri dengan memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan, sebab syarikat besar ini biasanya mempunyai department yang disebut sebagai CSR/Corporate Social Responsibility yang antara rugasnya adalah memeberikan biasiswa pendidikan kepada mereka yang memerlukan.Department ini bukan merupakan charity,tetapi sememangnya tanggung jawab syarikat untuk memberi sesuatu yang memang menjadi milik masyarakat, sebab syarikat tersebut boleh menjadi besar antara yang mendokongnya adalah masyarakat. Oleh itu, wahai para pemilik syarikat besar bantulah mereka yang memerlukan! Chatarina/Rina

    ReplyDelete
  3. Prof, saya amat sedih semasa membaca angka ini "125,000 kanak Malaysia yang tiada di sekolah". Pada pendapat saya , pendidikan amat penting untuk semua golongan. Saya berasa semua kalangan mesti mempunyai kesedaran terhadap isu ini dan jangan selalu bergantung pihak berkuasa mengambil langkah-langkah sahaja. Pihak media dan swasta boleh berkerjasama menyedari masyarakat terhadap hakikat ini. Biarlah seluruh masyarakat bertindak ke atasnya dan melalui media juga dapat menyedari ibubapa di luar bandar mengambil berat terhadap pendidikan. Selain daripada itu, mahasiswa-mahasiswi mungkin boleh mengadakan aktivi melawat kanak-kanak di luar bandar. Mahasiswa dan mahasiswi hidup bersama mereka untuk satu tempoh seperti 1 minggu dan juga boleh mengajak kanak-kanak tinggal di asrama universiti supaya kanak-kanak dapat memperluaskan pandangan mereka. Saya percaya jikalau seluruh kanak-kanak Malaysia dapat menerima pendidikan. Negara kita pun akan maju. "Knowledge is Power"

    ReplyDelete
  4. Statistics provide us with a rough idea of the real thing we are dealing with-many children are deprived of the chance to education whilst there are also others who cannot be bothered to attend school. We have these 2 extremities to deal with. For those children who do not get a fair chance at education, it also has to do with their parents' ideologies apart from how much income they get and the rural-urban differences. Once, I came across a local television programme where a mother is interviewed as to why she does not send her children to school. She replied, "Anak saya bodoh,tak payah pergi sekolah".
    We still have quarters who think their children are better off planting crops, fishing and just continuing their families' tradition. Providing economical assistance to these families in terms of money is, in fact being undertaken right now. Though, stringent checks must be done from time to time to ascertain that the funds do go directly to these families and not diverged to the pockets of someone else. Educating parents in terms of how education can change their current lives in the form of, for example, better living conditions and healthcare is essential in changing their perceptions and fear of sending their children to schools.

    ReplyDelete
  5. " PENDIDIKAN UNTUK SEMUA" Kalau difikirkan negara malaysia ini saya merasa sedih kerana jumlahnya begitu besar 125,000 orang yang tidak kesekolah. Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan sahaja dengan pekara ini. Ibu bapa juga harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya pelajaran pada zaman sekarang. Mungkin ada segolongan ibu bapa yang berpegang anak2 harus mewarasi pekerjaan bapanya tanpa pergi kesekolah masih boleh hidup dan mecari makan. Mohon semua organisasi ngo atau swasta bekerja sama dgn kerajaan untuk mengurangkan jumlah pelajar yg tidak ke sekolah serta memberi kesedaran kepada ibubapa betapa pentingnya pelajaran dimasa hadapan."SATU MALAYSIA" & "PENDIDIKAN UNTUK SEMUA" MALAYSIA BOLEH. P47516 MD RIDZAUDIN

    ReplyDelete
  6. Angka yang dipaparkan itu amat menyedihkan.Masih terdapat anak muda yang tidak bersekolah walaupun prasarana,kemudahan,sekolah,kedudukan ekonomi dan sebagainya semua lengkap.Rasa-rasanya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang bagi menakutkan ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.Tak fahamlah kenapa mereka tidak mahu bagi anak-anak maju ke hadapan.Bukannya tidak tahu betapa susahnya nak menjadi petani,nelayan dan kerja-kerja yang banyak memerlukan tenaga.Biarpun nak anak mewarisi kerjaya ibu bapa,perlulah lebih maju dari diri sendiri.Anak-anak perlu menimbal ilmu baru berpotensi nak jadi petani yang berproduktiviti.
    Ibu bapa di luar bandar perlu diwajibkan menghadiri sesi-sesi ceramah atau kaunseling supaya minda terbuka.Memang alasan membazir masa,wang,tenaga untuk menghantar anak-anak ke sekolah tidak releven.Ataupun,sewaktu melaporkan kelahiran,ibu bapa terus diberi kaunseling oleh kaunselor supaya mengetahui adalah 1 kesalahan berat jika tidak manghantar anak pergi sekolah sewaktu dia berumur 6 tahun dan betapa pentingnya pendidikan untuk mengubah hidup sekarang.

