About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Tuesday, July 14, 2009

Membincangkan buku PAHROL MOHAMAD JUOI Dilema Melayu Islam

Saya amat tertarik dengan buku tersebut yang telah diperkenalkan kepada saya oleh Wan Ahmad Jailani Wan Ngah. Ini kerana buku tersebut merupakan satu usaha yang bersungguh sungguh untuk cuba memberi satu penawar kepada racun yang memerbahayakan "Kesehatan mental"orang orang Melayu samada dari puak PAS atau UMNO. Sebagai seorang pendakwah Pahrol sedar apa yang menghinggapi Bangsa Melayu dan Islam .Mungkin boleh saya katakan Pahrol sedih terhadap kemelut yang berlaku :konflik yang sentiasa menjadi batu penghalang kepada perpaduan umat Islam.

Namun sebagai pendakwah yang gigih beliau tenang menghadapi situasi ini dan menghasilkan buku tersebut untuk dijadikan bimbingan dan tunjukajar kepada sesiapa yang merasai diri nya bertanggungjawab terhadap kebaikan dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam.Buku ini mengandungi 39 Bab yang menarik walaupun Bab Bab tersebut agak rengkas dan lebih senang habis membacanya. Judul Judul Bab menarik berpusatkan tema tema yang telah dipilih untuk menjadikan judul buku lebih ketara

.Buku tersebut berpusatkan tesis bahawa bangsa Melayu terpisah kerana :memakai "jenama"dan seolah olah atau mungkin ada puak puak bangsa Melayu yang mengakui diri mereka lebih Islam dari puak yang lain.Jadi timbul persoalan:" Siapa yang lebih Islam? Siapa yang lebih Melayu? Sewajarnya dan secara idealnya tidak timbul siapa yang lebih Islam .Ini kerana sebaik baiknya yang unggul bangsa Melayu itu adalah bangsa yang memperaktikkan agama Islam sepenuh dan sesempurnanya.

Namun Pahrol selanjutnya menegaskan Melayu=Islam belum bersatupadu dan bersifat integratif sepenuhnya dan inilah pembunuh kekuatan dan ketegapan Bangsa Melayu. Banyak konsep konsep yang dikemukakan dalam buku ini bersama istilah istilah yang mencabar. Buku ini mahu dijadikan oleh Pahrol asas untuk Reengineering Bangsa dan Agama. Reengineerring yang bermaksud menjana semula dan menjana semula berdasarkan faktor faktor sejarah dan Al Quran dengan mengambil ikhtibar dari kemelut yang dihadapi Bangsa Melayu dewasa ini.

Itu sebabnya Pahrol menyebut Bangsa Melayu sudah mati akar dan jika sesuatu Bangsa sudah mati akar atau ROOTS maka akan matilah Bangsa tersebut. Ibarat pohon jika akar sudah mati lambat laun akan tumbanglah pohon ini rebah ke bumi. Pahrol melafazkan perasaan beliau bahawa orang Melayu mungkin tidak sedar bahawa mereka terlibat dalam politik kotor dan ini mungkin merugikan Bangsa Melayu sendiri.

Banyak perkara perkara tidak produktif dilakukan saperti membesar besarkan perbezaan berasas parti politik. Pahrol membandingkan dengan kaum Cina yang sentiasa ada rangkaian dan mahu membantu diantara satu dan lain.

Menyorot dari kulit Buku ini kekuatan buku ini dimanifestasikan dalam lima perkara iaitu (a) Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara sepadu (b)Asas kesucian zikir (kebersihan hati)dan kekuatan fikir(*teknologi)(c)pelaksanaan politik sebagai satu ibadah (d)Memanafaatkan persamaan bukan perbezaan dan akhir sekali (e )Persaingan sehat melalui berfikir.

Pahrol memohon pembacanya membuat refleksi tentang bagaimana Rasulullah membina bangsa bermaruah sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliah. Ikhtibar dari Buku tersebut adalah keperluan Bangsa Melayu banyak berfikir dan banyak berzikir. Dengan demikian Bangsa Melayu memperolehi kekuatan yang lebih untuk bersatupadu dan memartabatkan bangsa dan agamanya

. Buku ini wajib menjadi pembacaan setiap remaja yang bakal menjadi pemimpin negara. Buku ini perlu dilihat tanpa perjudis dan membacanya dengan fikiran terbuka . Buku ini sewajarnya dapat menginsafi orang melayu yang duduk dalam khemah PAS dan orang Melayu yang duduk dalam khemah UMNO kerana masing masing hingga ke hari ini masih terpisah oleh gelombang politik ( Siapakah yang lebih Islam diantara kita? Siapakah yang boleh menjanjikan syurga?)

