About Me

My photo
Hi. I am Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub. Currently I am a Professor in Faculty of Education.I love to interact with everyone and learn something new. I believe in meeting a new friend everyday.However at times i am disheartened when other bloggers used my website to advertise their websites on google or abuse my website by changing the content of my articles.This is an unprofessional act. I hope this will stop. Thanks to those who participate in this website.I really appreciate your time and ideas.You are invited to visit my other websites: http://rohaty.edu.my http://rohaty-school-readiness.com http://rohaty.keciciran.edu.my

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SALAM TO ALL

I am looking forward to share my personal and professional knowledge and experiences related to social-educational issues and challenges locally and internationally. I believe that much can be generated and learn cross culturally deriving from the varied diversity found in the education systems. Thus i welcome any thoughts, ideas, opinion and feedback on any educational issue which can contribute to both understanding theories and building educational implications. Issues can be very controversial but we have to address them open mindedly and creatively.My present interests are in child development, adolescent psychology,educational governance and policies and the science and art of teaching and research.Once again you are most welcome!!!!


Monday, June 22, 2009

GODAAN INTERNET DAN ONLINE DENGAN TUHAN OLEH ZULKIFLI KHAIR

Sesungguhnya kita mengakui bahawa kemajuan tekonoloji yang termasuk didalamnya kuasa pengunaan internet amat mengakagumkan . Semasa saya di universiti mengikuti ijazah Sarjana Muda dahulu kami mahasiswa mahasiswa terpaksa bertungkus lumus dengan penaip yang manual dan usang atau yang baru tetapi mekanikal. Saya masih mengingati bahawa kami pelajar sekalian bersungguh sungguh ke perpustakaan untuk meminjam buku teks rujukan yang di kenalpasti oleh pensyarah.

Buku tanda merah atau RED SPOT itu adalah sukar diperolehi kerana ramai yang akan berpusu pusu memohon untuk meminjamnya.Kami tidak ada komputer untuk menaip yang terbaik tanpa memadam kesilapan. Kami bersungguh membaca buku teks untuk membuat assigmen. Tetapi dengan timbul dan berkembang nya internet maka segalanya berubah untuk membantu proses pembelajaran pelajar. Sesungguhnya pelajar era ICT ini amat senang hidup mereka merisik pengetahuan dan mempunyai pengetahuan itu walaupun ownership pengetahuan bukan lah mereka pemilik yang asal.

Wujud plagarisma yang ketara bila mahasiswa menceduk bulat bulat bahan dari internet untuk tesis atau disertasi mereka.Dengan lain perkataan kecendrungan mengambil bahan dari internet lumrah hidup zaman siber ini dan memudahkan proses pembelajaran .Tetapi yang mendukacitakan adalah mahasiswa sekarang sukar untuk berfikir secara serius kerana bahan senang didapati dan pengarang bahan bahan itu telah sedia berfikir untuk mereka.Apakah ini satu malapetaka?

Mahasiswa perlu berfikir secara mendalam dan perlu tahu bagaimana membezakan secara kritis kesahihan yang dibaca.Bukanlah maksud saya melabel semua mahasiswa sedemikian adanya. Putarbelit dunia siber dan tarikannya amat kuat sekali sehingga semua golongan masyarakat turut tergoda terpikat dan terpesona.Ambil sahaja kaum muda mudi yang menjadi peminat blog yang sensasi dengan mudah terpengaruh tanpa mengetahui yang sah dan tidak sah yang hak dan yang batil.


Juga terdapat individu dewasa yang kononnya buat kerja dipejabat tetapi sambil selam minum air mengambil kesempatan melayani selera seksual dengan menonton pornografi pada masa yang tidak diizinkan.Kita semua terharu dengan dunia siber dan kehebatanya dan kuasanya. Rasanya jika sehari tidak melihat internet kita merasa patah sayap engin mengaksess maklumat dan kita ras ada satu macam kekosongan dan vakuum dalam situasi tersebut.Keadaan ini merupakan satu dilema dan konflik yang perlu diatas

.Dalam memikirkan dilema tersebut anak saya Maisarah Muhammad Rais menghadiahkan saya buku Online dengan Tuhan karangan Zulkifli Khair. Buku ini bukanklah cerita fasal mahasiswa tetapi releven untuk semua kaum Muslim.Pada mulanya saya ingat buku ini adalah saperti maksud judulnya tetapi setelah mengikuti nya saya dapati Zulkifli ingin kita"" berhubung dengan Tuhan tanpa wayar.""