    ReplyDelete
  7. “ Kepentingan untuk merapatkan jurang pencapaian diantara kanak-kanak berdasarkan pelbagai latar belakang” serta “ Malaysia mencapai kedudukan ke 45 diantara 129 negara di dunia yang mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua” adalah dua kenyataan yang begitu menarik serta mempunyai makna yang mendalam.
    Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai inspirasi untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama mampu hidup dalam suasana yang harmoni. Namun begitu realitinya amatlah memeritkan kerana sehingga kini matlamat tersebut masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini dapat dilihat dengan wujudnya angka 125 000 orang kanak-kanak yang tiada di sekolah.
    Pada pendapat saya terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya masalah ini. Pertama, kurangnya pendedahan kepada ibubapa tidak kira samada di bandar mahupun di luar bandar tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. Hal ini adalah khusus kepada ibubapa yang mempunyai taraf pendidikan rendah. Bagi mereka, anak-anak akan mampu menjalani kehidupan sendiri setelah mereka dewasa biarpun tanpa memiliki ilmu pengetahuan
    Kedua, dewasa ini masih terdapat petempatan penduduk yang terlalu jauh dari sekolah. Hal ini dirujuk kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan dari segi pengangkutan serta dihimpit oleh masalah kemiskinan. Faktor ketiga yang menyebabkan keciciran ini adalah kerana ketidakprihatinan pihak tertentu untuk mengatasi masalah ini walaupun diberi kuasa serta kemudahan.
    Untuk mengatasi masalah yang masih mencengkam ini, Kementerian Pelajaran perlulah menganjurkan seminar berkaitan dengan kepentingan pendidikan kepada semua ibubapa yang telah dikenalpasti latar belakang mereka. Untuk mendapat maklumat ini, bancian boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai khas. Selain daripada menganjurkan seminar, arahan khas dari pihak atasan perlu diturunkan kepada individu tertentu dengan tujuan mengenalpasti mana-mana keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan samada dari segi kewangan atau pengangkutan. Dengan adanya tindakan-tindakan positif ini, diharap masalah keciciran pelajar dapat diatasi.

    Manisah Othman
    P 47529

    ReplyDelete
  8. Pendidikan untuk semua merupakan salah satu matlamat mulia yang diaspirasikan oleh kerajaan untuk rakyat...pokok pangkalnya adalh rakyat itu sendiri..kita datang dari latar belakang yang pelbagai..kesedaran ibu bapa yang mendidik kita serta bagaimana ibu bapa kita dididik oleh orang tuanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada penerimaan kita terhadap pentingnya pendidikan...Lebih cantik lagi, aspirasi kerajaan ini dilengkapkan dengan pemberian pelabagai kemudahan kepada rakyat untuk mendapat akses kepada pendidikan..biasiswa, pinjaman buku, baucer tuisyen dan mcm2 lagi diberikan kepada segenap lapisan masyarakat...sekali lagi, ini adalah aspirasi mulia kerajaan pemimpin, yang menentukannya adalah kesedaran individu yang dipimpin itu...

    Shairatul Azlin P47519

    ReplyDelete
  9. pendidikan amat penting pada manusia..tanpa pendidikan gelaplah masa depan seseorang itu.tiada sebarang sebab lagi bagi ibu bapa utk tidak menghantar anak2 ke sekolah setelah anak2 berumur 6thn dengan pelbagai kemudahan yg disediakan oleh pihak kerajaan terutama bagi golongan tidak berupaya.