Buku ini sewajarnya membangunakan orang melayu yang tertidur dan berada dalam zon keselesaan dan mereka yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkorban untuk bangsa dan agama. Buku ini sewajarnya dibaca oleh setiap orang Melayu yang merasakan dia bertanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, bangsanya dan agamanya.

Tahniah saya kepada Pahrol kerana usahanya. Semuga diberkati Allah swt.

5 comments:

  1. Tahniah dan syabas kepada saudara Pahrol kerana telah menyampaikan satu mesej berguna melalui bukunya untuk renungan semua umat Melayu Islam di negara ini.

    Menurut saya, bangsa Melayu telah ketandusan idea dan akal sehingga terpaksa mencaci saudara sendiri untuk menjatuhkan lawan. Tanpa sedar, mereka telah menjatuhkan maruah bangsa dan agama sendiri..jadi, siapa yang benar-benar Melayu?, siapa yang benar-benar Islam?..bangsa lain melihat sambil mendengar, kemudian ketawa..Oleh itu, bangsa Melayu perlu insaf dan memperbetulkan semua yang dusta supaya semua tanggapan negatif terhadap bangsa kita akan pudar dan hilang selamanya.

    ReplyDelete
  2. Shairatul Azlin, UKMJuly 18, 2009 at 6:33 AM

    Prof, saudara Pahrol bukan berseorangan merasai kesedihan akibat kemelut yang melanda masyarakat Melayu kini..ramai lagi yang berkongsi kelukaan akibat perpecahan masyarakat Melayu kini..hakikatnya, Melayu kini bukan sahaja dipisahkan oleh fahaman politik, malah tanpa disedari kini terdapat banyak lagi isu seperti pengaruh dan anasir Barat serta negatif yang menyelinap ke dalam jati diri anak-anak Melayu...dulu, yang menyatukan kita ialah nilai-nilai murni dan pegangan kuat terhadap agama suci kita iaitu agama Islam,,kini, semakin kita jauh dari pegangan tersebut, semakin jauhlah kita di antara satu sama lain..marilah kita renungkan bersama...:)

    ReplyDelete
  3. Jika kata-kata Hang Tuah "Takkan hilang Melayu di dunia" hendak dijadikan satu realiti, orang-orang Melayu perlu bersatu semula dan bangkit dari kelekaan berpolitik.

    ReplyDelete
  4. masyarakat melayu sekarang ni dilalaikan dengan isu-isu yag remeh temeh,isu yang kecil di perbesar-besarkan, rakyat berpecah belah sampai sanggup berbunuh2an demi menegakkan apa yang mereka rasa betul..remaja2 sekarang pun dah hilang jati diri sebab masyarakat kita sendiri pun dah buta hati dengan keadaan sekitar, lebih mengagung2kan budaya luar.. mereka tak peduli apa yang akan terjadi kepada agama dan bangsa sendiri...kepada mereke2 ni, saya rasa eloklah kalau mereka baca dan faham betul2 isi kandungan buku tersebut, supaya tak terus hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.....-a118958

    ReplyDelete
  5. bila di fikir2kan balik, saya agak terkilan kerana perjuangan tokoh2 terdahulu dalam menuntut kemerdekaan seolah2 dipersia2kan begitu saja.. betapa peritnya mereka menyatupadukan penduduk Malaysia, dengan berpayungkan kepada dasar perpaduan...tapi dunia Melayu sekarang ni seolah2 ingin di jajah semula, kali ini bukan melalui penjajahan secara fizikal, tapi penjajahan mentaliti yang sempit yang berpaksikan hawa nafsu semata2...kita dipisahkan dengan fahaman politik yang berbeza, bila bangsa sendiri jatuh kita bertepuk tangan, bila mereka berjaya kita santau (ehem3). keadaan yang sama berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Usman b Affan, di mana fitnah2 yang dibisikkan oleh orang2 kafir telah berjaya memisahkan masyarakat Islam sehingga berpuak2, dan mereka menerima segala apa yang dikatakan tanpa berfikir, walaupun kita dituntut untuk berbuat demikian, dan ini membawa kepada kejatuhan Khalifah itu sendiri...realiti hari ini, kita diapi2kan oleh anasir2 yang sangat remeh temeh pada dasarnya, tapi disebabkan hati telah menjadi kalis kepada kebenaran, maka inilah natijahnya...kita berperang dan bergaduh sesama bangsa, sedangkan ada pihak lain yang sedang bertepuk tangan dan menunggu peluang...inilah yang dikatakan 'MELAYU MUDAH LUPA'.....-A118958

    ReplyDelete