Saya merasa kagum juga dengan penulis ini yang menulis secara rengkas padat tetapi informatif dan berkesan sekali..Mesej yang ingin disampaikan nya berteraskan pegangan agama dan mendemonstrasikan perhubungan atau online yang sebenarnya dengan Allah swt. Izinkan saya memetik beberapa konsep dari buku ini. Zulkifli Khair menegaskan bahawa sesungguhnya internet itu makhluk sesuatu yang dicipta dan Allah itu sebenarnya Pencipta. Sayangnya manusia lupa tentang hakikat demikian.

Kita kagum dengan teknoloji yang canggih tetapi lupa semua itu akan berakhir juga.Zulkifli Khair juga mengingati manusia bahawa browser yang sebenarnya adalah Al Quran dan manusia perlu meletakanya ke pedestal yang tertinggi dan terpuji kerana mencakupi soal jiwa, agama, sains dan sains sosial. Online dengan Tuhan memerangsangklan kita supaya mengamalkan kesyukuran dan mengamalkan alhamdulilah. Zulkifli juga mencabar manusia supaya menghayati Islam dengan sebenarnya mengingati supaya jangan lupa untuk mendirikan sembahyang. Dan masa yang dihadiahkan kepada internet dajal (katanya) sehingga pengurusan masa menjadi tidak terkawal akibahnya manusia kerugian.

Rakan saya Wan Ahmad Jailani Wan Ngah( yang berminat mengenai portfolio yang sedang saya bincangkan) juga ada membayangkan sesungguhnya manusia itu bersolat tetapi wayar perhubungan solat itu kadangkala terganggu kerana tidak khusyuk .Disini saya hanya sempat bercerita beberapa gagasan idea yang timbul dari buku ini .Apa yang menjadi buku ini menarik kerana illustrasi dan surah surah yang dikemukakan. Sub headingh yang digunakan menarik saperti "Wahyu tanpa Wayar""""Hantu Internet Vs Hantu Perempuan""""Klik Connect umtuk Cinta""""Klik Makruf Delete Mungkar""Kata tak nak untuk Porno"" istilah istilah internet yang lazim di gunakan

.Saya berpendapat pesanan Zulkifli senang difahami dan dikuti. Saya akhirnya bertanya pada diri saya iaitu Apakah dunia siber dan spiritualiti dan agama itu perlu bertentangan?Apakah kedua elemen teknologi dan agamaitu bukan saling ber kollaborasi untuk kebaikan sejagat? Dan apakah manusia itu tidak berupaya membuat pertimbangan rasional dalam menghadapi dua stimulasi yang kuat pengaruhnya?

Saya berpendapat melalui penghayatan pendidikan matlamat buku ini boleh direalisasikan kerana bagi saya Khair manusia itu insan yang boleh berfikir dan memahami. Biarlah kita berakhir dengan nada optimistik supaya kita yakin tentang nilai yang diterapkan dalam buku ini dan kita yakin bahawa kemurnian sesuatu matlamat direstui Illahi.

7 comments:

  1. salam,
    perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
  2. salam..
    teknologi kini kadang-kadang disalahgunakan oleh sesetengah pihak.saya rasakan buku karangan Zulkifli Khair ini sangat menarik. banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. Dayang Kalsum bt. BahrinJuly 7, 2009 at 2:39 PM

    Assalamualaikum..
    Artikel ini membawa kita berfikir sejenak tentang baik buruknya kemajuan teknologi. Saya menyedari telah menggunakan teknologi ini dengan sebaiknya dan mensyukuri terciptanya kemajuan seperti ini. Internet adalah seperti harta karun yang perlu dicari gali isinya. Kadang-kadang kita tidak ingin mengetahui asal-usul harta yang ditemui. Kita ambil, guna dan simpan jadi milik sendiri. Itu bagi mereka yang tamak dan haloba menggunakan kuasa internet. Bagi saya, manusia sangat bijaksana dan boleh mempertimbangkan sesuatu perkara dengan baik. Melalui buku ini, tidak ada lagi suara-suara yang mengatakan internet adalah dajal yang menyesatkan manusia yang mengamalkannya. Sebaiknya kita berfikiran positif dan menjadikan internet yang sebaliknya seperti yang dimaksudkankan oleh penulis.