    ReplyDelete
  10. suraya ismail A121417August 18, 2009 at 8:50 AM

    sangat sedih jika terlalu ramai yg tidak mendapat pendidikan dengan sempurna..kadang2 masih terdapat penduduk di luar bandar masih berfikiran pendidikan itu tidak penting, cukupla membantu ibu bapa mereka bekerja..faktor kemiskinan juga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke sekolah..kerajaan haruslah memainkan peranan yg penting dalam memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada ibu bapa dan menyediakan prasarana yg sesuai untuk memudahkan mereka ke sekolah seperti pengangkutan, jalan yang baik dan sekolah2 yg berdekatan..

    ReplyDelete
  11. Teras ketiga dalam PIPP adalah merapatkan jurang pendidikan,yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar; jurang antara yang miskin dan dengan yang kaya; jurang digital dan jurang di antara mereka normal dengan mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan, semua murid perlu mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum dan lokasi tempat tinggal mereka.Hasrat ini hendaklah dicapai di bawah Rancangan Malaysia ke 9 yang telah memberi fokus kepada pembangunan modal insan.Pembangunan modal insan perlu diberi perhatian serius kerana menjelang Malaysia menjadi negara maju, kita tidak mahu ada lagidi kalangan kita sebagai penumpang. Prinsip memakmurkan negara dan penduduknya akan memberi impak kepada peningkatan pelajaran dan merapatkan jurang pendidikan. Aspek lain yang perlu ditekankan ialah PEDAGOGI PRIBUMI iaitu merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik seperti Orang Asli dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak perlu dilihat daripada aspek sosio-budaya dan sistem nilai masyarakat berkenaan. Perkara ini perlu diambil kira agar ilmu dan kemahiran yang disampaikan akan mudah diterima dan memberi makna kepada murid-murid Orang Asli dan pribumi. Sebagai langkah memantapkan usaha ini, para pendidik wajar menjalankan kajian dan penyelidikan khusus mengenai pendidikan kaum pribumi ini supaya teori dan amalan pedagogi yang dikemukakan releven dan menepati dengan keperluan masyarakat tersebut. Semoga prinsip ini akan dapat membantu masalah merapatkan jurang pendidikan terutamanya kepada masyarakat pedalaman ini.Sariza Binti Said

    ReplyDelete
  12. Prinsip pendidikan untuk semua adalah satu usaha kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia berilmu. Harta yang berkekalan kepada seseorang ialah ilmu yang mana ia tidak akan hilang dan luput sampai bila2.Walaupun banyak usaha untuk merealisasikan usaha ini masih terdapat banyak golongan masyarakat malaysia yang tidak menerima pendidikan.Mengapa ini berlaku?Pengaruh dan faktor utama adalah ibu bapa yang kurang mementingkan pelajaran anak2, tidak ambil berat, sikap yang memikirkan pendidikan membuang masa dan merugikan wang, kurang kesedaran, kesempitan hidup. Semua ini faktor yang utama penyumbang kepada jumlah 125000 tersebut.Oleh itu perlu ada satu badan atau kesatuan yang boleh mendekati serta menyelami masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan dari pelbagai perspektif yang berbeza. Badan dan kesatuan ini perlu bergerak aktif dari semasa ke semasa dengan menjalankan aktiviti kerjasama dengan golongan tersebut. Aktiviti yang dijalankan perlulah bertemakan kepentingan pendidikan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  13. pendidikan untuk semua tu memang satu pernyataan yang amat senang untuk di ungkapkan, tapi amat payah untuk dilaksanakan, terutamanya bila melibatkan kanak2 dan pelajar2 di luar bandar.. banyak faktor perlu di ambil kira, kekurangan prasarana dan kemudahan untuk membangunkan sekolah, kemiskinan hidup dan mentaliti manusia itu sendiri yang menganggap isu pendidikan adalah satu perkara yang remeh....kanak2 ni perlukan pembelaan,sebab di sebalik kemiskinan keluarga, saya percaya ramai yang masih berharap untuk belajar, sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup mereka kelak..sekarang ni kita tengok kerajaan hanya menumpukan perhatian untuk menaiktarafkan pelajar2 di kawasan urban sahaja, kemudahan di pedalaman seringkali diabaikan...badan2 kebajikan pun sama, hanya muncul bila ada majlis2 tertentu saja...sepatutnya pelajar di kawasan pedalaman patutu diberi perhatian yang sama, supaya mereka lebih bermotivasi dan berdaya saing dengan pelajar2 urban...-a118958

    ReplyDelete