    ReplyDelete
  4. salam prof..

    dunia tanpa sempadan..dunia dihujung jari...semuanya perlu ada peraturan dan landasan....apa yang berlaku sekarang manusia yang bergelar insan di muka bumi ini ada ketikanya lupa siapa yang MAHA AGUNG sehingga terlalu bangga dan riak dengan istilah dunia tanpa sempadan dan dunia dihujung jari.....apapun semuanya kalu tidak dimanfaatkan ke arah kebaikan akan membawa kepa da keburukan yang hakiki tanpa kita sedari...internet...suatu teknology yang tercanggih...yang kalau kita tidak mengikuti...kita akan terketinggalan...tetapi ingatan saya tertumpu kepada ceramah seorang Pendakwah iaitu Ustazah Dr Fatma Elzahraa Muhd Ramadan pernah menyatakan bahawa ' apakah tujuan utama kita hidup??? Jawapannya...menuju MATI. jadi bertepatan dengan apa yang cuba disampaikan oleh Zulkifli Khair ini bertepatanlah bahawa, setiap orang walau dalam dunia yang serba canggih, haruslah sedar dan akur bahawa, MATI adalah yang hakiki. Teknologi akan berubah dari masa ke semasa tetapi...semuanya menuju ke MATI. Jadi penggunaan wording interner bertepatanlah dalam mengingatkan kita yang sudah lupa..mengejutkan kita andai kita terlena...menyedarkan kita kalau kita sedang bermimpi...bahawa MATI itu sentiasa mengikuti ke mana sahaja kita pergi ..walau secanggih manapun zaman yang sedang kita lalui...

    ReplyDelete
  5. zurina mohd sap, P 47662July 13, 2009 at 9:05 PM

    Bagus kita berkongsi idea melalui artikel ini.

    ReplyDelete
  6. zurina mohd sap, P 47662July 13, 2009 at 9:24 PM

    Salam Prof,

    Dalam zaman era teknologi dan siber ini,manusia berlumba-lumba bersaing meneroka dan mencari pelbagai informasi berguna yang terdapat dalam ruang yang canggih ini. Apatah lagi pelajar yang perlu mencari ilmu yang terkini bagi melengkapkan nota, kerja kursus dan sebagainya selaras dengan kehendak pendidik. Namun demikian, terdapat segelintir manusia yang alpa dan terpesong daripada matlamat sepatutnya bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang berguna. Manusia melebihkan kehidupan duniawi daripada akhirat. Maklumat yang sepatutnya dapat memandu manusia membentuk kehidupan yang sempurna telah berlaku di sebaliknya akibat ledakan ilmu yang tiada sempadan ini. Manusia yang telah dianugerahkan akal dan minda anugerah Allah ini sepatutnya dapat mengguna dan membezakan baik buruk sesuatu perkara yang akan dilakukan. Oleh itu, manusia harus sedar dan peka dengan matlamat dan maksud hasil tulisan Zulkifli Khairy yang mahu menyedarkan manusia bahawa kehidupan ini haruslah bertonggakkan agama islam. Islam adalah panduan yang hakiki. Teknologi hanya perhiasan dunia yang dicipta oleh manusia. Ia bersifat sementara dan boleh berubah setiap masa. Oleh itu, manusia harus seimbangkan agama islam dan kehidupan dunia supaya manusia dapat menjalani kehidupan ke arah landasan hidup yang sempurna.

    Pelajar Kurikulum Prasekolah...

    ReplyDelete
  7. this age, internet serves as an important necessities, and everyone, no matter the students, workers, old folks and the professionals have access to this no-boundary world. finding information is just a simple thing to do, as with a click, everything that they wish to know will be displayed in front of them.. some of them seem to put themselves too much on it, and sink themselves in that digital world, and to some extent, they almost forgot to devote themselves to god. internet is a source of evil things, and a lot of bad news are spread through internet, and worsely, those news seems to challenge ones' faith to their God. the children will be influenced by the Western styles and cultures, and started to think that others are better then their own.. all of this lead to today's social problems, where the youths are gradually lost their identities as Muslims. internet is created for good things ( i think ), but the cunning manipulations by several people has made it clear that we are contributing to our owns doom....the book is quite interesting, if only we can do that in our ibadah, then we will be blessed under His mercy...-a118958

    ReplyDelete